Kawan-Kawan Aku Lah!!!

Friday, 12 October 2012

Tahun Melawat Pahang: Cameron Highland

Well well..
Setelah tak bercuti sekian lama..
Akhirnya aku menjejaki bumi Cameron Highland..
Dah lama jugak mengimpikan saat-saat indah memandu dibalik kabus tebal menerjah awan..
Cewah!
Mana nak datang kabus kalau bertolak pun dah hujung pagi..

Perjalanan biasa je pada mulanya..
Tapi makin mencabar bila dah mula naik ke atas..
Jalan start sempit and berliku-liku..

Akhirnya sampai kat kawasan Lata Iskandar..
Plan awal nak mandi-manda which is so not me..
Akhirnya tak jadi sebab kononnya kesuntukan masa, kami pun bergegas ke  tempat tinggal yang telah ditempah awal..
Sampai kat sana ade  mase lebih kurang sejam untuk check in..
So kitorang pun pergilah menjejaki KFC Brinchang ..
Dah kenyang, turun semula ke Tanah Rata...
Masuk ke apartment yang sangat selesa
Dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bili mandi

3 hari 2 malam yang indah dan seronok..
Mengecapi saat-saat indah rumah yang sejuk tanpa kipas apetah lagi aircond
Tapi yang kurang best adalah cuaca yang agak buruk disana
Setiap tengahari yang aku keluar, mesti akan hujan dengan lebat..
Berakhir dengan kami semua melayan DVD pelbagai cerita.. Haha..

Antara tempat yang sempat aku singgah pastinya ladang teh..
Sejuk mate menengoknye..
Pastu pergi pulak Strawberry Farm..
Petik strawberry sendiri ngko..
Hahahahaha..
Seronokla jugak..
Jakun sekejap.. Hikhikhik..
Lepas pada tu, pergi bershopping..
Walaupun agak kurang keseronokan akibat gangguan cuaca..

Turun dari sana, lalu Simpang Pulai..
Merasala kami melalui kabus yang agak tebal..
Berhati2 membawa kereta..
Pulang dalam keadaan keletihan..
Seronok memang seronok..

Tapi dalam hati aku memang dah nekad..
Selagi aku pakai Owen, aku takkan panjat gunung tu lagi..
Semput sudah Owen panjat gunung..
Heheheeehe..
Turun gunung bunyi berderit satu hal..
brek pun hangit..
Nasib tak jam jer breknya..
Huhuhhuhu..

Harap-harap ade la yang sudi sponsor Vios TRD Sport lak pasni..














No comments:

Post a Comment