Hidup tak selalunya indah
Kehidupan jugak bukan suatu kesempurnaan
Tapi apa yang indah dalam kehidupan membuatkan kita berasa sempurna
Betul tak?
Memilih orang yang betul bukan mudah
Tak macam memilih ikan di pasar
Tapi bila mana yang namanya jodoh itu datang
Tanpa kita sedar, pilihan tu dah lama ada kerana jodoh itu rahsia Allah
Kita berusaha melarikan diri dari dia
Kita mencuba sedaya upaya berusaha untuk membuatkan dia membenci kita
Tapi akhirnya kalau yang namanya jodoh itu, kita akan tetap bersatu
Bak kata seorang kawan aku dalam status facebooknya
"Awak tau tak, kalau mykad saya dan mykad awk bersatu akan menghasilkan satu lagi kad yang bernama mykid?"
Jodoh aku mungkin kekal dengan dia
Mungkin hanya separuh jalan
Tapi itu semuanya mungkin
Apa yang ada sekarang harus disyukuri dan dinikmati tanpa rungutan
Bahagia tu subjektif
Macam mana nak rasa bahagia tu pun subjektif
Kita sendiri yang rasa
Kita sendiri yang pegang kayu pengukur rasa bahagia
Kita sendiri yang pilih jalan bahagia mana yang kita nak lalui
Tak semua orang akan mudah rasa bahagia
Dan tak semua orang akan merasa bahagia
Tapi bila kebahagiaan menjelma
Nikmatilah kebahagiaan itu seadanya
No comments:
Post a Comment