Kawan-Kawan Aku Lah!!!

Friday, 4 January 2013

Cerpen: Aku dan Kamu

Galaxy Note 2 yang aku beli beberapa minggu lepas berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. entah dari aplikasi manakah mesej itu tiba aku pun tak tahu. Sebaik saja aku periksa kehadiran mesej, ternyata Izham yang mengutus khabar. 'Abang dah naik tren'. Pesanannya ringkas buat aku. Tanpa membalas, aku menyambung semula tugasan aku yang tergendala sebentar tadi dek kerana membaca mesejnya di aplikasi Whatsapp.

Jam telah menunjukkan waktu ke pukul 7. Aku bersegera menyerah laporan kepada rakan setugas yang bekerja di syif pagi. Satu lagi mesej aku terima mengatakan yang dia sudah sampai di KL Sentral. Aku bersegera bergerak untuk pulang kerumah. Harapanku agar aku sempat sampai sebelum Izham sampai ke destinasi yang kami telah janjikan.. Sekurang-kurangnya dia tak perlu menunggu lama untuk agenda yang seterusnya.

Dalam perjalanan pulang, Izham menelefon dan memberitahu yang dia telah pun sampai ke Stesen LRT Taman Melati. Aku segera dirundung rasa bersalah kerana membiarkan dia menunggu aku. Yang aku pasti, nanti dia akan menanti lama disana kerana aku sendiri masaih belum sampai di rumah. Ada nada yang mengendur bila aku kata yang aku masih dalam perjalanan pulang kerumah. Itu yang aku kesalkan. Salah aku juga kerana lambat membuat serahan laporan kepada rakan setugas.

Aku bersiap dengan tenang. Tak sekali pun Izham menelefon atau menghantar pesanan ringkas. Membuatkan aku sedikit pelik. Namun aku biarkan saja. Aku bersiap dengan tenang dan ringkas. Lagipun Izham tau yang tujuan kami hari itu salah satunya adalah untuk mencari klinik gigi. Gigi aku tumbuh melintang dan perlu dicabut.

Dengan segera aku bergegas mendapatkan Owen, Myvi Orenku yang setia menjadi peneman aku untuk bergerak kemana sahaja. Dan dengan pantas aku ke stesen untuk mengambil Izham. Dari jauh aku dapat lihat dia menunggu dengan sabar. Sejuk hatiku melihat dia dengan kesabarannya dalam penantian. Juga terbit rasa bersalah dalam diri. Aku ajak dia bersarapan di Carrefour Wangsa Maju. The Chicken Rice Shop menjadi pilihan dia. Aku hanya bersetuju dan menurut. Sambil itu dia setting semula kamera yang baru aku beli.

Kemudian aku mengajaknya untuk pergi ke Klinik Pergigian Melia yang terletak berdekatan dengan Carrefour. Aku masuk sendirian untuk bertemu dengan doktor gigi yang manis dan lembut orangnya. Aku keluar dari bilik tersebut setelah doktor mengkhabarkan yang gigi aku perlu dicabut. Aku kahabarkan semula   pada Izham. Serentak itu, air wajahnya berubah keruh. Ada kocak dihatinya mungkin. Aku tenangkan dia dengan mengatakan yang semuanya akan berlalu dengan baik. Dia masih dengan wajah gundahnya.

Untuk mengelakkan dari aku memandang wajah yang monyok yang bakalan meruntun hati aku dek kerisauannya, aku ajak dia berseronok-seronok di pusat hiburan karaoke. Kami nyanyikan lagu yang kami suka walaupun suara telah jelas menperdengarkan kesumbangan. Aku tahu dia banyak menyanyikan lagu yang ditujukan buat aku. Namun aku bersahaja. Tapi walaubagaimana pun aku tetap rasa yang aku masih setanding dengan artis. Ah! Perasan saja.

Kemudiann kami makan di BBQ Chicken. Salah satu restoran yang kami berdua gemari. Makan malam yang hebat aku kira. Usai makan, kami bergegas ke KL Sentral untuk dia pulang semula ke Batu Gajah kerana hari esoknya dia telah mula bertugas semula. Aku tau dia berat untuk pulang. Sekilas aku teringat saat  dia menemani aku tidur didalam kereta akibat keletihan. Mata aku tak mampu nak bertahan lebih lama dek kerana aku tak tidur semalaman. Aku longsorkan sandaran ke belakang. Bantal kecil yang menghiasi Owen aku ambil untuk dijadikan alas kepala. Entah bila aku melayang melayan mimpi, aku juga tidak tahu. Yang aku tahu, saat aku terjaga, aku rasakan seolah-olah diri ini diperhati oleh sepasang mata. Telahan aku benar. Dikala aku membuka mata, aku perhatikan yang Izham sedang merenung aku dengan kasih sayang. Aku malu alah sendiri. 

Tersedar aku dari lamunan bila kereta hampir tiba di KL Sentral. aku menunggunya seketika distesen LRT supaya dia tak menunggu terlalu lama sementara tren tiba. Aku tinggalkan dia dengan sedikit kenangan yang tercipta sepanjang hari itu.


No comments:

Post a Comment