Kawan-Kawan Aku Lah!!!

Friday, 22 February 2013

Few days and what's in it

Few days ago dapat berita sedih..
Ayah Fahmi meninggalkan semua dalam satu kemalangan ngeri di Ipoh..
I do understand what does he felt when he lost his beloved one..
In an unexpected way of death


The other car that cause the accident were full of 5 drunk person
Yang tak bestnya, da jadi eksiden, diorang yang mabuk tu bole ke call kawan-kawan dia untuk alihkan posisi kereta yang menyebabkan kereta arwah kelihatan seperti penyebab kepada kemalangan..
Mujur ada seorang saksi berbangsa India yang kebetulan ada masa kemalangan tu jadi..
Dia dah ceritakan semuanya pada polis..
Syukur alhamdulillah


Masa dapat tau pasal berita ni, I've just finished my work and on my way to punched my card
Fahmi call me in very sad voice
He's crying
Aku terus jadi anxious gila sebab dia xpernah macam tu
Aku suruh dia cite satu-satu
Masa tu aku kira arwah da nazakla sebab anaknya cite yang arwah parah..
kat kepala and dada katanya
On my way back home,  I called Fahmi again to make sure that everything are okay..
Tapi kali ni aku dikhabarkan yang arwah dah tak ada


Menitik air mata aku masa drive balik..
Sampai kat umah aku berlagak biasa
Aku khabarkan pada emak berita dukacita dan aku dapat lihat yang mak tunduk membacakan sesuatu untuk arwah


Aku masuk bilik untuk berehat Aku khabarkan pada bff aku si Ayu sebab Ayu yang kenalkan fahmi kat aku
Maknanya ayu kenal arwah and mak fahmi
Da jadi kitorang berdua pulak berbalas-balas whatsapp sambil nangis-nangis
Sedih sebenarnye

 2tahun lepas rasanya, aku pernah masak kan arwah sup ayam
Tu pun atas permintaan Fahmi
1st time kata mak Fahmi and Fahmi sendiri yang arwah ayah dia makan nasik bertambah
Pada aku, masakan aku tu tak sedap mana pun
Tapi bila arwah ayah dia makan bertambah nasik macam tu, cukup buat aku bahagia memasak untuk diorang

Sekurang-kurangnya aku masih punya kenangan dengan arwah ayah Fahmi..
Orang yang aku gelarkan dan panggil ayah

Sekarang aku kasihankan mak Fahmi
Pastinya dia sangat-sangat2 sedih atas pemergian seseorang yang dipanggil sebagai soul mate 


Apa-apa pun jika anda terbaca blog ni, aku mohon anda semua menghadiahkan Alfatihah buat arwah Mohd. Najib Abd. Gani Aku dulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. . ^_^

Monday, 11 February 2013

Soalan

Akhir-akhir ni mak selalu tanya pasal Lan
Apa yang aku nak jawap dah kalau Lan pun da tak reply mesej aku
Best of all, he blocked me from his Facebook

Malu la nak mengaku kenyataan yang aku kena reject dengan orang sedangkan aku sendiri pun tak tau apa salah aku pada dia
Padahal dia yang selalu tinggal-tinggal aku untuk memenuhi tuntutan dunia dia
Mencari harta untuk kesenangan anak bini katanya
Biarlah dia dengan cita-citanya dan aku dengan kehidupan aku yang masih begini

Yang benar aku memang tak tau apa salah yang aku dah buat..
Aku menunggu setiap detik saat dan waktu untuk dia datang dan beritahu aku apa salah aku yang aku dah lakukan pada dia

Tapi kalau dah text aku pun diabaikan, bermakna apa yang aku nantikan selama ini mungkin takkan berlaku seperti yang aku harapkan..

Aku belum berputus asa menunggu
Tapi dalam penantian ini, Allah datangkan dugaan dengan hadirnya seorang insan baru
Yang pasti, orangnya baik budi pekerti


Juga aku tak pasti andainya dia hadir dari sisi gelap manusia yang mahu menguji lambang kesetiaan aku
Bukan lama.. 9 bulan lebih saja lagi..
Kemudian penantian ini akan berakhir
Aku berkorban masa yang terlalu banyak untuk sebuah cinta
Aku tak mengharapkan cinta pulang kembali ke sisi aku
Tapi aku harap cinta menjadi lebih indah
Bukan aku tak mahu mengulang cinta lama..
Tapi adakalanya, aku sendiri keliru dengan perasaan aku pada Lan
Dan kehadiran Ijal membuatkan aku rasa datu perasaan lain
Aku tau its too fast

Tapi perasaan tu kan tak boleh kita bendung
Namun bila rasional akal aku datang menjengah kotak fikiran
Akubsedarnyang Ijal masih tak boleh melupakan bekas kekasih yang dia pernah punya
Ada masanya di ketika perkenalan ini masih berlangsung
Aku dapat rasakan yang dia tak akan mampu mengubah hala rasa yang sedang dia tanggung

Seperti juga aku
Merindukan bulan yang jauh diawan
Tapi takkan pernah tercapai tangan
Malahan pada ketika-ketikanya aku rasa terlalu sukar hingga tak mungkin dapat aku gapai

Hati merasakan lain
Jiwa mengatakan beza
Hati ingin mengecap indah
Jiwa kerap mengudang madah
Madah yang terukir disaat-saat pertama
Madah yang menjadi benteng pemisah peluang cinta baru..


Aku hanya akan mampu melihat sekiranya nanti Izal berlalu pergi dari aku
Tapi biarlah
Sebab janji yang satu, aku merelakan untuk melepas