Last Sunday
Aku ke Batu Gajah
Ambik kamera je tujuannya
Tak boleh nak berlama2 sebab aku ada meeting malamnya
Tapi perjalanan pulang agak teruk kesesakan
Meeting kemana, aku pulak kemana
Hahaha
Wat keputusan nak pegi Perak tu pun tergesa-gesa
Sebab nak pakai kamera tu urgent
Kamera digital aku, abah da pulun pakai untuk kerja2 dia
Aku kesana dengan Daus
Tawakal je sebab hp xda bateri
Nak pkai gps mmg sekerat jalan jela jawap dia
Tapi syukur la sebab selamat sampai kat Istana Kellie macam yang di janji kan
Sesampai aku kat sana aku mesej Famy kat fesbuk dek kerana hp aku tak berbateri
Tak ada balasan walaupun dah lama
Nak tak nak, aku call jugakla pakai fon Daus
Nasib baik masih ingat nombor yang satu itu
Dalam 10min, famy pun sampai
Dengan wajah mencuka yang aku boleh duga
Tanda tak senang dengan kehadiran Daus
Kamera dihulurkan dan aku sambut
Aku tetap dengan riak biasaku
Berjumpa teman lama kn
Takkan la nk masam2 muka pulak
Bila aku nak masuk kete
Famy tanya aku
Tak ada masa ke?
Sedangkan aku dah cakap dah yang traffic dari arah Perak menghala ke kuala Lumpur jem teruk
Nak berbincang katanya
Akhirnya dia kata xpela
Aku tak tau plak yang Daus turunkan tingkap kat blkg aku
Cait! Da serupa samseng2 punya style plak.. huhu
So, grak blik dari batu gajah pukul 7.30
Sampai kl pukul 2 pagi
Dahla esoknya aku keje pagi
Huish!! Dasat2
Hahaha