Saat pertama melihat wajah suci itu
Tak dapat diungkap rasa
terpana dengan keagungan ciptaan Allah
Terpesona disebalik keindahan anugerahNya
Kali pertama melihat wajah polos tu
matanya terbuka membalas tatapan mataku
Mulutnya yang kecil molek
lebih kecil dari hidungnya
tapi pada pandangan pertama itu semuanya indah
Saat pertama hanya mampu berpandangan sahaja
Di lain kalinya, kami bersentuhan
sentuhan pertama yang mempesonakan
tak puas jejari menyentuh
tak penat tangan menatang
Kucupan pertama kuhadiahkan buat permata jiwa
Hilang semua rasa derita yang menyelinap kalbu
bahagia meresap perlahan-lahan
Resah yang bertukar gundah
hilang entah kemana
mengalir air mata bukan kerana derita kesedihan
tak lain tak bukan kerana kegembiraan
bukan drama swasta
tapi cerita yang lahir dari hati
Semoga bila diizinkan tuhan
dapat bertemu lagi