Semakin hari aku tengok dia setiap hari
Perkembangan mental dan fizikal yang baek
Rasa gembira, nervous dan macam-macam lagi
Sesungguhnya aku bersyukur dengan kurniaan Ilahi
Sekarang dia dah pandai ketawa
Senyuman manis yang sentiasa diberi kepada orang
Haritu Fella duk tengok cite Musang Berjanggut
Ada satu babak pelakonnya tersengih2
Tiba-tiba aku dengar dia dah ketawa
Eh! Macam faham pulak
Sekarang kalau aku tengok tv, kena bagi perhatian kat dia
Silap haribulan kalau tak layan dia borak sambil tengok tv, memang dia tegur la
Bukan setakat panggil dengan mulut
Kaki pn bergerak sekali
Hahaha
Nak cerita semuanya rasa macam penat nak taip
Tapi inila memori yang aku akan simpan sampai mati
Memori terindah