Kawan-Kawan Aku Lah!!!

Friday, 24 October 2014

She's growing fast

Semalam adik kemain sangat..
Ami nak tido pun tak bole
Ami keje malam tau
Daddy plak balik agak lambat
Seharian adik wat perangai kan
Letih rasa walaupun happy tengok anak aktif main2 depan mata

Sekarang ni yang tak larat bila nak kejar dia dari mengutip barang kat lantai and masuk mulut
Geram je tengok attitude yang 1 ni

Semalam lepas daddy balik keje
Daddy bawak adik masuk bilik
Ami g mandi sebab nak bersiap gi kerja
Nasib baek harini daddy cuti
So tak payah la ami anta adik g umah ibu

Masa ami lepak dekat katil dengan both of u
Adik pun nak datang dekat ami
Tapi ami baringkan adik
Adik nak bangun je ami baringkan
Bila adik da dekat je ami baringkan sampai adik marah
Lepas pada tu
Pelan2 adik merangkak kat ami macam kucing parsi
Then adik pause
Agaknya nak tengok ami nak baringkan adik lagi ke x

Bila ami wat xtau
Adik pun mai dekat and bg kiss kat pipi
Lame plak tuh
Siap ada bunyi lagi
Hahaha
Pandai ambik hati

Anak solehah ami
Ami doakan bahagia dunia akhirat
Amin

Wednesday, 22 October 2014

Borak2 dengan hubby pasal hutang dan penghutang
Obviously aku bukan tak kisah
Tapi aku malu nak mintak
Walaupun duit sendiri

Tau apa rasanya bila kita merayu2 untuk hak kita sendiri?
Rasa bangsat sangat
Serius!
Ianya adalah satu perasaan yang menghinakan bila kita meminta2 walaupun hak sendiri

Aku cakap pada hubby
Kalau orang bayar, kita terima
Kalau tidak, kita berhitunglah nanti dihadapan Yang Maha Esa

Aku doakan jugak
Sapa2 yang berhutang dengan aku tuh nanti
Tatkala dia sedang berusaha ke arah sesuatu
Dia tak akan mengalami kesukaran seperti aku nanti
Aku mohon itu pada Allah

Tuesday, 14 October 2014

She's singing

Semalam aku kelua dgn hubby and fella
Pegi makan sebab ibu mengandung sangat teringin nak makan sizzling mee
Masa on the way balik tuh, masing da kekenyangan
Fella tetap dengan pekerjaan tetap dia
Mumbling ape benda yang aku tak pernah faham sangat

Tengah elok2 aku and daddy dia senyap dalam kete
Tiba2 aku terdengar
" ea ella la, I bi I bi"
Sila gumamkan dalam rentak lagu que serra serra
Sebab itu adalah lagu yang nenek dia nyanyikan hari2 untuk dia

Bila nenek balik dr beli barang, aku cite kat nenek
Kemain suka lagi nenek
Lagila nenek kerap nyanyikan fella lagu tuh

Tadi petang lpas aku checkup kat klinik,  dia bole cakap "tak yah"
Amboi sgt!