Fella makin keletah..
Warda pun dah mula pandai melayan agah
Ulah mereka buat aku happy setiap hari walaupun adakalanya bila Fella buat perangai, aku jadi geram dan naik angin
Tapi sebenarnya Fella tu manja budaknya
Selalu mahu dicium dan dipeluk
Mahu diberi perhatian lebih dari yang sewajarnya..
Akhir2 ni, Fella dah pandai tunjuk dia jeles dengan Warda..
Paling jelas masa aku, bapak dan pak lang nya tengah tengok cerita Jengka
Tiba2 dia campak puting dan menangis sekuat2 hati cuma sebab aku berbaring disebelah Warda..
Masa ni, aku cuma boleh pujuk dan peluk dia dengan erat..
Menusap danencium sambil bisik kan pada dia yang aku sayangkan dia
Warda, walaupun masih kecik dan seolah2 tak tahu apa2, kafang2 ada jugak perasaan iri hati nya tu
Lebih2 lagi disaat Fella cuba bermanja dengan aku
Memiliki 2 orang puteri yang canyik ni, buat hidup aku tenang dan gembira..
Makin hari makin banyak telatah dan perangan yang aku dapat tengok..
Fella dah mula pandai menyebut perkata sepatah2 dengan sebutan tepat dan tak pelat..
Tapi yang lain nya banyak la jugak dia membebel dalam bahasanya sendiri yang aku dan bapaknya tak faham..
Akhirnya nanti, aku akan ejek percakapan dia unyik merangsang dia bercakap..
Seronok melayan dia berborak..
Lebih2 lagi bila dia buat ekspresi muka marah..
Semalam, Bawi pukul kepala dia dengan kayu kecik..
Kuat tangisan dia menandakan pukulan tu memang kuat.. aku tarik dia dalam pelukan dan mengusap kepala yang sakit sementara Bawi dimarah dek mak nya..
Bila sakit dikepala agak reda, dia pergi ke belakang mak si Bawi, dan sambung memaragu Bawi lepas maknya da berenti dan 1 perkataan yang aku dengan dengan jelas adalah 'Bawi' dalam salah satu ayat kemarahan yang Fella lontarkan.. Nampak sangat marahnya..
Terkulat2 Bawi dimarah dek Fella, apetah lagi bila dimarah selepas mak dia sendiri memarahi dia..
Fella budak yang bijak..
Ada banyak lagi aku nak ceritakan tentang perkara yang berlkau dalam beberapa harini..
Tapi masa tak mengizinkan sekarang..
Nanti aku sambung lagi..