Kawan-Kawan Aku Lah!!!

Saturday, 10 December 2016

Tak pernah tak sayang

Semua dah tidur.. tgl aku je yg mash bjaga.. anak2 membesar dengan baek sekarang.. adk dah berjalan.. dah mula bercakap a few words.. like nenen when she wants her milk.. nanakkkk... when she don't want to go to her baby sitter's place.. and a few more.. tadi je masa aku pura2 tidur dia cakap "ammi.. angun, angun".. suruh aku bangun.. tak bangun kena sepuk.. hadoi.. tapi itulah keletah yang membahagiakan sangat..

Kakak sekarang pun dah pandai cakap omputeh sesikit..
Ada 1 hari tu..
She's looking for me.. then dia panggil
"Ammi, mana awak? Saya carik awk ni! Ammi.. where are you?"
Ammi tengah mandi dalam bathroom k..
And then the other day, she asked her father "Abah. How are you? Abah sihat?" Tergelak aku dengar dia bercakap.. Belum lagi kalau dia melawan cakap dengan atuk and nenek.. She loves the cuddle and i loves to cuddles both of them.. tapi adik tu macam kurang sket bab peluk2 ni.. kakak yes.. kalau offer "siapa nak peluk ammi?" Definitely, dia yg duluan berlari..

Sekarang kakak dah tak pegi umah nekteh dia dah.. alots of things happened sebenarnya.. so,nenek xbagila kakak pegi stay umah nekteh.. xde hal dengan nekteh.. hal nya dengan adik-beradik mak aku.. and as nekteh is also her sister, so, mum decided to look after kakak bila aku g kerja.. ada masa tu, aku hantar jugak kakak kat umah nekteh sebab aku tau kakak rindu nekteh dia.. sape lagi yg layan kakak sebaik2 umat weh.. kat umah ni semuanya naga, harimau, kucing garong, werewolf.. hahaha.. kat umah nekteh, dia la ratu, princess, cik muda segala.. nak berjalan, dibawak naik moto.. kalau jauh sket naek tren.. masa Aim ada, naek kete g titiwangsa.. bulan puasa, ikut g bazar beli juadah buka.. pdahal xpuasa pun.. asal pegi mana2, ada je habuan untuk dia.. manala dia tak seronok..

Setiap hari aku dengan anak2 adalah hari yang membahagiakan walaupun diorang suka buat aku jadi hulk.. tapi aku rasa, mana ada mak yg xjadi hulk kan.. plg tak, sekali dlm hidup lah.. hihihihi.. kakak boleh diharap kalau kita suruh2.. tapi selalu buat2 tak dengar.. bila kita suruh basuh tangan, dia pegi basuh tangan TAPI siaplah baju semua basah lencun.. Adik duk perati je DAN follow semua perangai dan tingkahlaku kakak.. baek tak baek semua follow.. Dulu2 kakak suka merajuk 4 segi (aku yg bg nama macam ni.. hahaha).. which is dia akan peluk tubuh tapi shape tangan tu jadi 4 segi thwn dia goyang2kan badan dia.. Adik dah follow da sekarang.. Hritu adik merajuk cuma nangis2 dan rebahkan badan kat lantai sambil teruskan nangis.. then lonjak2 badan ke depan.. sekarang merajuk style 4 segi... hahahaha..

Bab makan bersepah tu tak yahla cite.. dari atas meja sampai ke bawah.. atok selalu cakap tak yah bagi makan dah budak berdua nih.. tapi nanti atok yang bawak balik jajan untuk diorang.. yang paling lawak bila motor aiskrim matkool lalu kat depan umah.. kakak akn buat muka comel mintak aiskrin kat atuk.. abes kalau da kakak dapat aiskrim, takkan adik xdapat.. mestila atuk akan beli dua.. aku selalu bebel kat kakak.. ni masa diorang berdua he.. kang sok2 ada plak cousin dia yg berdua tu, atuk kena beli 4 ice cream.. elok kang si sarah da pandai makan, nak kena belikan si sarah pulak.. itu baru 5 cucu atuk.. kalau tambah lagi?? Pengsan atuk.. hahahaha..

Aku cuma nak anak2 aku tau.. yang eventhough aku selalu marah2.. aku selalu naek suara dan aku memang mak yang garang.. tapi kasih sayang aku pada diorang tak pernah berbelah bagi.. tak pernah.. aku sayang kedua2nya wholeheartedly.. tak terbahagi disana dan tak terbahagi disini.. hati ammi, hanya 1.. dan 1 hati ini yang menyayangi suami dan anak2 sepenuh hati dan sepenuh jiwa.. Tak pernah terlintas untuk tak menyayangi sesiapa pun diantara kalian yang mengisi ruang kekosongan hidup ammi..

Aku banyak kurangnya sebagai seorang ibu dan isteri.. tetapi aku bersyukur kerana dberi peluang to be one..

Hmmm... Banyak sangat aku nak tulis kat sini.. tapi takut tak cukup semalaman.. hahaha.. nantilah aku sambung lagi..

Wednesday, 4 May 2016

Happy birthday to me!

Hahaha..
Harus ke letak tajuk begitu?
Hadoi..
Okeyla..
3 series sudey..
Nothing to be worried of..
Its just a counted numbers..
Dalam hati masih muda ma..
Hekhekhekhek..

Nothing special on that day..
Cuma some relaxation and therapy..
Hahaha..
Therapy la sgt oi..
Tapi yang penting suami yg belanja kan..
Terimalah dengan hati terbuka dan gembira..

Foot massage di Manjakaki..
My favourite place for every month..
Regular customer seyh..

The dotters?
Post kat umah pengasuhla, sayang..
Sometimes, kena ambik masa utk berdua2an jugak dengan the lucky kn..
Gitew.. Macam kau sorang ada laki ea..
Hahaha..
Xpayah sentap lah!

Memula macam nak tengok wayang
Tapi nanti lambat balik pulak..
So, apa yang sempat jelah..
Dalam masa yang sama, aku nak sangat tau sape yang duk sakit hati sangat dengan aku sampai nak nganta binatang belaan nenek dia kat aku..
Binatang sangat perangai eh..

So, semalam adalah hari scan utk tgk aku sekeluarga..
Dan jugak family jiran aku..
Kesian ea jiran aku..
Ada orang yang berminat dengan laki dia..
And then both side family pn ada problem..
Yang bini tak kuat semangat sangat..
Laki plak kna pengasih..
Haish.. sush jugak dengan orang yang sweet2 nih..
Diorang ni muda lagi kot dr aku..
Nasbnya aku tak pernh berhadapan dengan masalah macam ni..

Berbalik pada aku tadi..
Katanya dia sakit hati dengan aku..
Dan dia memang nak aku keluar dari tempat aku kerja sekarang..
Dengan cara baek atau pun tidak..
Tapi aku tak nak mengalah..
Aku akan cuba bertahan..
Aku akan buktikan yang sepatutnya beramvus dari tempat tu adalah dia sendiri..
Tak guna solat 5 waktu tapi buat perkara2 mungkar..

I'm not trying to tell other people that aku dipihak yang betul..
Cumanya aku ni jenis cakap lurus..
Jarang aku nak belok2 cakap..
Itu keburukan aku yang susah aku nak ubah..
Satu lagi, kalau aku marah, aku memang carutkan je person yang wat aku marah tuh..
Huhuhuhuhuhu..

Memang aku sakit hatila dengan pompuan sihir tu..
Nak maafkan?
Mungkinla suatu hari nanti..
Setelah banyak2 perkara seperti ini aku dah lalui, aku tak boleh nak on the spot maafkan orang macam dulu2..
Sifat tu hilang dengan sangat cepat..

Aku berharap aku mampu untuk maafkan dia suatu hari nanti..
Sama juga dengan fahmi..
Semoga ada kemaafan untuk dia suatu hari nanti untuk hutang duit yang tak dijelaskan..

Friday, 8 April 2016

Update dari luar kawasan

Lama da xkluar dr k.l slain dr melaka..
My 1st experience leaving my 2nd daughter and the second experience leaving my 1st daughter..

Adik sepanjang malam tidurnya sekejap2 merengek.. padahal puting masih dibibir..
Kakak paling tragis..
Selalunya bila aku katakan "ammi nak g work" dia akan bersetuju dan menerima..
Tapi kali ini, dia menangis tak seperti biasa..
Pelukan nya erat..
Tangisannya mendayu-dayu membuatkan aku menjadi sayu..
Macam tau2 je nak kena tinggal lama
Kutinggalkan ketiga2 kecintaan dan kesayanganku di k.l
Dua kesayanganku dibawah jagaan mak dan abah.. sorg lg jga dri sdr.. hehehe

Itupun dia dah sampai di Melaka.. disebabkan oleh keadaan ibu mertuaku yang tidak mengizinkan..
Ibu mertuaku dari semalam makannya sangat sedikit..
Tubuhnya sudah mula melemah..

Semalam, adik iparku si angah mengkhabarkan padaku tentang kehadiran simurai2..
Bilangannya banyak dan riuh sekali..
Hati dia gusar katanya..
Setiap slps asar, tubuh ibu mertuaku akn melemah..
Kepalanya sakit dan dia akan memuntahkn sejumlah makanan yang telah dia makan pada sebelumnya..

Aku pun tak tau nak kata apa..
Hanya berharap mampu menghabiskn kursus ini dan tiada apa2 yang buruk terjadi..

Thursday, 10 March 2016

Sesuatu yang aku rasakan

Sesungguhnya ada satu perasaan yg bergolak dalam hati aku..
Aku sebenarnya sangat2 risau dengan condition MIL aku..
Lepas keluar hospital ni, banyak sangat tingkahnya yang berlainan dan membuatkn kami semua tertanya2 dan terpikir2..

Yang dia xmakan sgt, itu yang dia mintak..
Yang tak dijual dikedai, itu yang dia minta dibelikan..
Barannya meninggi, tuturnya mengasar..
Umpamanya dia sedang cuba buat kami semua berjauh hati dengan dia..

Tak pulak aku berkecil hati..
Cuma hati rasa sedikit gundah untuk meneruskan hari2 yang seterusnya disaat kami semua jauh dari pandangan mata dia..
Aku risau apa2 akan berlaku dalam masa terdekat ini..
Sesungguhnya يا الله
Aku sayangkan ibu mertuaku..
Berikanlah dia kesihatan yang baek يا الله
Jika sudah tiada umurnya didunia, ko berikanlah dia kebahagiaan di akhirat kelak يا الله
أمين

Wednesday, 2 March 2016

Lawatan membersih sawang

Lama betul xupdate pape
Macam busy sangat je kn
Tapi memang la busy sket..

Keje makin mencabar sekarang..
Since dah menjadi senior nih, semuanya kena dilakukan dengan rasa lebih bertanggungjawab..
Hujung tahun lepas dengan awal tahun ni je 2 kes intubate aku handle
Dua2 jes tu jugak akhirnya meninggal dunia di ICU..
Not a very good start isn't it?
Tapi itulah yang harus ditempuh..

My babies are growing up so fast..
Kdg2 rasa macam tak terkejar dgn progress diorang..
Kakak dan mulutnya yang sangat bising tuh memang menjadi penghibur sekarang..
Since now that her attitude are more acceptable, dah lebih memahami dan menerima arahan dengan baek, aku pun da kurang marah2 dia..
Nak membesarkan anak bukan senang oi..
Adik pun dah mula faham cakap2 kita sket2..
And now she's so funny.. pandai bergurau dengan kakak..
She fans her sister very much..
She pick her sister more than she choose me..
Pfffttttt....
Hahaha..
But that's what I wanted the most..
Hopefully they will loved each other towards the end..
Adik are going to turn 1 tomorrow!
Excited tho..
Sedih pun ada..
Tak percaya pun ada..
Rindu nak ada baby lg tapi tunggu la dulu..
Life nowadays tak macam masa aku beranakkan kakak..
GST matter me the most right now..
Hahaha..
Event dua2 kerja pun still terumbang ambing jugak lagi..
Sabar jelah.. nanti ada la rezeki anak2 tu..
Hehehehe..

Last month, mak mertua aku masuk ICU Hospital Melaka..
Started with her kidney failure, goes to her lung and became lung infection and then she was intubated..
Actually on the 19th of feb, we were going back to my husband's village sbb my MIL nak wat kenduri..
When we're arrived there, aku tgk dia mcm xlarat and her face a bit puffy..
Tapi macam xsampai hati nak cakap sbb aku tau dia mmg beria sgt nak wat kenduri hri ahad nye tuh..
Tapi takdir Allah tu yang sebaik2nya..
Sabtu petang aku and hubby and her little sister bawak dia pegi casualty Hospital Alor Gajah..
Diorang tak bagi waris tunggu kat dalam..
Dahla kat luar casualty tu tak banyak tmpt duduk..
End up aku ajak hubby tunggu kat dalam kete je..

Bila da siap, dia tolak mak mertua aku kat lua and dia cakap kat husband aku that everything was okay..
She's going back home with prednisolone and i guess it was syrup ventolin sebab tak ada lable pun on the bottle..
Tapi masa dalam kete, dia still nampak lemah and sesak nafas..
But yet, she said that she was okay
And malam tu kitorang celebrate birthday MIL aku tuh..

Around 1.30 am, angah kejut aku dari tido..
Dia cakap mak mertua aku sesak nafas..
Aku suruh dia ambik inhaler dlu..
2 kali dia pam tapi xsettle

Aku kejut hubby aku and gesa dia bawak mak mertua aku g Hospital Alor Gajah semula..
Sampai sana, doc pn ambik darah and all the needed investigations
Lepas tu doc bagitau hubby aku yang my MIL kritikal dan akn dpindahkn ke Hospital Melaka

Situasi memang sedihla
Lagi2 bila tengok MIL aku di intubate
Benda yang aku tak pernah expect aku akn tgk pada family aku sendiri..

But yet, alhamdulillah..
My MIL da kluar ICU and da ditempatlan di wad medikal..
She looks good and happy..
Sekarang tunggu discharge je lagi..

Hurm..
Tahun ni baru skali ni je tulis entry kat blog.. ni entah bila lagi aku akan menulis.. huhuhu..