Kawan-Kawan Aku Lah!!!

Thursday, 27 December 2012

Dikalung kasihan

Semalam hati aku tergerak nak bukak blog Mr. Tablet aku..
Mine lg ke?  Hahaha Hahaha Hahaha
Not that sure as I dont know our label
Tersentuh hati dan jiwa tatkala aku membaca sebuah cerpen pendeknya berkisarkan apa yang telah terjadi antara aku dan dia
Padahal masa tu aku dan dia saling berwassap bertukar cerita
Akuntau yang aku tak sepatutnya bercerita tentang lan disini
Tapi aku pun tak tau dimana aku harus meluahkan coretan hati
Aku tahu yang dia mengerti
Aku tahu yang dia insan paling memahami aku
aku tahu yang dia begitu mengambil berat tentang diri aku
Dan aku juga tahu yang dia adalah insan yang paling menyayangi dan mencintai aku
Tapi biarlah takdir yang menentukan segalanya
Aku sentiasa doakan Mr. Tabletku bahagia dan gembira walau dimana pun dia berada,  dengan siapa pun dia bersama
Ekceli sedih bila aku tulis macam ni
Tak aku nafikan yang aku memang masih sayang
Tapi biarlah masa yang menentukan kehadiran rasa percaya itu untuk dia ^-^

Monday, 3 December 2012

Bila Cinta Bersemi, Bahagia Datang Dalam Hati

Semenjak akhir-akhir ni jiwa rasa berbunga-bunga pulak
Hehehe
Dah lama nak kan perhatian Azlan
Baru sekarang mendapat
Semoga berkekalan hendaknya

Tadi masa borak2 dengan kak fara
Kak fara suruh aku pegi birthday celebration tunang dia
Aku pun ajak la Azlan pegi..
And guess what?
Dia setuju nak pergi..
Hehehe
Terus rasa berbunga-bunga

Dan masih lagi diawang-awangan..
Hahahaha
Abesla
Balik umah nanti tidur pun senyum..
Hihihihik

Friday, 16 November 2012

Nak kurus

Cite post kali ni simple je sebenarnye
Nak cite mcm mana nak jadi kurus
Ok, sebetulnya aku bukan penjual atau pengedar atau agen ubat kurus atau lingerie FIR dan sebagainya tu

Masa aku habis kolej berat aku dalam 80kg
Bila aku mula bekerja duit pun mula ada, keje aku adalah makan
Ditambah dengan masa luang yang terlalu banyak selepas balik dr keje
Activiti makan tu macam acara wajib

Aku tak suka bersenam
Aku tak suka aktiviti yang mendatangkan peluh sebab aku tak suka busuk
He he he
Jadi badan aku memang macam dipam-pam naiknya
Masa tu aku keje pulak dengan pihak berkuasa tempatan
So, waktu makan memang sharp
Senior-senior pulak pandai carik tempat makan harga berpatutan lagi sedap
So memang faham-faham jela kan situasi tu macam mana

Bila aku keje dekat hospital
Dekat wad pertama aku keje
Dalam tempoh 3 bulan pertama aku lost 10kg
Tapi tu sebab keje
Tak sempat makan, sibuk macam lahanat jadi faktor
Lepas tu maintain macam tu je berat badan aku

Tak aku nafikan yang aku memang try banyak produk kurus sebab obses nak kurus
Aku bernasib baik sebab setakat ni badan aku tak menerima nasib buruk macam yang selalu kita baca dalam akhbar
Tapi masih jugak tak jadi

Akhirnya aku twrnampak adik aku wat bisnes korset Premium Beautiful
Kalau korang jadi aku
Da telan ubat macam-macam tapi semua tak jadi
Korang nak percaya ke baju dalam, girdle, ngan korset tu bole wat korang kurus?
Mestila tak kan??

Macam tula yang aku rasa
Bagi aku korset tu cuma bole wat kita nampak kurus padahal kita masih macam tu

Bulan pertama aku pakai walaupun was-was (tapi dalam hati aku teruja sebab 1st time aku acu ke badan dan badan nampak so curvy)
Hanya orang gemuk je faham maksud aku
Huhuhu huhuhu
Dalam teruja tu, aku langsung tak menaryh harapan untuk menjadi kurus
Yang aku tau, dapat tubuh yang berbentuk dan orang dapat bezakan antara dada and pinggang
Hehee
Aku tulis bukan untuk menghina ayau mengata sesiapa sedangkan aku bukanlah kurus pun
Aku masih lagi gemuk

Tapi aku nak cerita pasal keajaiban korset tu Berbalik pada cerita korset tu Aku pakai untuk melawa Tapi demi menghargai pemberian abah aku pakai jugak hari-hari Sebulan aku pakai turun dalam setengah kilo Jadi aku masih anggap korset mahal pemberian abah tu satu benda untuk melawa je Sampaila bulan kedua aku pakai Aku g melancong ke Pulau Pinang Hari-hari makan je keje Makan pun kat tempat sedap-sedap semuanya Masa tu aku pikir yang berat aku mesti naik So, aku pun timbang masa aku balik semula kerumah Shocked! Berat aku turun 2kg dalam masa 7 hari aky bercuti walaupun keje aku makan, makan dan makan Aku teruskan pakai walaupun tak banyak kesan perubahan lepas tu Dipendekkan cerita, lepas aku dipindahkan ke wad lain, aku kena parking jauh dan selalu terkejaran masa Masa nila berat badan aku jatuh mendadak Sampai sekarang aku masih lagi menjadi pengguna korset Premium Beautiful yang tetap.. Hihihihik

Thursday, 15 November 2012

Harum subur dihati

He text messaging me around 1am
Aku pun ngada-ngada bagitau dia yang aku demam
Hehehe hehehe
Dia reply elok je
Ajak aku jumpa tengahari tadi
Tapi bila aku sedar dari tidur, dia langsung xcontact
Nak buat macam mana
Selalu pun memang macam ni

Aku dah jadi lali dengan keadaan macam ni sebab da jadi berkali-kali
Tapi bila mengenangkan perbualan malam tadi hati ni rasa terbuai-buai jugakla sikit
Mana taknya
He called me "my boo"
Weeehhooooo!!!!!!!!
Haaaaaaaaa............. (pengsan)
Ok da bangun balik..
Ho Ho Ho Ho

Dia suh aku jgn mkn banyak sgt ubat
Tapi klu tak makan, macam mana nak baik
Kn???
Takpe
Yang tu bole diabaikan dulu
Yang penting kena sihat wal 'afiat dulu
Huhuhu
Nk tido dulu
Esok mau kursus pastu kena jual bag plak tuh
Adoiyai betul la!

Monday, 12 November 2012

Cuti Deepavali!

Sepatutnya aku dah tidur ni
Sakit tekak dan selsema membuatkan aku tak tidur
Ubat dah makan
Mengantuk dah ada
Tapi mata tak mau lelap

Jadinya aku menaipla sikit
Asrul tadi call
Katanya mak dia dah sampai dari Mekah..
Aku lupa yang harini memang sepatutnya tarikh mak dia sampai Malaysia
Mak dia gi haji pun haritu

Aku tak taula
Mak aku dah pun suruh aku menjauh dari semua orang yang patut aku jauhi
Masalahnya tak mudah
Entahla..
Malas la nak pikir

Harini aku bercuti sampai la hari Khamis
Jadual memang packed
Nak carik baju untuk dinner
Pastu nak g Low Yatt Plaza
Nak carik Samsung Tab untuk mak aku
Dan tentu-tentula telefon baru menggantikan telefon aku yang rosak haritu
Dah lama tak berwassap nih, rasa berkulat pulak.. Hikhikhik

Ape pun kna tido dulu sebab mata dah semakin berat
Ada masa lepas balik dari berjalan-jalan esok, aku update lagi.. Hehehe

Wednesday, 31 October 2012

Setahun lagi


Aku rasa sekarang aku sangat sukakan blog aku
No offense la
Bukan tak suka blog orang lain
Aku baca semua artikel yang ada kat blog lain
Walaupun ulang baca, aku tetap suka
Tapi blog nila tempat aku curahkan rasa 
Semuanya aku tulis kat sini sekarang

Aku jumpa Lan tadi
Masih sweet macam dulu-dulu
Yang peliknya Lan nih
Dia selalu muncul semula bila kala
Ada orang ajak aku kawen

Dalam diam-diam
Aku pun buat analisa aku sendiri
konon-konon nak menganalisis
Semua yang berlaku setiap kali
Ada lelaki lain dalam hidup aku

Seriously, i'm waiting for him
More than everything
He have that charisma
All the things that i would sort on my list
He is my Prince Charming

Kali ni aku bertanya lebih dalam
Lebih detail
Sebab aku tahu tentang dia
Dia jenis yang tidak perbah menyorokkan
Apap-apa pun dari aku sepanjang aku 
Mengenali dia

Lewat petang tadi, aku bertanyakan dia
Dia ada perempuan lain ke?
Dia tanya aku balik apa maksud aku
Aku jawap, girlfriend




Lepas tu aku tanya lagi
Habis tu kita ni apa?
Maksud I, U and I
I ni siapa pada U?
(soalan cam keras and tajam.. 
Tapi sebenarnya aku control giler nada suara..


Menjaga hati semua pihakla katekan.. Hehehehe)

Dia pandang aku
sambil menyedut asap rokoknya
Pastu dia pun cakap kat aku
"U special"



*sigh* dah cukup buat aku cair
Hehehehehe

Tapi dia terangkan pada aku 
Dia tak boleh bagi komitmen pada aku 100%
Sebab dia ada target dia
Dia ada benda yang dia nak buat lagi

Dia kata, benda yang dia nak buat dah tak banyak dah
once dia capai target yang dia mahukan
Aku tahu apa yang dia targetkan dan dia dah nyatakan





Aku tak pernah mendesak dia untuk berjumpa aku
Walaupun aku tahu yang hati aku meronta-ronta rindukan dia

Aku isi masa lapang aku dengan orang-orang yang salah
Tapi takla salah sangat rasenye..
Hahahaha.. Ayat nak kaber jer.. Hikhikhik..


Aku tanya soalan tu bukan sebab aku desperate
Aku pun tak terfikir nak kawen lagi sekarang
Yang buat aku bertanya adalah
Sebab As dah tanya aku nak mintak masuk
Mak pun dah desak-desak aku buat keputusan
Lagipun aku rasa mak tau kot hati aku masih pada Lan
Sejauh mana pun aku pergi, kemana jua aku melangkah
Hati aku tak pernah gagal dalam mengingati dia




Dan aku cuma nak tau
Masih bole ke aku berpegang pada  janji dia setahun yang lepas
Di awal perkenalan aku dengan dia dulu
Dia beri janji pada aku 2 tahun untuk dia kejar cita-cita dia..

Dan sampai ke harini
Aku masih memegang janji itu
Aku menunggu dengan sabar
Aku tau dia takkan sia-siakan apa yang telah dia katakan
Insya Allah
Aku berharap.. 



Tuesday, 30 October 2012

Saya Sayang Emak Saya

Kadang-kadang buntu tu datang
Tak dela nak mengaku hot ke, best ke, atau pun yang bersangkut paut
Tapi kalau dah pilihan terlalu banyak
Rasa macam nak pecah kepala jugak

Hati mak nak kena jaga
Pendapat abah nak kena dengar
Bisik-bisik adik-adik lalu jugak kat telinga
Parahnya menusuk sampai dasar

Haish!
Jap gi kalau aku kata ngan mak yang BFF aku nak bertunang
Alu mesti kena tembak tepat lagi
Macam biasa
Dulu-dulu kalau aku cakap je bab-bab ni, mak adalah sharp shooter
Paling tepat, paling tajam menuju kesasaran
Hahahaha (u,u)"

Mak la sahabat paling karib aku
Kawan gaduh
Kawan berjalan
Lepas Angah dah kawen
Tapi sebelum tu lagi aku memang anak kesayangan kaki gaduh ngan mak
Tapi tu hiburan

Sebab ape?
Bila aku g kursus ke
Jalan jauh-jauh
Dia mesti akan terlaung nama aku
Kebiasaan.....

Tapi bila dah dekat-dekat
Dah selalu nampak
Mesti akan tercetus perselisihan faham
Pulak lagi jenis aku ni kaki menjawap cakap maknye
Mak aku pulak pantang kena usik

Mak selalu kata
Anak sulung tu ibarat minyak yang penuh
Yang sentiasa dinanti-nanti kehadirannya
Aku tau mak memang sayangkan aku
Untuk mak, aku pun sanggup buat apa je

Sebab aku sayang mak aku

Hajat Besar

Its happening few days before Hari Raya Aidil Adha.. 
Dia sebenarnya biasa jadi kawan je..
memang biasa pada awalnya
Aku suak berkawan dengan dia sebab dia
Kawan yang sangat baek dan ikhlas menolong.. 
Aku tau jugak yang dia tak ramai kawan perempuan. 
Akula salah sorang dari kawan perempuan dia yang betul-betul rapat..

As far as i remembered, dia memang banyak bercerita and berwhatsapp dengan aku
Duk anta lokasi, anta gamba
Kalau ikutkan, memang pernah ada niat dihati nak adjust mamat nih..
tap masalahnya, tiap kali aku nak approach ke arah tu, mesti dia akan larang
Katanya hati dia goyang bab-bab sayang ni
Setiap kali aku mainkan perkataan syg lewat Whatsapp ku dengan dia
Ucapan sama akan terlontar
Takut katanya, hati dia tak sekuat yang aku lihat

Malam tu dia balik dari kampung seusai majlis tahlil kenduri arwah pakcik dia
dalam menunggu-nunggu, aku menghantar pembuka bicara
katanya masa itu, dia masih on the way
Setiba dirumah, dia mengatakan dalam wassapnya yang dia mahu mendengar suaraku 2 minit

akhirnya dia call
berbual tentang apa sahaja
bagi aku, kami sudah terlalu rapat untuk aku sembunyikan kisah suka dukaku
bergosip seperti berkenalan sudah lama

Akhirnya dia bercerita tentang kedatangan dua sahabat yang untuk bertemu
Seorang datang dengan hajat mahu menjemput dia hadir ke majlis persandingan 
seorang lagi hanya datang untuk lepak bersama
Yang seorang ini dah ada anak seorang
terpacul soalan cepu emas dari rakannya itu
Kawan dia tanya, "ko tak nak kawen ke?"
hampir nak tersedak dia dibuatnya
Jawap dia,"mestila nak"
Habis ape cerita skarang? soal kawan-kawan dia

dia pun bercerita la pasal aku dan persahabatan kami
kata dia, kami berkawan macam biasa
panggil pun kau aku
tak ada panggilan istimewa
Kawan dia cakap, kalau sungguh nak, gentle je pegi jumpa parents aku sorang-sorang
tapi aku tau dan jugak macam yang dia akui, tula perkara yang paling dia lemah sekali
pemalu tapi mengambil berat dan tak pernah lokek pada aku

Dan pada malam tulah dia sampaikan hajat besar dia pada aku
dia minta izin minta gar aku memberi kebenaran pada dia
untuk berjumpa dengan mak ngan abah aku
well, tipula kalau tak terkedu
sebab lelaki lain ajak aku kawen cam koboi
tapi dia ni lain
unexpected
rase cam romantikla jugak kan
heheheheh
(gatai!)

tak senang nak memberanikan diri macam yang dia da wat.. 
Memang dia bagi masa untuk aku berfikir dan berbincang dengan mak
Aku pun dah bincang 2 hari lepas tu
Mak kata, kalau dah masa nya aku kawen, kawenla..
(Huu.. Yes2.. :D)

Tapi kata pemutus aku belum bagi lagi pada dia
Aku pun tahu erti masa
Aku pun tahu menilai orang
aku mohon pada Allah, jika dia jodoh terbaikku
Dekatkanlah hati aku dan hati dia
selama-lamanya hingga ke syurga
(Mak aih! ayat jiwang bebeno.. :p)

Friday, 12 October 2012

Tahun Melawat Pahang: Cameron Highland

Well well..
Setelah tak bercuti sekian lama..
Akhirnya aku menjejaki bumi Cameron Highland..
Dah lama jugak mengimpikan saat-saat indah memandu dibalik kabus tebal menerjah awan..
Cewah!
Mana nak datang kabus kalau bertolak pun dah hujung pagi..

Perjalanan biasa je pada mulanya..
Tapi makin mencabar bila dah mula naik ke atas..
Jalan start sempit and berliku-liku..

Akhirnya sampai kat kawasan Lata Iskandar..
Plan awal nak mandi-manda which is so not me..
Akhirnya tak jadi sebab kononnya kesuntukan masa, kami pun bergegas ke  tempat tinggal yang telah ditempah awal..
Sampai kat sana ade  mase lebih kurang sejam untuk check in..
So kitorang pun pergilah menjejaki KFC Brinchang ..
Dah kenyang, turun semula ke Tanah Rata...
Masuk ke apartment yang sangat selesa
Dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bili mandi

3 hari 2 malam yang indah dan seronok..
Mengecapi saat-saat indah rumah yang sejuk tanpa kipas apetah lagi aircond
Tapi yang kurang best adalah cuaca yang agak buruk disana
Setiap tengahari yang aku keluar, mesti akan hujan dengan lebat..
Berakhir dengan kami semua melayan DVD pelbagai cerita.. Haha..

Antara tempat yang sempat aku singgah pastinya ladang teh..
Sejuk mate menengoknye..
Pastu pergi pulak Strawberry Farm..
Petik strawberry sendiri ngko..
Hahahahaha..
Seronokla jugak..
Jakun sekejap.. Hikhikhik..
Lepas pada tu, pergi bershopping..
Walaupun agak kurang keseronokan akibat gangguan cuaca..

Turun dari sana, lalu Simpang Pulai..
Merasala kami melalui kabus yang agak tebal..
Berhati2 membawa kereta..
Pulang dalam keadaan keletihan..
Seronok memang seronok..

Tapi dalam hati aku memang dah nekad..
Selagi aku pakai Owen, aku takkan panjat gunung tu lagi..
Semput sudah Owen panjat gunung..
Heheheeehe..
Turun gunung bunyi berderit satu hal..
brek pun hangit..
Nasib tak jam jer breknya..
Huhuhhuhu..

Harap-harap ade la yang sudi sponsor Vios TRD Sport lak pasni..














Friday, 31 August 2012

Jejak Kembali..

Salam..
Kalau diikutkan, ini bukan kali pertama aku menulis..
Ada blog yang lama.. 
Tapi ada masalah teknikal disana..
Orang pun tak mengenal aku..
Aku hanya insan biasalah katakan.. Hehehe..
Insya Allah, nukilan, repekan, suara hati akan bertamu disini pula..
Kalau incik Blogger ni tak memberi masalah, selamanya mungkin aku disini..