Kawan-Kawan Aku Lah!!!

Monday, 12 November 2012

Cuti Deepavali!

Sepatutnya aku dah tidur ni
Sakit tekak dan selsema membuatkan aku tak tidur
Ubat dah makan
Mengantuk dah ada
Tapi mata tak mau lelap

Jadinya aku menaipla sikit
Asrul tadi call
Katanya mak dia dah sampai dari Mekah..
Aku lupa yang harini memang sepatutnya tarikh mak dia sampai Malaysia
Mak dia gi haji pun haritu

Aku tak taula
Mak aku dah pun suruh aku menjauh dari semua orang yang patut aku jauhi
Masalahnya tak mudah
Entahla..
Malas la nak pikir

Harini aku bercuti sampai la hari Khamis
Jadual memang packed
Nak carik baju untuk dinner
Pastu nak g Low Yatt Plaza
Nak carik Samsung Tab untuk mak aku
Dan tentu-tentula telefon baru menggantikan telefon aku yang rosak haritu
Dah lama tak berwassap nih, rasa berkulat pulak.. Hikhikhik

Ape pun kna tido dulu sebab mata dah semakin berat
Ada masa lepas balik dari berjalan-jalan esok, aku update lagi.. Hehehe

No comments:

Post a Comment