Aku sekarang mudah sangat nak hanyut
Hamyut dalam perasaan yang mendalam
Hanyut dalam kesedihan yang menggila
Hanyut dalam khayalku
Selagi owen tak disettlekan
Selagi itulah kehanyutan aku menggila
Esok baru nak cuba settle kan owen
Otak aku sakit
Dada aku sempit
Hari-hari liza mesej and call aku semata-mata nak tau aku jumpa dengan Firdaus ke tak
Bukan aku nak rasa happy bila liza sendiri dah mengaku yang Firdaus memang menyayangi aku lama dahulu sebelum mengenali liza
Firdaus pun pernah bercerita yang dia telah terlalu menyukai aku sejak pertama kali bersua wajah
Masa tu aku masih bercinta dengan Haizam lagi
Ayat sentap liza petang tadi mencabar sabarku
Mempamerkan sikap dia yang semakin lama semakin mampu aku tafsir
Dia sebenarnya masih mahukan Firdaus kembali ke pangkuannya
Dan Firdaus pula
Setiap hari menyatakan keengganan pulang ke dakapan tunang hanya kerana dia terlalu cintakan aku
Dengan rontaan jiwa
Aku tak rela semuanya berlaku
Aku bukan perosak hubungan orang lain
Bila Liza kata pada aku yang aku boleh ambil Firdaus jika aku mahu dek kerana dia tak mahu bergaduh dengan aku
Mahu saja aku katakan bahawa aku tak perlu bersusah payah berusaha untuk mendapatkan Firdaus
Sebab dia sendiri akan datang pada aku
Aku hanyut lagi
Mendengarkan lagu hanyut dari Faizal Tahir
No comments:
Post a Comment