Kawan-Kawan Aku Lah!!!

Monday, 29 July 2013

Penghujung Bulan Puasa

Nak tido tapi mata tak terpejam
Nak buat ape pun aku tak tau
Rindu pada masa-masa lalu
Rindu untuk memutarkan kenangan

Hmmm...
Sejak malam tadi hati rasa resah
Dia titipkan pesan buatku untuk jaga diri dan jaga kesihatan
Masih mengambil berat aku kira
Atau hanya sekadar untuk berbahasa

Biarlah....
Diketika ini sepi mengusik hati
Semuanya rasa umpama berputar kembali
Kenangan demi kenangan
Mata masih belum mahu terpejam

Rindu bertamu untuk seseorang
Sehari tak jumpa umpama bertahun lama nya
Mungkin itu faktor terbesar punca aku tak mahu lelap

Padahal keesokan hari aku bertugas pagi
Sangat menjengkelkan bila ini berlaku
Hmmm..

Selamat malam
Tidurlah sayangku...

Friday, 19 July 2013

Teringat

Tadi pas aku tido kejap aku turun ke bilik mak
Melihatkan Ahmad yang sedang lena
Aku senyum sendirian
Berborak sebentar dengan emaknya Ahmad

Lantas aku raih Ahmad dalam pelukan
Aku usik-usik pipinya
Dalam lelap masih boleh tersengih-sengih
Aku tiarapkan dia didadaku

Menyambung lenaku yang terganggu dek kerana pergi ke tandas
Saat itu aku memandang wajah darah dagingku berada di atas tubuhku
Aku teringat saat-saat indah bersama Qayyum @ Syafiq

Aku yakin dia makin membesar dengan baik di rumah anak yatim itu
Ada masa, rindu bertamu dalam hati..
Bertalu-talu
Tapi bukan hak aku untuk melawat apa lagi menyentuh anak kecil yang teramat aku sayang pada masa itu..

Mungkin 1 hari nanti aku bisa bertemu dia
Tapi entah ada peluang atau tidak..
Yang penting, setiap masa indah dan bahagia adalah untuk diraikan dan dinikmati sentiasa

I'm blessed to meet that little boy
Knowing that there are still a lot of people that we can loved even though they are not from ours
I pray for him whenever I remembered
Hoping that he have the best in his life
Safe life journey till the end
Insya Allah
Amin

Masa yang berlalu

Tak aku sedar Ramadhan cepat benar berlalu
Baru 2, 3 hri berpuasa rasanya
Sedangkan yang benar, seminggu lebih telah berlalu

Tahun ni ada sedikit rasa excited untuk beraya
Dek kerana aku dapat merayakan Aidilfitri, insya allah

Dengan anak buah baru
Adik-adik semuanya ada disini
Aku harapkan Syawal yang meriah walaupun sederhana

Masa masih berlalu dengan pantas
Sedar tak sedar kita yang ketinggalan
Aku masih menjadi pemerhati sepi
Melihat dari jauh semuanya

Melihat bahagianya dia mungkin
Hati yang sentiasa mendoakan kebahagiaan dia
Aku tak pernah menafikan yang aku adakalanya teringin untuk bertegur sapa

Walaupun mungkin bukan serapat dulu
Tapi aku nak berbual macam yang biasa kami lakukan
Walau hanya berkongsi kisah kecil
Mungkin 1 hari nanti jika diizin tuhan
Aku sentiasa terbuka

Wednesday, 10 July 2013

Ramadhan Al-Mubarak

Alhamdulillah
Ramadhan pertama berlalu dengan jayanya
Ku kira berjaya juga puasaku kali ini

Bersahur dirumah dan beriftar di wad
Dah menjadi kebiasaan aku semenjak 3 tahun kebelakangan ni
Keseronokan beriftar dirumah memang jarang aku rasakan

Seperti tahun-tahun yang lalu
Bila kelapangan aku akan memenuhi jemputan iftar diluar rumah

Tak mengapalah
Yang penting puasa ditunaikan sebaik yang mungkin
Aku mungkin kurang gemar untuk wish puasa
Tapi tak bermakna aku lupa pada semua insan yang aku sayang

Life aku masih begini
Aku sentiasa mendoakan setiap orang yang masih dan pernah hadir dalam life aku supaya sentiasa bahagia
Sentiasa gembira, dilimpahi rahmat Allah dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah

Aku stalker kot
Hahahah
Masih jadi pemerhati sepi
Masih menjadi peninjau diam
Masih menjadi pemantau
Walaupun aku tahu aku tak layak
Walaupun aku tahu itu tidak bermakna untuk dia
Walaupun aku tahu kalau dia tahu apa yang aku buat
Mungkin jiwa nya tergoncang

Tak apalah
Semoga Ramadhan ini memberi kekuatan jiwa dan tubuh badan buat kita semua
Amiiiinnnnn....

<3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3

Saturday, 6 July 2013

Segala rasa

Aku sibuk sendiri kebelakangan ni
Masa untuk diri sendiri pun adakala xberkesempatan
Sampai la akhirnya aku sedar yang aku dah mengabaikan blog ni sekian lama
Almost a month aku biarkan blog ni tak bergerak, tak bernyawa, tak bermaya

Jerebu haritu betul-betul membawa padah pada aku
Aku demam, batuk dan selsema teruk
Lebih kurang 2minggu
Aku demam je pun dekat seminggu
4hari demam dan aku masih bekerja
Pasai pa???

Pasai mengenangkan takde orang nak keje
Roster da tersusun
Masing-masing dah ada program masing - masing

Alhamdulillah, sekarang aku da sihat seperti biasa
Cuma sekarang aku bercuti
Jadi pengapit BFF aku
Hahaha
Terpaksa rela aku
Ade gamba nanti aku cuba uploadkan