Tak aku sedar Ramadhan cepat benar berlalu
Baru 2, 3 hri berpuasa rasanya
Sedangkan yang benar, seminggu lebih telah berlalu
Tahun ni ada sedikit rasa excited untuk beraya
Dek kerana aku dapat merayakan Aidilfitri, insya allah
Dengan anak buah baru
Adik-adik semuanya ada disini
Aku harapkan Syawal yang meriah walaupun sederhana
Masa masih berlalu dengan pantas
Sedar tak sedar kita yang ketinggalan
Aku masih menjadi pemerhati sepi
Melihat dari jauh semuanya
Melihat bahagianya dia mungkin
Hati yang sentiasa mendoakan kebahagiaan dia
Aku tak pernah menafikan yang aku adakalanya teringin untuk bertegur sapa
Walaupun mungkin bukan serapat dulu
Tapi aku nak berbual macam yang biasa kami lakukan
Walau hanya berkongsi kisah kecil
Mungkin 1 hari nanti jika diizin tuhan
Aku sentiasa terbuka
No comments:
Post a Comment