Kawan-Kawan Aku Lah!!!

Saturday, 29 November 2014

18 weeks to go

Lagi 18 minggu je nyawa baru akan lahir melihat dunia
Alhamdulillah
Setakat ni aku tak ada alahan yang teruk2
Cuma loya muntah sikit2 tu ada la masa awal2 pregnancy dulu
Insya allah, si adik pun akan senang diasuh macam kakaknye, Fella
Cuma few days back ni aku diserang diarrhea and vomiting
Jangkit dari angah mungkin
Sebab Angko and Adik pun complain yang sama jugak
Haish!
Seksanya bila kena bangun almost every half an hour utk ke tandas
My mother in law datang rumah
Niat kat hati nak bawak g berjalan la
Makan cendol madu kat Damansara ke ape
Langsung tak jadi
Lastly, deme pegi umah Pak Lang laki aku je
Tinggal aku sensorang kat umah sebab aku tak larat
Lagipun aku bukan apa
Kang elok orang tengah menyembang, aku dengan air muka xselesa wat orang pun xsenang duduk..
Baek duk umah je
Fella ikut neneknya sekali
Selalu kalau kat kampung dia nak tido dengan nenek dia
Semalam langsung tak nak
Aku jugakla yang kena tidokan walaupun aku sakit perut.. Huhu
Bapaknya tido kat luar
Nasib baek harini aku off day
Kalau keje, pengsan jugakla aku weh..
Esok keje pagi
Perut masih tak okay walaupun dah makan ubat
Nak makan ubat tahan sakit
Tapi kesian kat baby plak
Tanggung jela semua sakit nih
P/s: Duk surfing fb tadi.. tetiba nampak ada sorang member ni makan pulut mangga.. terus teringin mangga manis.. tapi hubby xjumpa pulak.. merajuk betul rasa.. dia janji nak carik esok.. tapi esok mest tak rasa nak makan dah.. Hmmmmmm....

Thursday, 13 November 2014

Caramel cake

Ami pun xsure why pregnancy kalini sibuk sgt nak wat kuih manjang
I love baking
Since zaman bujang pun I do love baking
Cuma jarang sangat nak baking segala bagai nih

Last month ami da try apam susu
Next mayb nak try buat kuih nona manis
An indonesian delight
And caramel cake

1st time makan caramel cake ni masa kenduri aqiqah rania anak piti
Macam ape ntah makan
Memang sedap giler rasa dia
Sayangnya rupa jela xberapa memberangsangkan
Hahahaha

By the way
Caramel cake ni pun adela satu cerita jugak dalam hidupku waktu bujang2 dulu
Hahahahaha
A friend of mine
Promised me to go and learn the recipe together
Well, never mind la
Dia pun da tak nak kawan dengan kita lagi
Siap blocked sume pesbuk, instagram

Skali sekala dia duk nulis kat belog dia tula baru ami tau perkembangan dia
Hehehehe
Kenangan.. kenangan..

Tapi minggu ni macam tak sempat je nak buat
Huu..

Wednesday, 12 November 2014

She turn 1

Pejam celik pejam celik
Dah setahun
Macam2 benda ami da lalui dengan adik
Macam2 jugakla perangai, keletah dan pe'el adik yang ami and daddy kena layankan

Last Sunday adik punya celebration yang pertama
On monday daddy adik plak
Seriously, I'm the luckiest mother and wife
1 cake shoot 2 birthday person
Jimat.. Jimat...!!!
Hahahahaha

Yang kat dalam perut pun makin membesar
Maybe around early april keluarla budak kecik lagi sorang
Lepas tu ami tutup kedai buat sementara waktu
Fokus on three of you
Maksud ami, ur daddy, fella and the baby

Ada bleeding sket past 3 days
Dapatla m.c
Duk umah ngadap tv n fella
Nak wat keje ape pn xbole

Yesterdays,  fella kena paksa tido petang
Harini dia sendiri serah diri nk tido
Agaknya da kenyang makan nasik lembik berlauk kan sotong tempura
Elok sangatla
Bawah perut ami pun da ada rasa xselesa

Tapi......
Plan nak kemas umah, basuh pinggan mangkuk ngn sidai kain sume tgendala
Haish!
Anak.... Anak....!!

Thursday, 6 November 2014

Mimpi

Aku tak tau kenapa
Malam tadi aku mimpikan dia lagi
Pernah mimpikan robocop tu sebelum nih..
Tapi masa tu aku krisis teruk dengan hubby

Malam tadi aku mimpikan dia lagi
Tapi aku bermimpi dengan perasaan penuh resah
Fella ada plak tu dalam mimpi tuh
Hmmm
Nampak sangat aku rindukan dia

Maybe bukan rindula
Cuma lately macam terkenang2 kot
Orang kata, kalau macam tu, dia pun terkenangkan kita kan
Entahlah

Bila pregnancy da masuk trimester kedua ni
Macam2 mimpi pelik2 aku dapat
Mainan tido je tuh...
Mungkin
Atau ada alamat mimpi yang sedang mencari erti

Friday, 24 October 2014

She's growing fast

Semalam adik kemain sangat..
Ami nak tido pun tak bole
Ami keje malam tau
Daddy plak balik agak lambat
Seharian adik wat perangai kan
Letih rasa walaupun happy tengok anak aktif main2 depan mata

Sekarang ni yang tak larat bila nak kejar dia dari mengutip barang kat lantai and masuk mulut
Geram je tengok attitude yang 1 ni

Semalam lepas daddy balik keje
Daddy bawak adik masuk bilik
Ami g mandi sebab nak bersiap gi kerja
Nasib baek harini daddy cuti
So tak payah la ami anta adik g umah ibu

Masa ami lepak dekat katil dengan both of u
Adik pun nak datang dekat ami
Tapi ami baringkan adik
Adik nak bangun je ami baringkan
Bila adik da dekat je ami baringkan sampai adik marah
Lepas pada tu
Pelan2 adik merangkak kat ami macam kucing parsi
Then adik pause
Agaknya nak tengok ami nak baringkan adik lagi ke x

Bila ami wat xtau
Adik pun mai dekat and bg kiss kat pipi
Lame plak tuh
Siap ada bunyi lagi
Hahaha
Pandai ambik hati

Anak solehah ami
Ami doakan bahagia dunia akhirat
Amin

Wednesday, 22 October 2014

Borak2 dengan hubby pasal hutang dan penghutang
Obviously aku bukan tak kisah
Tapi aku malu nak mintak
Walaupun duit sendiri

Tau apa rasanya bila kita merayu2 untuk hak kita sendiri?
Rasa bangsat sangat
Serius!
Ianya adalah satu perasaan yang menghinakan bila kita meminta2 walaupun hak sendiri

Aku cakap pada hubby
Kalau orang bayar, kita terima
Kalau tidak, kita berhitunglah nanti dihadapan Yang Maha Esa

Aku doakan jugak
Sapa2 yang berhutang dengan aku tuh nanti
Tatkala dia sedang berusaha ke arah sesuatu
Dia tak akan mengalami kesukaran seperti aku nanti
Aku mohon itu pada Allah

Tuesday, 14 October 2014

She's singing

Semalam aku kelua dgn hubby and fella
Pegi makan sebab ibu mengandung sangat teringin nak makan sizzling mee
Masa on the way balik tuh, masing da kekenyangan
Fella tetap dengan pekerjaan tetap dia
Mumbling ape benda yang aku tak pernah faham sangat

Tengah elok2 aku and daddy dia senyap dalam kete
Tiba2 aku terdengar
" ea ella la, I bi I bi"
Sila gumamkan dalam rentak lagu que serra serra
Sebab itu adalah lagu yang nenek dia nyanyikan hari2 untuk dia

Bila nenek balik dr beli barang, aku cite kat nenek
Kemain suka lagi nenek
Lagila nenek kerap nyanyikan fella lagu tuh

Tadi petang lpas aku checkup kat klinik,  dia bole cakap "tak yah"
Amboi sgt!

Sunday, 28 September 2014

Melangkah

Alhamdulillah
Tetiba hati aku tergerak nak buka blog orang yang mungkin aku bole panggil kawan lama..
Dah bertunang rupanya..
Well, nak cakap macam mane ek?
I know him for a long time.. since 2010 if I'm not mistaken..
Tapi jodoh tak ada kan..
Halangan keluarga lagi..
Tapi aku bersyukur..
Dia dah bertemu dengan pilihan hati yang bole jaga dia dengan baek..

Lagipun he's a good man..
A real good man..
Beruntungla bakal isterinya nnt..
Insya allah
Kalau dihidang air suam pun dia akan puji sedap...
Aku doakan kebahagiaan dia
Semoga cepat melangsungkan hari bahagia
Amin

Monday, 25 August 2014

Demam Campak

Sekarang kalau update blog
mesti update pasal sikecik yang bijak tuh
Last few days, memang Fella kena demam campak teruk
High fever with rashes all over her body

Macam nak gila aku sentap tengok badan dia
Start lepas aku balik dari keje malam
Pengasuh Fella cakap yang dia macam kena demam campak
Masa bawak balik tu, maybe sebab kena aircond kete, jadinya rashes yang kat muka tu hilang
Sampai kat umah nenek, bilik aku memang ade aircond
Sampai2 tu bagi dia sarapan cekodok kosong dulu
Hahahaa
Pastu bagi dia Syrup PCM and ajak main sekejap
Sajala nak bagi dia penat
Baru la dia ada rasa nak tido

Tapi disebabkan dia ni memang tak tahan dengan Paracetamol macam mak dia jugak
Makanya cepatla dia merengek ngajak tido
Elok je seharian tuh, rashes sume macam hilang
So kekonon bajet misi sangat kan
Wat la andaian sendiri maybe just Viral Exanthum
Just cover dengan Paracetamol jela
Sebab dia demam kan
Lagipun kalau betul pun dia kena Measles, ubatnya memang Paracetamol je utk kawal demam

Esoknya aku paksa daddy dia ambik cuti sebab anak demam
Daddy pun willing la sebab dia pun memang kesian tengok anak tak tido semalaman
Tapi pas deme berdua anta aku g keje
3jam lepas tuh, daddy dia call bagitau aku yang Fella 3 jam menangis tak berhenti
Mula la aku rasa nak amuk kan laki aku
Aku suh dia bawak Fella g jalan-jalan
Tapi kompom dia malas punya sebab budak tengah meragam macam tuh akan mengundang mata-mata memandang
Lastly Fella tertidur sendiri sebab kepenatan

Daddy anta report lagi bagitau yang rashes dia mengembang bila terkena air
aku plak bole gi pesan kat daddy Fella supaya basahkan badan dia and kepala untuk kurangkan panas
Padahal mak mertua aku dah pesan da jangan mandikan anak
Kira basahkan badan tu da masuk kategori mandikan la tuh
Hahahaha
Aku da la pakai uniform gi keje haritu
Aku wat keputusan untuk bawak Fella gi pesakit luar
Sampai je turn kat kaunter
Kerani tanya umur Fella
Bila aku jawap 9 bulan lebih
Terus dia jawap, lepas pukul lima anak bawah setahun kena pegi kat bahagian kecemasan
Haru lahai!!
Tapi petang tu masa keje, aku pun ade tanya kat doc yang rawat patient kat wad aku pasal rashes Fella tuh
Dia jawap viral exanthum jugak
Siap prescribed Paracetamol tu untuk Fella

Then, aku cakap kat laki aku
Mesti kena tunggu lama ni kalau pergi kecemasan
lepas tu nanti entah pukul berapa siap
Silap-silap haribulan, kita kena tahan wad pulak tak pasal-pasal
Dek kerana Fella pun aku tengok dah tak berapa nak larat
Kejenya asik nak merengek je
Aku wat keputusan pegi kat GP (General physician)
Kebetulan ade 1 klinik dekat area umah aku nih
Poliklinik Aisyah nama dia
Kitorang jadi patient last
Aku ingat sebab lagi 10 min nak sampai waktu tutup, dia tak nak terima patient da
Tapi dia terima jugak
Alhamdulillah syukur

Masa nak tunggu jumpa doc tuh
Fella bole muntah sebanyak-banyaknya
habis baju gojes dia
Hahahaha
Uniform ami dia kena jugak sket
Tapi da balik kan
Ape ade hal
Doc pun periksa dengan terperinci
And doc sahkan memang anak aku kena Measles
Kena dari sape pun aku tak tau
Padahal si Bawi kena dah lama
Takkan la bole incubate lame sgt kan
Doc pn bagi penerangan yang details kat 2 orang makhluk tuhan yang anxious sangat ni kan
Laki aku puas hati, aku pun puas hati

Aku rasa la kan
Doc tu mesti rasa ala-ala bengang kan sebab aku duk mengajar doc tuh
Hahahahaha
weh, risaula
Kalau korangla anak jenis aktif duk panjat sane, panjat sini
Masuk bawah meja makan ikut kiri kelua ikut kanan
Mesti korang akan rasa hidup tu serba tak kena
Walaupun bila dia sihat nanti, kompom ko pening nak layan dia and kejar dia bawah meja makan tuh
Adoiyai

Sekarang ni, walaupun belum betul-betul sihat
Tapi aku da mula stress bila tengok dia merangkak masuk bawah meja
Hahahahahaha
Cuma yang bagusnya, Aku happy bila aku tengok dia masih nak melonjak2 atas riba aku
Masih nak makan and menyusu
Cuma yang tak best adalah pekerjaan menyelit celah ketiak aku yang dia sangat suka lakukan sekarang
Tapi nanti kang, bila da sihat, idak maunye dia menyelit
Hehehehe

Tadi tengahari aku gi tempat keje daddy dia
Melepak sambil merasa masakan chef daddy
Pastu kebetulan plak, bos dia ade
borak la dengan bos dia
Bole tahanla bosnya tuh
Peramah
Harap-harap bole tahan lama la keje kat situ..
Nak g tido plak
Kekonon yang tadi tuh bukak lappy nak wat minit mesyuarat
Tapi dah terpesong niat
Hahahahahaha

Rindu Bertandang Lagi

Aku rasa tak ada manusia yang tak ada masalah dalam dunia ni walaupun dia ada banyak duit
Kalau ada, memang bertuahlah manusia macam tuh

Aku rindu
Rindu dengan kehidupan masa lalu aku
Aku merindukan manusia-manusia yang pernah hadir didalam hidup aku
Aku tak pernah mengharapkan kehidupan menjadi seperti ini
Tapi kehadiran manusia-manusia masa lalu aku membuatkan hadirnya rasa itu

Aku masih menjadi pengintip tegar blog orang tuh
Ada masa aku rindukan sikap memahami dia
Dia sentiasa support aku walaupun benda yang aku wat tu gila
Dia pun sentiasa mengiakan ape je yg aku nak walaupun benda tu membebankan otak dia
Dan aku sentiasa on my own track bila aku bersama dia
Tapi bila aku tekad untuk memilih suami aku sekarang
hubungan yang takda nama tuh terus hilang
Dia pun ttup pesbuk, block aku dr instagram
Blog pun tak hapdet
Melopongla baca cerita-cerita lama
Walau macam mana pun aku tetap suka gaya penulisan dia
Hehehe

Kalau la dia terbaca
Kalaula awak bole tahu yang sy memang tujukan post ini untuk awak
Please continue ur writing..
For at least i can watch you from a very far far away land ( Far away la sangat!)
tulisla
sbb sy tau bila awak menulis, jiwa awak tercurah disitu

Thursday, 21 August 2014

Takut

Lately aku banyak baca artikel berkaitan cara mendidik anak2
Artikel bagus2
Seronok dibaca dan banyak maklumat

Tapi semakin banyak yang aku baca
Semakin aku jadi takut
Didikan apa yang aku nak terapkan pada anak2 aku

Aku sayang Fella
Sangat2
Tapi bila aku pikir
Sumday that she will belongs to sumbody else

She will leaves me
Aku da xkan ada hak mutlak pada anak aku sendiri
Aku mesti sedih

Macam sekarang ni
Dah 3 hari dia kena measles
Hrini baru nampak ok sket
Dan setiap kali dia sakit
Aku akan berdoa pada Allah
"Janganlah Kau ambik anak aku ni Ya Allah..
Aku sayang dia"

Aku memang rasa aku mak yang paranoid
Sebab aku tak nak rasa kehilangan dan kekesalan
Aku xrasa aku mampu tanggung kesedihan bila aku kehilangan orang yang tersayang..

Hari ni hari perkabungan untuk mangsa nahas pesawat MH17
Tak semena2 aku nangis lagi untuk kesekian kali dek kerana aku rasa sebak dan sedih
Kalau aku yang tak ada apa2 kaitan dengan mangsa nahas pun bole rasa macam ni
Agaknya macam mana la perasaan keluarga diorang yg da sebulan menunggu kepulangan jenazah orang2 yang diorang sayang

Aku hanya mampu hadiahkan Alfatihah untuk jenazah yang beragama Islam

.اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ.
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
◄.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْن 

Wednesday, 13 August 2014

Jagalah dirinya..~~

Its 9th month already
Membesar dengan sihat bagaikan juara
Ami yang tak larat nak kejar adik
U are so active
Panjat sana panjat sini

Mana dapat tenaga pun ami tak tau
Last week dapat berita ami pregnant lagi
Kesian adik
Tak cukup manja dengan ami and daddy
Adik da nk dapat adik plak

But yet ami kena consult dgn doctor dlu bcoz ami bersalin xsampai setahun pun lagi
Besides nenek both side mcm xapprove je
Ur daddy happy sgt
But ami cant take this news as a good news..
Yela
Ami yg nk kna tanggung sume suffer..
From the morning sickness to the high blood pressure problem, then operation lagi..

Ckupla last 9th month..
ami nak rehat dlu klu bole
Adik ank ami yang cantek
Asik melekat dkat ami je skrg
Ami klua blik tgl adik ngn daddy pun adik nangis2..
Aduhai!

Ami doakan adik jd ank solehah yg patuh cakap ami and daddy..
Its 2 am in the morning
Cold, freezing and membuntukan
Hahaha
Banyak lagi yang aku nak coretkan
Tapi nantila
Bila idea datang..

Friday, 30 May 2014

Jatuh

Last 2 days adik jatuh katil
My fault
Ami tertido masa adik da berjaga
Adik plak g main tonggeng montot dr perut ami sampaila ke hujung kaki
Pastu adik jatuh dari katil

Melompat ami dr terlena
Nasib baek dalam tempoh 24jam tu adik tak apa-apa
Cuma bengkak kat dahi

Tapi semalam
Adik asik merengek aje
Kesian adik ami tengok
Lepas tu, puting pulak hilang setengah hari
Puasla ami crik
Rupanya terselit kat baju kotor daddy
Haiya!

Malam tadi ami ingat nak tinggal adik dengan nenek
Sekali nenek call suh daddy blik tgk adik coz adik muntah2 and badan adik dedar

Nenek kata maybe nak tumbuh gigi
Dala masa maghrib tadi adik tumbang masa duk main panjat2 badan mak ngah..
Adik2.....
Ami keje
Tapi hati tak keruan
Duk ingat kat adik je

Tak pela..
Adik and ami sama-sama berkorban
Tapi ami rasa, adik nangis2 tadi sebab adik xnampak ami masa adik bangun kot..
Sabar ye nak
Kita doa supaya, dimasa depan, bila segalanya baek2 belaka
Kita will always spending our time together
Amin

Tuesday, 13 May 2014

Kesiannya

Kesian ami tgk adik pagi ni..
Adik da brape hari da demam tak kebah2
Adik bab jatuh sakit ni mmg follow daddy sgt

Pagi2 lagi masa ami tgh siap
Ami suruh daddy bawak adik turun bawah
Tak lame pastu ami turun ami tgk adik da start tergolek meniarap
Pastu adik tegak kepala toleh kat ami
Dengan senyuman pling mnis n lentukan kepala manja adik tuh
Such an adorable baby
Ami pakai uniform harini
Adik pun senyum-senyum kat ami tapi muka da macam muka pelik
Hahahaha
Tak pernah sedar ea selama hrini ami adik ni mici

Dalam kereta adik borak2
Pakai bahasa adikla
Ami ngan daddy bukan faham pun
Layan jela

Sampai kt hospital
Bila ami nak duduk kan adik dalam car seat
Adik menangis2
Alahai
Ni yang wat lemah jiwa ni adik

Macam da tak nak g keje pun ade
Ami tau adik demam
Xbrape sihat
Suara pun tak brape nk klua
Tapi apakan daya
Bukan kehendak ami
Ami keluar carik rezki nak

Harini je
Esok kita g jalan2
Tengok payang konvo k

Luvs u adik!
Luvs daddy too ^_^

<3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3
♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥

Monday, 5 May 2014

Matlamat hidup

Sekarang ni
Semua benda buat pn da bkn unyuk diri sdr
Untuk suami dan anak (anak2 later.. hahaha..)
Nk jd isteri solehah (sebaik mungkin)
Jd ami yg baek utk fella syg

Fella are doing well
She's going to be 6/12 soon
Tak sabar nye
Owh! She's got her own walker and she's seems to be happy to be in it

Haritu cuma mengengsoy ke belakang
Sekarang da bole merangkak ke depan and jatuh
Kadang-kadang nmpak mcm kucing pun ade
Hahahaha
So ami call you Fella Nur "Kittun" Adlin
Kittun tu kucen dlm bhasa arab lah
Hahahaha

You seems to look so happy when you see ami
Your grandmother always says "terpesona tengok ami dia just likes bawi (her cousin) looking at his father

Adik
U're such a wonderful gift for ami
And ur daddy
Adik pengubat jiwa raga
Betul ckp orang
Blik keje penat
But when we see their holy face
Hilang smua pnat

Seronok yg x pernah ami terbayang
I'm looking forward for you to sit down on ur own syg
Ami syg adik
Ami syg adik byk2
Ami syg adik sgt2
I love u adik!

6th may 2014 @ 5.22 am
I can't sleep after I'm feeding u syg.. but u n ur daddy are happily sleeping with nice sleeping song.. Alhamdulillah, my blissful small family.. ^_^

Saturday, 19 April 2014

Rahsia

Dalam hidup ni
Ada banyak benda yang kita akan rahsiakan
Umpama kata seorang kenalan aku
"We are a good lawyer for our own mistakes and a good judge on others mistakes"

Masalah, tekanan tu memang ada
Cara kita menghadapi masalah tu je sebenarnya
Itu yang tunjukkan siapa kita yang sebenarnya
Sabar tu kalau ikut cara Rasulullah s.a.w
Tak ada had
Tapi sabar manusia biasa ada batasan

Tak tau macam mana nak jafi sesabar Rasulullah s.a.w
Bila kita diam, berlembut
Orang pijak2 kepala kita
Pale hotak diorang la

Bila kita bersuara
Orang kata kita agresif
Tak patut langsung
Memang tak patut
Dunia ni penuh dengan ketidakadilan

Penuh dengan pemungkir janji!

Thursday, 17 April 2014

Demam

Adik tau tak
Harini masuk hari ketiga adik demam
Tapi ammi kena keje malam sebab takde orang nak ganti ammi
Adik kena duk dengan daddy
After 5 nice months
Nila 1st time adik demam teruk

Adik tau x
Ammi berat hati tau nak pergi keje
Tapi demi amanah Allah
Ammi tunaikan tanggungjawab ammi dan ammi tinggalkn adik dengan daddy

Tadi adik nangis kuat2
Maybe adik rindu ammi
Ammi call nenek
Suruh nenek jaga adik untuk malam ni

Masa adik demam ni
Adik manja berganda-ganda
Tidur slalu meniarap ikut suka hati adik
Slalu jadi tukang conquer katil
Sekarang kena tido kat dada
Sikit pun tak mau berenggang dari ammi
Tapi senyum manis adik tetap terukir
Bahagia ammi dapat anak baek macam adik

Sepatutnya semalam adik cucuk 5 bulan
Tapi ammi bawak adik g hospital sebab ammi ngan daddy risau tengok adik demam
Suhu badan pun asyik naek mendadak

Tapi kan
Adik pandai makan ubat..
Ammi and daddy always pray for your health
Ammi doakan adik cepat sembuh..
Cepat membesar dengan sihat dan sejahtera..
Amin

Tuesday, 11 March 2014

Semakin hari aku tengok dia setiap hari
Perkembangan mental dan fizikal yang baek
Rasa gembira, nervous dan macam-macam lagi
Sesungguhnya aku bersyukur dengan kurniaan Ilahi
Sekarang dia dah pandai ketawa
Senyuman manis yang sentiasa diberi kepada orang

Haritu Fella duk tengok cite Musang Berjanggut
Ada satu babak pelakonnya tersengih2
Tiba-tiba aku dengar dia dah ketawa
Eh! Macam faham pulak

Sekarang kalau aku tengok tv, kena bagi perhatian kat dia
Silap haribulan kalau tak layan dia borak sambil tengok tv, memang dia tegur la
Bukan setakat panggil dengan mulut
Kaki pn bergerak sekali
Hahaha

Nak cerita semuanya rasa macam penat nak taip
Tapi inila memori yang aku akan simpan sampai mati
Memori terindah

Friday, 7 February 2014

Kasihku Egypt Jasmine

Egypt Jasmine The Lights of Justice
9 November 2013
Hadir dengan cinta
Pengubat hati lara

Masa mula-mula aku melihat
Mata kecilnya telah pun terbuka
Rasa syahdu mula menyelubungi

Air mata mula mahu menitis bilamana aku terdengar tangisnya yang pertama
Hilang rasa gundah
Yang ada hanyalah ketenangan

Egypt Jasmine the Lights of Justice
Ammi loves you with all of my heart

My flower
My little honey bunny
My bunch of joy
My pride
My everything
My baby girl
My owh my my
Hehehehe

Holding her in my arms
Its like a miracle
Her eyes, nose, mouth and all
Like a cure

Barulah aku tahu makna dan perasaan seorang ibu
Sayang Fella Nur Adlin Firdaus Ammi!