Kawan-Kawan Aku Lah!!!

Monday, 25 August 2014

Demam Campak

Sekarang kalau update blog
mesti update pasal sikecik yang bijak tuh
Last few days, memang Fella kena demam campak teruk
High fever with rashes all over her body

Macam nak gila aku sentap tengok badan dia
Start lepas aku balik dari keje malam
Pengasuh Fella cakap yang dia macam kena demam campak
Masa bawak balik tu, maybe sebab kena aircond kete, jadinya rashes yang kat muka tu hilang
Sampai kat umah nenek, bilik aku memang ade aircond
Sampai2 tu bagi dia sarapan cekodok kosong dulu
Hahahaa
Pastu bagi dia Syrup PCM and ajak main sekejap
Sajala nak bagi dia penat
Baru la dia ada rasa nak tido

Tapi disebabkan dia ni memang tak tahan dengan Paracetamol macam mak dia jugak
Makanya cepatla dia merengek ngajak tido
Elok je seharian tuh, rashes sume macam hilang
So kekonon bajet misi sangat kan
Wat la andaian sendiri maybe just Viral Exanthum
Just cover dengan Paracetamol jela
Sebab dia demam kan
Lagipun kalau betul pun dia kena Measles, ubatnya memang Paracetamol je utk kawal demam

Esoknya aku paksa daddy dia ambik cuti sebab anak demam
Daddy pun willing la sebab dia pun memang kesian tengok anak tak tido semalaman
Tapi pas deme berdua anta aku g keje
3jam lepas tuh, daddy dia call bagitau aku yang Fella 3 jam menangis tak berhenti
Mula la aku rasa nak amuk kan laki aku
Aku suh dia bawak Fella g jalan-jalan
Tapi kompom dia malas punya sebab budak tengah meragam macam tuh akan mengundang mata-mata memandang
Lastly Fella tertidur sendiri sebab kepenatan

Daddy anta report lagi bagitau yang rashes dia mengembang bila terkena air
aku plak bole gi pesan kat daddy Fella supaya basahkan badan dia and kepala untuk kurangkan panas
Padahal mak mertua aku dah pesan da jangan mandikan anak
Kira basahkan badan tu da masuk kategori mandikan la tuh
Hahahaha
Aku da la pakai uniform gi keje haritu
Aku wat keputusan untuk bawak Fella gi pesakit luar
Sampai je turn kat kaunter
Kerani tanya umur Fella
Bila aku jawap 9 bulan lebih
Terus dia jawap, lepas pukul lima anak bawah setahun kena pegi kat bahagian kecemasan
Haru lahai!!
Tapi petang tu masa keje, aku pun ade tanya kat doc yang rawat patient kat wad aku pasal rashes Fella tuh
Dia jawap viral exanthum jugak
Siap prescribed Paracetamol tu untuk Fella

Then, aku cakap kat laki aku
Mesti kena tunggu lama ni kalau pergi kecemasan
lepas tu nanti entah pukul berapa siap
Silap-silap haribulan, kita kena tahan wad pulak tak pasal-pasal
Dek kerana Fella pun aku tengok dah tak berapa nak larat
Kejenya asik nak merengek je
Aku wat keputusan pegi kat GP (General physician)
Kebetulan ade 1 klinik dekat area umah aku nih
Poliklinik Aisyah nama dia
Kitorang jadi patient last
Aku ingat sebab lagi 10 min nak sampai waktu tutup, dia tak nak terima patient da
Tapi dia terima jugak
Alhamdulillah syukur

Masa nak tunggu jumpa doc tuh
Fella bole muntah sebanyak-banyaknya
habis baju gojes dia
Hahahaha
Uniform ami dia kena jugak sket
Tapi da balik kan
Ape ade hal
Doc pun periksa dengan terperinci
And doc sahkan memang anak aku kena Measles
Kena dari sape pun aku tak tau
Padahal si Bawi kena dah lama
Takkan la bole incubate lame sgt kan
Doc pn bagi penerangan yang details kat 2 orang makhluk tuhan yang anxious sangat ni kan
Laki aku puas hati, aku pun puas hati

Aku rasa la kan
Doc tu mesti rasa ala-ala bengang kan sebab aku duk mengajar doc tuh
Hahahahaha
weh, risaula
Kalau korangla anak jenis aktif duk panjat sane, panjat sini
Masuk bawah meja makan ikut kiri kelua ikut kanan
Mesti korang akan rasa hidup tu serba tak kena
Walaupun bila dia sihat nanti, kompom ko pening nak layan dia and kejar dia bawah meja makan tuh
Adoiyai

Sekarang ni, walaupun belum betul-betul sihat
Tapi aku da mula stress bila tengok dia merangkak masuk bawah meja
Hahahahahaha
Cuma yang bagusnya, Aku happy bila aku tengok dia masih nak melonjak2 atas riba aku
Masih nak makan and menyusu
Cuma yang tak best adalah pekerjaan menyelit celah ketiak aku yang dia sangat suka lakukan sekarang
Tapi nanti kang, bila da sihat, idak maunye dia menyelit
Hehehehe

Tadi tengahari aku gi tempat keje daddy dia
Melepak sambil merasa masakan chef daddy
Pastu kebetulan plak, bos dia ade
borak la dengan bos dia
Bole tahanla bosnya tuh
Peramah
Harap-harap bole tahan lama la keje kat situ..
Nak g tido plak
Kekonon yang tadi tuh bukak lappy nak wat minit mesyuarat
Tapi dah terpesong niat
Hahahahahaha

No comments:

Post a Comment