Kawan-Kawan Aku Lah!!!

Tuesday, 24 February 2015

Discaj

Alhamdulillah
Akhirnya semalam (24 February 2015) dpt jugak aku diacaj dr hospital
Tapi since balik ni, aku rasa lebh cepat penat
Maklumlah, da lama tak bawak badan seberat sekarang
Paling last berat mcm ni adalah setahun lebh yg lpas
Sangat seksa nak bgerak

Fella punya beregu nak menyepahkan rumah da xde
Hahaha
Suka pulak aku
Kalau x, kerja aku ngn angah adalah menjerit2 melarang budak berdua tuh

Malam tadi
Tetiba rasa sangat fella rindu
Sebab sebelum daddy dia bawak dia masuk bilik, tiba2 dia senyap
Pastu dia kiss2 pipi aku
Huu
Sentap kejap naluri keibuan I

Pastu bapaknya bawak dia masuk bilik
Aku memang tak laratla nak dukung dia kecuali terpaksa
Dia nampak berisi sangat since aku masuk hospital nih
Masa nak masuk bilik tuh, dia punya melalak macam aku nak pergi lg

Cepat2la aku follow belakang dia masuk bilik jugak
Time tido tu yang aku touching sket
Dia peluk leher aku macam biasa
Tak lama pastu aku g toilet
Masuk bilik da gelap, aku duk kat birai katil nak hilangkan mengah

Tetiba dia bangun and terus pegi duk atas pangku aku
Dalam hati aku, terror gila mata budak ni
Gelap2 pun nampak
Daddy Fella cskap jangn tidokan dia macam tuh
Tapi dia sendiri yang datang
Dia sendiri pilih position tido macam tuh

Mala tadi dia nangis2
Rupanya nak aku peluk
Aku peluk, tepuk2 sket
Dia pun rebah atas lengan macam selalu

Itula, sebenarnya Allah nak tunjuk pada aku
Nikmat yang aku tak sedar
Manisnya hidup berkeluarga
Indahnya setiap kesusahan menjadi ibu
Lengan lenguh sebab anak tidur kat lengan
Seminggu ko duk sepital, seluruh badan sakit merindu
Anak wat sepah, penat nak kemas
Duk sepital, ko pandang siling, pandang curtain, tgk misi, misi tengok ko

Lagi pulak since pregnant yang kali ni, aku agak introvert sket
Tak berapa gemar nak buat kawan baru
Orang katil depan dgn katil sebelah silih berganti keluar
Takde pun aku bertegur sapa
Aku duk dengar je diorang borak dengan family
Sebab aku tak heboh pun aku masuk hospital
Jadi tak ramai pun yang datang melawat aku
Jd bila doc cakap bole discaj
Aku memang happy gila
Discaj jugak akhirnya

Saturday, 21 February 2015

Coretan sebelum tidur 2

Aku bukan tak nak call fella and dengar suara dia, borak2 dengan dia
Masalahnya kat sini, aku tak boleh
Dan aku tak boleh jugak dengar perkataan rindu
Mesti meleleh-leleh air mata aku nih

Sebab aku memang terlalu rindukan fella
Pastu pulak tadi, bapaknya yang bijaksana call aku masa budak tu tengah nangis-nangis
Aku lagila jadi tak keruan
Rupanya dia cuma nak nenek
Tapi nangisnya macam kena apa je

Bila nenek suh cakap dengan ammi, doa gi peluk fon
Yang ini bab paling tak sampai hati
Terus aku nangis
Sampai sekarang pun sedih lagi

Takpela
Sabar jela menanti hari isnin
Tak lama dah

Hmm..
Scrolling down pesbuk harini
Tetiba terbaca status sorang mamat ni
Katanya facebook digodam dan ada manusia yang nak porak perandakan rumahtangga dia

Ni sebenarnya berpunca dr diri sendiri
Jadila manusia yang bersederhana
Tak payah nak tunjuk sangat bahagia
Bini nye komen, kata yang diorang semakin bahagia

Bahagia tu tak payah ditunjuk
Bahagia tu simpan sendiri
Biar kita je tau betapa bahagianya kita hidup dengan keluarga kita selama harini

Bila kita tak tunjuk kebahagiaan kita, sebenarnya kita da menyelamatkan diri dari 1 niat jahat orang

Macam parents aku..
Kebahagiaan yang diorang ada bukan diorang tunjuk-tunjuk pun
Diorang cuma bahagia seperti orang lain
Tapi ada jugak yang berhasad dengki
Ada jugak yang dalam diam iri hati sampai tahap menghantar sihir kepada 1 keluarga

Sebab tula, jangan melebih-lebih dalam mempamer sesuatu
Bila da terkena macam tuh, aku sendiri geli baca statement kata semakin bahagia
Lantak ko la labu
Hehehe

Friday, 20 February 2015

Coretan sebelum tidur

Duk hospital ni
Keje lain xde
Makan, minum, tido dan beristinjak
Makan ubat
Sebab tujuan nye pun memang nak suh rehat
Tapi stress jugak sebenarnya macam nih

Lagi2 bila ko tengok orang bole balik
Dan ko kena stay kat katil ko
Walaupun ko duduk 1st class ward
Sangat la tak best

Kalau dulu bila masuk wad je
Mesti nak suh sekampung datang ziarah ko
Konon2 macam da tenat sangat
Hahahaha
Kalini, sikit pun aku tak kabo kat member2 pasal aku da warded
Maybe sampai bersalin

Tak sabar nak tunggu hari isnin
Sebab aku da lebih seminggu duk kat wad nih
Nak jugak keluar
Masih banyak lagi urusan kat rumah yang tak selesai
Tambah pulak aku terlalu rindukan fella
Kesian dengan hubby yang banyak uruskan hal rumahtangga lately
Bersyukur dapat suami sebaek dia
Walaupun dia bukan suami paling sempurna
Bukan jugak suami perfect 10
Mana ada suami perfect 10 oi!
Tu cuma novel dan filem kat panggung je...

Aku rindukan fella..
Bila aku rindu, aku tengok video and gamba2 gedik manja dia tuh
Terubat sket rasa rindu
Aku harap result darah hari isnin akan ada improvement
Aku ingin pulang
Lagipun aku kalau bole tak nak la baby lahir sebelum 36 weeks

Tak sanggup nak tengok anak aku duduk dalam inkubator dengan tubing ubat yang berselirat
Kalau bole, biarla dia sama macam kakak dia
36week plus and everything are alright
Alhamdulillah sihat dan kuat sampai sekarang
Harap2 baby pun kuat macam kak fella

Thursday, 19 February 2015

Mimpi

Semalam aku mimpikan orang tersebut
Hahaha
Aku mimpi dia bakalan bernikah
Jauh tempatnya
Di Paris sana
Wuhuu!

Tapi kelibat dia tak kelihatan
Yang aku ketemu hanyalah bakal isterinya sahaja
Wanita itu sering menitipkan nota buat aku
Nota dari hati katanya

Sedangkan aku kesana didamping suami dan anak2
Tiba2 bila aku bangkit dari lena, hati aku jadi sebak dan libang libu
Padahal setiap kali ada bunyi bising dari nurse2 yang bertugas, aku akan terjaga
Mimpi itu akan bsambung kembali selepas aku terlena

Yang aku sedih tu
Sebab aku xdapat nak baca nota terakhir tu
Nurse datang nak kemas katil plak
Hihihihihi
Kenala bangun dan bagi peluang pada nurse2 buat tugas diorang

Tu jela mimpi sedih duk sini
Yang lain sume mimpi hantu la
Mimpi orang nak ambik aku la
Pelik2 betul

Saturday, 7 February 2015

Berpantang

Sejujurnya,
Aku xdela berpantang beria2 masa lepas bersalin
Sebab mak aku pun sibuk bniaga
Mak mertua aku pulak xbrape sihat
Tapi mak aku adala upah kakak staf dia suh tengok2kan aku
Pure indon mari ma
Dtg Malaysia sebab nak bercuti
Tapi kena keje plak
Hahaha

Masa dalam pantang
Aku cuma amalkan makan iron tablets dengan vitamin
Pantang makan cuma masa awal2 je..
Dalam 2 minggu yang pertama
Lepas tu macam dah tak berapa nak pantang sangat sebab laki aku yang jaga

Dia pun masak pagi2 sebelum dia kua gi keje
Tugas aku mandikan baby and jaga baby je
Makcik yang jaga aku tuh pulak masa dia ada dalam 2minggu tuh
Mmg masak utk aku jela
Tak reti aku nak suruh2 orang tua wat keje

Pantang aku berakhir kat rumah mak
Sebulan duk umah sdr
Bakinya duk umah mak pulak

Cuma masa dalam pantang
Yang paling aku xgemar adalah berulang ke klinik utk check kuning fella
Penat sbb kna tunggu lama
Masa macam wasted je
Nasib baekla budak ni membesar dengan sihatnya
Huhuhuhu