Kawan-Kawan Aku Lah!!!

Saturday, 21 February 2015

Coretan sebelum tidur 2

Aku bukan tak nak call fella and dengar suara dia, borak2 dengan dia
Masalahnya kat sini, aku tak boleh
Dan aku tak boleh jugak dengar perkataan rindu
Mesti meleleh-leleh air mata aku nih

Sebab aku memang terlalu rindukan fella
Pastu pulak tadi, bapaknya yang bijaksana call aku masa budak tu tengah nangis-nangis
Aku lagila jadi tak keruan
Rupanya dia cuma nak nenek
Tapi nangisnya macam kena apa je

Bila nenek suh cakap dengan ammi, doa gi peluk fon
Yang ini bab paling tak sampai hati
Terus aku nangis
Sampai sekarang pun sedih lagi

Takpela
Sabar jela menanti hari isnin
Tak lama dah

Hmm..
Scrolling down pesbuk harini
Tetiba terbaca status sorang mamat ni
Katanya facebook digodam dan ada manusia yang nak porak perandakan rumahtangga dia

Ni sebenarnya berpunca dr diri sendiri
Jadila manusia yang bersederhana
Tak payah nak tunjuk sangat bahagia
Bini nye komen, kata yang diorang semakin bahagia

Bahagia tu tak payah ditunjuk
Bahagia tu simpan sendiri
Biar kita je tau betapa bahagianya kita hidup dengan keluarga kita selama harini

Bila kita tak tunjuk kebahagiaan kita, sebenarnya kita da menyelamatkan diri dari 1 niat jahat orang

Macam parents aku..
Kebahagiaan yang diorang ada bukan diorang tunjuk-tunjuk pun
Diorang cuma bahagia seperti orang lain
Tapi ada jugak yang berhasad dengki
Ada jugak yang dalam diam iri hati sampai tahap menghantar sihir kepada 1 keluarga

Sebab tula, jangan melebih-lebih dalam mempamer sesuatu
Bila da terkena macam tuh, aku sendiri geli baca statement kata semakin bahagia
Lantak ko la labu
Hehehe

No comments:

Post a Comment