Kawan-Kawan Aku Lah!!!

Monday, 30 March 2015

Pantang tak abes2 :p

Sebenarnya aku masih dalam fasa berpantang
Tak sampai sebulan pun lagi
Tapi bila mengenangkan barang anak2 da nak abes semuanya
Ditambah lagi dengan hubby aku yang tiba2 jatuh sakit
Kami berdua gagahkan diri je untuk beli barang anak2

Kali ni husband aku punya fever sangat2 teruk
Tapi aku tengok da takde kemanjaan yang dia letak dalam kesakitan dia
Aku nampak dia gagahkan diri dia untuk uruskan anak dan isteri dia ni
Kesian dia
Tapi keadaan memaksa dia untuk kekal kuat
Memandangkan mak mertua aku pun da balik ke kampung selepas 2minggu jaga aku dalam pantang
Aku memang kena jaga pantang aku sendiri la
Macam tak pantang sangat je
Tapi aku masih berhati2 dengan luka pembedahan aku
Masih lagi terasa perit dibahagian hujung

Fella demam teruk masa mak mertua aku ada kt umah
Muntah2 sampai tak selera nak makan
Asyik merengek dan melepek kat aku
Sudahnya aku macam xberpantang dengan warda sebab neneknya terpaksa take over penjagaan warda dek kerana condition fella
Syukur ada mother in law yang memahami dan sangat membantu
Demam dalam 3,4 hari aku da balik umah mak aku sendiri
Fella melepek kat neneknya pulak
Nenek pun ruqyahkan fella
Almost 1 week plus jugak dia demam
Baru kebah
Yang mendukacitakan adalah, keceriaan dia hilang sama sekali
Mulut becok dia pun hilang
Almost 1 week after she's recovered from her sickness, barula pelan2 dia mula joget2 and bercakap..
Dan kembali ceria

Alu sekarang menunggu Warda berysia sebulan beberapa hari lagi
Dan berharap agar luka pembedahan ni cepat sembuh

Monday, 16 March 2015

Confinement

Sume orang kata berpantang yang dijaga dek mak mertua mesti sukar
Tapi syukur alhamdulillah
Mak mertua aku bukan jenisan yang strict sangat masa berpantang
Malahan aku lagi strict dari dia
Haha

Cuma aku bsyukur masa jagaan mak mertua aku ni
Anak2 aku terjaga sama
Agaknya kalau berdua husband and wife je yang jaga sesama sendiri
Agak tunggang terbalik jugakla confinement aku kot

Makan ikut time
Mandi anak and baby, cukup time mesti mandi
Cuma kalini aku rasa berat sket masa pantang ni

Kesakitan memang berganda sakit
Aku pun xkuat sangat mcm masa bersalin yang pertama dulu
Siap mintak ubat tahan sakit dengan doc
Tapi takdela aku duk sebat ubat tahan sakit je

Kesian pulak kat baby
Ubat batuk pun aku tak makan sebab risau baby mengantuk
Nasib baek ank aku malam kerap bangun untuk menyusu

Penat weh jadi mak pada 2 ank ni rupanya
Mak aku ngan mak mertua aku, masing2 anaknya 4
Semua pun da berjaya melalui fasa itu
Anak2 pun da besa

Aku pulakla yang sedang melalui fasa itu
Fasa merangkak dan meniti menjadi ibu
Harap2 anak2 aku membesar dengan baek dan sihat
Aku sentiasa doakan mereka menjadi ank yg solehah, yg baek budi pekerti, yang sentiasa bersifat mahmudah dlm kehidupan dan diberi kejayaan dunia akhirat.. sbnrnya byk lg doa utk ank2 aku.. tapi biarla aku simpan sendiri..

Amiin....

Saturday, 7 March 2015

3 March 2015 - Buah Cinta Yang Kedua

Alhamdulillahi rabbil 'alamin
Akhirnya pada 3 March yg lepas, aku selamat melahirkan anakku yang kedua
Seorang lagi puteri penghias taman cinta

Syukur pada Allah walaupun twrpaksa melalui satu lagi pengalaman pembedahan untuk mengeluarkan puteri ku yang seorang ini
Tapi kali ini lebih mencabar jiwa sket sebab aku dah ada fella

Dulu tak pikir sangat pun apa2 sebab baru anak sulung
Sekarang ni, sume pun aku pikir
Stress sampai blood pressure pun sush nak control

Wardatun Nur Safiyya nama yang aku pilih
Mawar bercahaya lemah lembut gitu makna dia
Abes da kakaknya pun nama ada bunga
Fella Nur Adlin Firdaus
Melur Mesir bercahaya keadilan syurga firdaus
Lagi hah! Gitew
Mentang2 anak sulung
Nama kalau bole nak lagi panjang dari keretapi tanah melayu
Kau hado?
Hahaha

Tapi kali ni memang aku fail sket la masa bersalin
Terasa weh ape yang doc buat
Siap bole rasa lagi time doc kuarkan si Fiyya
Owh! perit jugakla

Alhamdulillah jugakla aku dikurniakan suami yang sentiasa support aku walaupun aku rasa supporting dia tu macam ala2 aje
Tapi orang lain duk tengok laki aku macam laki mithali
Hahahahaa
<~~~ ialah bini yang tak pandai bersyukur.... hahahaha
Memang dia sentiasa ada he dengan aku masa nak bersalin tuh
Cuma fia tak boleh nak masuk dalam operations theater je
Kalau bersalin normal, silap haribulan, dia yang lebih sorak

Muka dia risau je bila aku nak masuk bilik bedah tuh
Potong kat tmpt sama
Kesakitan dia 2 kali ganda tau tak
Jadinya baekla jarak kan betul2 pasni kalau nak mengandung lagi
Fella da ada kawan, aku tak risau sangat
At least no any complain of sunyila, nak adikla
Cuma pasni, kena dengar pulak la orang duk tanya bila nak tambah ank jantan pulak
People,
Tak pernah bole dipuaskan hatinya

So, sekarang aku menunggu saat2 untuk pulang kerumah
Adoi
Puas gila duk sini
Doc tak nak bagi balik pulak
Da la bosan
Rindu anak, rindu laki, rindu parents

Aku lepaskan rindu dengan tengok video fella je
Budak keletah ammi
Pastu aku nangis bila sebut nama dia or teringat dia
Pastu aku stress
Pastu blood pressure pun uncontrolled lagi
Haish!

Aku tunggu specialist je nih
Kalau specialist ada harini, confirmed aku mmtak balik jugak
Huhuhu