Kawan-Kawan Aku Lah!!!

Monday, 30 March 2015

Pantang tak abes2 :p

Sebenarnya aku masih dalam fasa berpantang
Tak sampai sebulan pun lagi
Tapi bila mengenangkan barang anak2 da nak abes semuanya
Ditambah lagi dengan hubby aku yang tiba2 jatuh sakit
Kami berdua gagahkan diri je untuk beli barang anak2

Kali ni husband aku punya fever sangat2 teruk
Tapi aku tengok da takde kemanjaan yang dia letak dalam kesakitan dia
Aku nampak dia gagahkan diri dia untuk uruskan anak dan isteri dia ni
Kesian dia
Tapi keadaan memaksa dia untuk kekal kuat
Memandangkan mak mertua aku pun da balik ke kampung selepas 2minggu jaga aku dalam pantang
Aku memang kena jaga pantang aku sendiri la
Macam tak pantang sangat je
Tapi aku masih berhati2 dengan luka pembedahan aku
Masih lagi terasa perit dibahagian hujung

Fella demam teruk masa mak mertua aku ada kt umah
Muntah2 sampai tak selera nak makan
Asyik merengek dan melepek kat aku
Sudahnya aku macam xberpantang dengan warda sebab neneknya terpaksa take over penjagaan warda dek kerana condition fella
Syukur ada mother in law yang memahami dan sangat membantu
Demam dalam 3,4 hari aku da balik umah mak aku sendiri
Fella melepek kat neneknya pulak
Nenek pun ruqyahkan fella
Almost 1 week plus jugak dia demam
Baru kebah
Yang mendukacitakan adalah, keceriaan dia hilang sama sekali
Mulut becok dia pun hilang
Almost 1 week after she's recovered from her sickness, barula pelan2 dia mula joget2 and bercakap..
Dan kembali ceria

Alu sekarang menunggu Warda berysia sebulan beberapa hari lagi
Dan berharap agar luka pembedahan ni cepat sembuh

No comments:

Post a Comment