Kawan-Kawan Aku Lah!!!

Wednesday, 29 April 2015

Gundah gulana

Tajuk je da macam ape kn.. well, persoalan kepada apa yg mengganggu kehidupan kami sekeluarga da terjawap.. kesakitan yang mak aku alami, gangguan mistik yang kami lalui, krisis rumahtangga yang berlaku, semuanya ada kaitan dengan 2 orang lahanat tak guna 1 sen pun.

Yang jadi kekesalan aku adalah, org yg wat sume ni adlh org yg aku kira paling rapat, plg dipercayai dan dah dianggap mcm family..

Kalau katela dorang datang sekalipun kat rumah ni untuk mintak ampun pada kami sekeluarga, aku takkan maafkan.. sebab dia da touch ank sulung aku skali..

Memang aku marah, memang aku paling sentap.. silap haribulan, aku ter terajang plak kang 2 ekor lahanat tak guna tuh..

Saturday, 11 April 2015

Tak Mungkin Kerana Sayang

Bukan kadangkala je terkenang..
Tapi acapkali ketirisan poket berlaku..
Mesti aku terkenangkan orang yang pinjam duit aku tapi tak pulangkan..
Aku pulak yang segan nak mintak duit aku sendiri..
Huu (T_T)

Kalaukah jumlah yang sikit, aku bole jugak pejam mata dan berlepas diri dari memikir..
Masalahnya, jumlah yang makan angka ribu weh..
Kalau jenis manusia yang tak tau agama takpela jugak..

Pinjam pun dah lama..
Dari zaman bujang sampailah dah berkahwin..
Itu duit titik peluh aku..
Setiap bulan aku pun ada komitmen aku sendiri..

Bukan tak boleh bincang elok2 kalau tak boleh bayar..
Bila wat senyap, aku pun jadi kecik hati..
Silap aku la agaknya bila terlalu baek hati bagi pinjam duit kat orang kan..
Tapi bila nanti disaat nak beli barang keperluan anak takde duit or anak jatuh sakit and nak ke klinik tapi kewangan dihujung tanduk, ingat dan kenanglah aku..

Disaat aku kesusahan, aku merayu pada ko untuk pulangkan duit aku..
Tapi ko unfren aku kat fb, block aku dari whatsapp, tukar nombor telefon dengan niat supaya aku tak contact ko lagi..
Ending nya memang aku lost contact dengan ko..
Aku mntak tlg kawan aku yang jugak kawan ko untuk mintakkan duit aku..
Nasib yang sama jugak yang menimpa dia..

Takpelah..
Allah itu Maha Adil..
Aku sekarang berserah segalanya pada Dia..

Saturday, 4 April 2015

Masih aku cinta

Aku da ngantuk..
Tapi masih belum boleh nak lelapkan mata..
Tiba2 aku teringatkan seseorang dan seseorang lagi dari zaman silam..
Rasa rindu yang amat sangat pulak..
Tapi tak boleh nak luahkan pada sesiapa..

A dan N
Tak menyesal pun kenal dengan diorang..
Sebab aku belajar banyak perkara dalam hidup dari diorang..

A tua sikit dari aku..
Kalau diikutkan, dia macam ala2 menantu pilihan mak ngan abah..
Tapi dia terlalu komited dengan kerja and bisnes plus politik..
Aku selalu rasa terabai, rasa sunyi masa aku dengan dia..
Dan banyak masa terluang untuk diri sendiri and family aku..
Tak tau dah kahwin ke belum sebab lepas aku kahwin, aku terus lost contact dengan dia..
Ada jugak dia whatsapp aku sekali dua
Tapi aku tak reply sangat sebab aku pikirkan status aku yang da berubah..
Huhuhuhu

N plak muda setahun dari aku..
Selera mak2 ikan sangat kan..
Laki aku sekarang pun muda jgak dari aku..
Hahahahahaaha...
Tu bukna persoalan nya sebenarnya..
Masa aku kenal dia, dia masih lagi seorang student kat kolej swasta..
Masa tu aku pulak da keje..
Bila aku tanya pasal kawen, dia cakap nak kawen umur 32.. masa tu kompomla aku da 33..
Lepas tu pulak, aku dapat tau dia da ada girlfriend yang asalnya dr Sarawak jugak..
Agak patah hati jugakla aku masa tu kan..
Sebab aku mulanya memang serius nak kat dia..
Bila tau dia da ada girlfriend, aku terus masukkan dia dalam list untuk memenuhi masa lapang aku je..
Kiranya aku wat dia macam ala2 mangsa keadaan bila aku boring :p
Tapi lepas tu dia kerap hilangkan diri..
Dia akan balik Sarawak senyap2..
Tak bagitau aku pun..
Aku sangat kecik hati bab tuh..
Lepas tu bila dia balik sini, lama baru dia contact balik..
Ada saru time tuh, masa tu aku memang takde boyfriend..
Dia keje technician ATM machine kat KL..
Dia call aku, ajak jumpa..

Masa tuh dia nampak segak dalam uniform tuh..
Tapi aku tetap rasa dia tak serius bila dia ajak aku couple balik..
Kitorang ada keluar beberapa kali..
Dia memang nice guy kot..
Sangat2 gentleman..
Sebab tula setiap kali aku terkenang, aku akan rindukan dia..
sangat rindukan dia..
Sampaila bila aku dah kawen, laki aku ada wat pwrangai sket, and aku macam terhilang arah sekejap bila N datang balik dalam hidup aku..
Macam rahmat dalam musibah, kehadiran N membuatkan laki aku lebih menghargai keluarga akhirnya..
Dan aku berlalu pergi dari dalam hidup N without saying goodbye..

I know that he's still looking for me..
Tapi aku tak boleh..
Kalau aku reply mesej2 dia, aku pasti akan jatuh cinta lagi pada dia..
Kalau aku jawap call dia, aku tak tau alasan apa aku nak bagi pada dia atas kepergian tanpa pesan aku..
Lalu aku biarkan dia terpuruk melayan perasaannya sendirian..
Memang kejam dan rasa berdosa yang amat2..

Aku tau dia rasa dikhianati..
Cuma aku harap dia tak pernah membenci aku..
Sebab dalam hati aku, masih ada rasa sayang untuk dia..