Kawan-Kawan Aku Lah!!!

Saturday, 11 April 2015

Tak Mungkin Kerana Sayang

Bukan kadangkala je terkenang..
Tapi acapkali ketirisan poket berlaku..
Mesti aku terkenangkan orang yang pinjam duit aku tapi tak pulangkan..
Aku pulak yang segan nak mintak duit aku sendiri..
Huu (T_T)

Kalaukah jumlah yang sikit, aku bole jugak pejam mata dan berlepas diri dari memikir..
Masalahnya, jumlah yang makan angka ribu weh..
Kalau jenis manusia yang tak tau agama takpela jugak..

Pinjam pun dah lama..
Dari zaman bujang sampailah dah berkahwin..
Itu duit titik peluh aku..
Setiap bulan aku pun ada komitmen aku sendiri..

Bukan tak boleh bincang elok2 kalau tak boleh bayar..
Bila wat senyap, aku pun jadi kecik hati..
Silap aku la agaknya bila terlalu baek hati bagi pinjam duit kat orang kan..
Tapi bila nanti disaat nak beli barang keperluan anak takde duit or anak jatuh sakit and nak ke klinik tapi kewangan dihujung tanduk, ingat dan kenanglah aku..

Disaat aku kesusahan, aku merayu pada ko untuk pulangkan duit aku..
Tapi ko unfren aku kat fb, block aku dari whatsapp, tukar nombor telefon dengan niat supaya aku tak contact ko lagi..
Ending nya memang aku lost contact dengan ko..
Aku mntak tlg kawan aku yang jugak kawan ko untuk mintakkan duit aku..
Nasib yang sama jugak yang menimpa dia..

Takpelah..
Allah itu Maha Adil..
Aku sekarang berserah segalanya pada Dia..

No comments:

Post a Comment