Kawan-Kawan Aku Lah!!!

Sunday, 27 January 2013

Bukan Ku Tak Sudi

Macam biasa tajuk dan isi kandungan tak pernah berkaitan
Mungkin ada sedikit kaitan dan kemudiannya melencong lantas ke laut
Ada 7 lautan kat muka bumi nih..
So you can choose between the seven seas
Which one do you like for the entry to go..
Oyat mat saleh plop
Never mind
Its a pure understanding between me and my blog

Petang tadi aku ada dengar cite dari sorang kawan pasal kisah cinta dia dan kekasihnya
Seronok mendengar tapi kisah dia sedih dan sedikit tragis
Ada unsur-unsur syirik bila dia disihirkan oleh bekas teman lelaki dia
So pity!!

And she told me about her boyfriend
Her 1st boyfriend that come back to her after her evil ex boyfriend
How he's change after he was frustrated with my colleague

Sebelum ni kawan aku tu adalah segala-galanya untuk lelaki tu..
Tapi selepas peristiwa tu, dia kata dia da tak nak lagi mengutamakan kawan aku macam masa mula-mula diorang bercinta sebab dia takut kecewa lagi
And for the sake to forget my friend, he was taking drugs and consuming alcohol
Just to make him forgetting every moment and every detail about her
But he just can't
1st thing when he knows that my friend getting into trouble
He was the first who came and offered help

Cuma cara dia meluah cintanya sudah tidak sama lagi dengan caranya yang terdahulu

Entah..
Bila aku fikir kan yang aku juga pernah merasakan perasaan dilayan endah tak endah dek kerana lelaki tu punya pacar
Aku rasa aku mengerti perasaan boyfriend kawan aku tu
Dalam masa yang sama bila aku fikirkan betapa besar pengorbanan lelaki tu, cuma ada seorang je yang berkisar dalam kepala aku
Dalam kehidupan aku yang dah melepasi separuh abad ni, aku cuma kenal dengan seorang saja lelaki yang sanggup berkorban apa saja untuk aku walaupun nyawa yang jadi taruhan
Walaupun dia pernah hampir meninggalkan aku dek kerana sikap aku sendiri
Tapi bila dia berpaling semula pada aku, dia tak pernah berpatah balik
Aku bukan nak puji dia melambung-lambung
Tapi aku bersyukur pada Allah sebab mengurniakan pada aku seseorang yang aku boleh harap dan bergantung
Aku tak malu nak mengaku hanya dengan dia aku boleh bercerita hampir segalanya
Dan aku pun tak tau kalau Allah ambik balik kurnia yang telah dianugerahkan ni macam mana aku nanti

Yang penting sekarang adalah aku nak tidur.. hehehe

Tuesday, 22 January 2013

Malang tidak berbau

Malang tidak berbau bermaksud sebarang kecelakaan tidak boleh dijangka
Ape sebab kecelakaan tidak boleh dijangka akan terjadi?
Sebab kalau malang tu bole kita tau akan terjadi, semestinya kita
akan berhati-hati dan mencari alternatif untuk mengelakkan kecelakaan atau malang yang bakal menimpa kita tu kn

Encek Fahmi telah pun ditimpa malang yang tidak berbau semalam.. hehehe
Tak.. bukanlah bermakna aku sukakan malang tak berbau yang menimpa beliau yang tersebut
Tapi aku kesianla sebab aku faham betapa pentingnya sebuah kenderaan yang menemani tak kira masa dalam setiap tugasan
Bila da rosak....
Haish! =_="

So, since aku pun xde kewangan yang membina untuk membantu
Jadi aku bantu dengan moral support jela walaupun moral support tak boleh menyampaikan Encek Fahmi ke tempat-tempat yang beliau nak tuju.. hahahaha <(^_=)"

Kate Encek Fahmi dugaannya besar
Ye, kalau aku timbang tara keadaan ekonomi beliau dan jugak ekonomi aku yang tak memberangsangkan nih
Memangla dugaan yang Allah timpakan tu agak berat
Tapi mungkin ini jalannya untuk beliau mengenal erti syukur, berterima kasih pada nikmat yang ada dan juga kena bekerja lebih keras untuk menabung lebih banyak ongkos.. hahaha..
Okeh yang last tu gurau je

Tapi kalau dugaan tu didatangkan untuk membuat kita menjadi lebih matang, lebih baik, lebih mengingati Allah,  lebih bersyukur
Kita terimala dugaan itu dengan rasa bersyukur dan redha..
Ikhlaskan hati dalam menerima ketentuan Allah

Hey, I'm still here for you... Not that very much role to help.. Ingat!
Allah hanya menguji hamba-hambaNya setimpal dengan kekuatan yang hamba-hambaNya miliki..
Jika kita meminta dalam doa supaya dikuatkan jiwa
Inilah caranya Allah memberikan kita kekuatan
Dengan menempuhi dugaan yang mendewasakan kita

P/s:
Pasni jaga kereta elok2 ar.. takmo dah sampai kena overhaul.. Semoga berjaya!! \[^_^]/

Tuesday, 15 January 2013

Cardiomegaly, entri tak kena tajuk

Hahahahaha... memang tak kena tajuk langsung apa yang aku nak tulis ni
Last few days, ayu berwhatsapp dengan aku
He tell me about Mr. Tab asking her about Lan
Okay, at first memang la rasa sikit sentap bila orang duk tanya pasal hal yang more or less tak ada kaitan bagi aku
Aku tanya ayu, patut ke aku tanya Mr. Tab apa yang dia tanya kat Ayu
Tapi ayu menghalang dengan alasan nanti Mr. Tab marahkan dia

At last aku tanya jugak sebab aku tak suka nak biarkan dia jadi pemendam rasa
Malam tu aku bertanya la dengan orang yang berkenaan tentang soalan yang ditimbulkan pada Ayu
Dia jawap denga rasa serba salah
Mungkin takut aku marah
Tapi aku bertanya bukan sebab aku nak marahkan dia
Aku tanya sebab aku nak tau sejauh mana dia concern pasal isu Lan ni
And I'm surely do understand if he's concern level are mountain high..
Thanx for loving me that much
And thanx for giving so much effort to ensure that I'm bliss when ever you're with me or not

Bukan aku tak sudi nak get along dalam relationship tu
Tapi aku masih was-was
Tapi aku sayang nak lepaskan dia
Memang aku penakut nak jalan sorang-sorang
Aku tak punya keberanian untuk bangkit sendirian
Dan aku tak mampu nak bergerak kalau aku tak ada sokongan moral dari dia
See..
I do need him  that much
Tapi aku tak tau mana arah tujunya kami ini nanti

Aku tanya kan dia tentang masanya yang telah banyak habis disini hanya untuk menunggu aku
Bak kata Yuna " ini tidak adil, tidak adil bagiku"
Hahahahahaha
Aku kejamla jugak sket
But I still value his time..
Umur dia dah pun menigkat sama seperti umur aku walaupun aku muda sedikit dari dia
Aku tahu yang dia punya impian untuk mempunyai keluarga yang bahagia
Dan aku pasti yang mana-mana wanita pun akan dibahagiakan oleh dia sebab dialah insan yang paling memahami aku
Lagipun aku ni compliacated
Kalau aku boleh je get along dengan dia, sape2 pun mesti bole
Ada masa aku menyesal biarkan dia lepaskan ex girlfriend dia semata-mata untuk menunggu aku
Kalau tak, mesti dia sedang menunggu hari bahagia dia dengan sigadis..

Tak pela
Semua benda jadi dengan kerahmatan disebalik setiap sesuatu
Aku redha dan pasrah
Malahan aku ikhlas dengan setiap apa yang aku lakukan untuk diri aku dan Mr. Tab

Dia jual kamera kesayangan dia semata-mata untuk dental surgey aku
Sangat terharu okay
Thanx alot
Thanx for everything eventhough I know that deep in your heart, ada duri tajam yang menikam

For you abang....
Kalau satu saat penantian ini membuatkan abang lelah
Orang mintak abang berhentilah menanti
Pada masa tu, Insya Allah,  kaki ini sudah boleh berdiri sendiri dengan sokongan jiwa kecil ini
Abang pun harus teruskan kehidupan abang dengan orang lain sesempurna yang boleh
If you happy,  no body would feel happier than me
Apa pun terima kasih banyak-banyak tau..




Saturday, 12 January 2013

Hati

Bila hati tak sedap ni kan sume keje malas nak buat,  malas nak tengok, malas nak ambik tau
Padahal bukan tak sedap hati
Sebenarnya rasa macam bercampur-campur
Sedih, marah, kecewa dengan sikap and perbuatan Lan

Memang tak ada janji yang pasti antara aku dan dia
Tapi bila perkara macam ni jadi tentu2 la aku frust
Pegi keje pun malas

Memangla tahun ni aku sebenarnya tak ada azam
Tapi kali ni aku dah pasang niat
Aku nak betulkan jalan hidup aku
Aku nak tinggalkan orang-orang yang lagha dalam hdup aku, yamg tak bagi hasil seperti firdaus

Aku nak menjalani kehidupan aku dengan tenang
Dah tak ada masa untuk aku fikirkan tentang orang lain yang menyesakkan fikiran aku
Aku dah tak ada daya

Ingat akuntak sedih ke bila tengok kawan baek aku da nak melangkah ke alam rumah tangga
Bila borak2 dengan diorang pasal Asrul, mesti diorang tanya
Dah ada orang yang nak masuk meminang kenapa aku tak nak
Jawapan aku aku tak nak jadi isteri derhaka
Ni pun dah berapa hari Asrul tak bercakap dengan aku
Tak taula hari yang aku patut jumpa dia tu aku akan jumpa dia ke tak...
Itu pun aku tak mahu fikirkan
Layan lagu Cinta Itu Nyawa lagi best

Semalam aku cakap kat ayu yang aku rasa rindu ka Lan
Ayu suh aku peluk dia
Terus bergenang air mata aku

Aku tau ada seseorang yang memantau tulisan aku
Dan aku tau yang dia terluka dengan setiap bait-bait kata yamg terpahat disini
Tapi ini adalah kenyataan hidup yang aku kena hadapi

Aku harap lenaku bermimpi tenang Harapku tak ada lagi wajah dia bertamu diketika dan saat ini
Aku harap mimpi ku tak bersangkutan dengan wajah Lan
Aku tak mahu dalam mimpi pun aku bersedih

Friday, 11 January 2013

Blocked

Aku ni bila aku suka kat seseorang, surely aku akan jadi pen'stalker' tegar
Account Lan memang wajib akU stalk.. macam tu jugak dengan Mr. Tab
Yela kan, manela tau kot2 ade episode lepas yang aku tak terpandangkan

So, recently aku tak dapat nak check account mamat tuh
Aku yry bukak tapi yang kua kat fon aku adalah network error
Aku juz syak sesuatu yabg tak baik da berlaku
Aku jugak syak yang dia dah blocked aku

Dengan pantas aku mintak tolong ayu tengok kn
Rupanya apa yang aku sangka memang betul
Dia blocked aku
Dan aku tak tahu apa kesalahan aku
Aku pun  tak ada kekuatan unyuk bertanya

Masa dapat tau semalam, aku tak dapat nak described apa perasaan aku
Aku juz fikir yang baik2 je
Aku harap dia akan unblock aku balik

Aku rindu dia
Aku syg sgt kat dia
Bila dia wat mcm ni
Aku tak pikir banyak da
Yang aku pikir, dia dgn sengaja melanggar janji-janji yang telah dia buat pada aku

Janji-janji tu yg akan aku pegang sampai bila2..

Andai bisaku ingin jadi air mata
Terbit dimata matiku dibibir
Walau cuma seketika bersamanya
Namun hingga hujung nyawaku mencintanya


Sunday, 6 January 2013

Junior dan kenangan lama di sekolah

Aku baru dengar lagu Cinta Itu Nyawa Oleh Siti Sarah Raisuddin Dan Shuib, suaminya
Suara Sarah memang aku tak pernah nafikan sedap dan  bertambah sedap sejak dari pertama aku dengar nyanyian dia
Shuib menyanyi pun okay jugak tapi kalau banyak praktis mesti akan jadi lebih baik
Sedap lagu tu.. Seriously
Tamcing bila dengar lagu tu dan liriknya aku hayati
Cewahh! Bajet dalam hati ada taman

Tadi aku jumpa dengan Airil, junior aku
Beria dia ajak aku kua makan malam dengan dia walaupun aku dah tangguhkan beberapa kali dengan alasan yang tak berapa nak munasabah lagi sarawak.. Hahaha
Jadinya selepas beberapa kali menolak pelawaan dia, makanya, harini aku pun meluangkan sedikit masa untuk jumpa borak dan mengenang masa silam kat sekolah
Kalau nak ikutkan, aku dan airil tak pernah pun bertegur masa kat sekolah dulu
Apatah lagi nak bercakap dengan dia
Memang tak pernah
Cuma aku tau yang dia junior aku masa kat sekolah sebab aku selalu nampak dia

Jadinya aku pun tak tau apa yang menyebabkan dia berminat nak tegur aku kat pesbuk yang penuh dengan pacaroba tuh.. Hehehe
Dia ni jenis caring, mengambil berat dan sebagainya lah
Pendek kata, he's perfect if you wants to make him as a husband
Cuma Airil bukanlah tergolong dalam lelaki yang hensem, atau cute
Sedap saujana mata memandang ke wajah la senang kira
Dah keje and ada kereta
Siapa-siapa yang berminat, bole email aku
Woha! Promote anak orang pulak aku nih
Hihihihi
Lebih kurang jam sebelas lebih baru aku dan Airil beransur balik
Takkan nak tidur kedai tu pulak ye dak?
Heheheheheheheheehhehehe

Balik umah, mak abah belum tidur lagi
Jadinya, akula yang kena tidur sekarang
Serius mengantuk sekarang ni
Tapi aku sibuk nak menaip dan berblog
Sebab tadi aku dah mengelak dari Firdaus dengan alasan nak tido
Malas aku layan mamat bengong tuh
Selingan la sket
Aku pun tak faham
Kenapa semenjak akhir-akhir ni
Asal aku nampak je muka dia, aku nak marah
Marah yang amat-amat sangat
Ada masa aku terfikir nak buat kerosakan fizikal kat dia
Tumbuk muka dia ke, tendang perut dia ke
Yang penting dalam otak aku adalah nak buat dia merasa kesakitan
Ish! hahaha

okla, g tido lagi baek..
Hihihi
Gudnite!

Friday, 4 January 2013

Cerpen: Aku dan Kamu

Galaxy Note 2 yang aku beli beberapa minggu lepas berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. entah dari aplikasi manakah mesej itu tiba aku pun tak tahu. Sebaik saja aku periksa kehadiran mesej, ternyata Izham yang mengutus khabar. 'Abang dah naik tren'. Pesanannya ringkas buat aku. Tanpa membalas, aku menyambung semula tugasan aku yang tergendala sebentar tadi dek kerana membaca mesejnya di aplikasi Whatsapp.

Jam telah menunjukkan waktu ke pukul 7. Aku bersegera menyerah laporan kepada rakan setugas yang bekerja di syif pagi. Satu lagi mesej aku terima mengatakan yang dia sudah sampai di KL Sentral. Aku bersegera bergerak untuk pulang kerumah. Harapanku agar aku sempat sampai sebelum Izham sampai ke destinasi yang kami telah janjikan.. Sekurang-kurangnya dia tak perlu menunggu lama untuk agenda yang seterusnya.

Dalam perjalanan pulang, Izham menelefon dan memberitahu yang dia telah pun sampai ke Stesen LRT Taman Melati. Aku segera dirundung rasa bersalah kerana membiarkan dia menunggu aku. Yang aku pasti, nanti dia akan menanti lama disana kerana aku sendiri masaih belum sampai di rumah. Ada nada yang mengendur bila aku kata yang aku masih dalam perjalanan pulang kerumah. Itu yang aku kesalkan. Salah aku juga kerana lambat membuat serahan laporan kepada rakan setugas.

Aku bersiap dengan tenang. Tak sekali pun Izham menelefon atau menghantar pesanan ringkas. Membuatkan aku sedikit pelik. Namun aku biarkan saja. Aku bersiap dengan tenang dan ringkas. Lagipun Izham tau yang tujuan kami hari itu salah satunya adalah untuk mencari klinik gigi. Gigi aku tumbuh melintang dan perlu dicabut.

Dengan segera aku bergegas mendapatkan Owen, Myvi Orenku yang setia menjadi peneman aku untuk bergerak kemana sahaja. Dan dengan pantas aku ke stesen untuk mengambil Izham. Dari jauh aku dapat lihat dia menunggu dengan sabar. Sejuk hatiku melihat dia dengan kesabarannya dalam penantian. Juga terbit rasa bersalah dalam diri. Aku ajak dia bersarapan di Carrefour Wangsa Maju. The Chicken Rice Shop menjadi pilihan dia. Aku hanya bersetuju dan menurut. Sambil itu dia setting semula kamera yang baru aku beli.

Kemudian aku mengajaknya untuk pergi ke Klinik Pergigian Melia yang terletak berdekatan dengan Carrefour. Aku masuk sendirian untuk bertemu dengan doktor gigi yang manis dan lembut orangnya. Aku keluar dari bilik tersebut setelah doktor mengkhabarkan yang gigi aku perlu dicabut. Aku kahabarkan semula   pada Izham. Serentak itu, air wajahnya berubah keruh. Ada kocak dihatinya mungkin. Aku tenangkan dia dengan mengatakan yang semuanya akan berlalu dengan baik. Dia masih dengan wajah gundahnya.

Untuk mengelakkan dari aku memandang wajah yang monyok yang bakalan meruntun hati aku dek kerisauannya, aku ajak dia berseronok-seronok di pusat hiburan karaoke. Kami nyanyikan lagu yang kami suka walaupun suara telah jelas menperdengarkan kesumbangan. Aku tahu dia banyak menyanyikan lagu yang ditujukan buat aku. Namun aku bersahaja. Tapi walaubagaimana pun aku tetap rasa yang aku masih setanding dengan artis. Ah! Perasan saja.

Kemudiann kami makan di BBQ Chicken. Salah satu restoran yang kami berdua gemari. Makan malam yang hebat aku kira. Usai makan, kami bergegas ke KL Sentral untuk dia pulang semula ke Batu Gajah kerana hari esoknya dia telah mula bertugas semula. Aku tau dia berat untuk pulang. Sekilas aku teringat saat  dia menemani aku tidur didalam kereta akibat keletihan. Mata aku tak mampu nak bertahan lebih lama dek kerana aku tak tidur semalaman. Aku longsorkan sandaran ke belakang. Bantal kecil yang menghiasi Owen aku ambil untuk dijadikan alas kepala. Entah bila aku melayang melayan mimpi, aku juga tidak tahu. Yang aku tahu, saat aku terjaga, aku rasakan seolah-olah diri ini diperhati oleh sepasang mata. Telahan aku benar. Dikala aku membuka mata, aku perhatikan yang Izham sedang merenung aku dengan kasih sayang. Aku malu alah sendiri. 

Tersedar aku dari lamunan bila kereta hampir tiba di KL Sentral. aku menunggunya seketika distesen LRT supaya dia tak menunggu terlalu lama sementara tren tiba. Aku tinggalkan dia dengan sedikit kenangan yang tercipta sepanjang hari itu.


Thursday, 3 January 2013

Paediatric Night

Okay
Paediatric Night wad held last year on 14th December 2012
Placed in Dewan Tun Hussein Onn, Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur
Best jugakla kan event malam tu
Choosing Retro 60's as the theme, definitely what are we going to see are peoples in kebaya, yankee and etc..

Bila budak-budak wad dengar je tema retro 60an
masing-masing teruja menyelongkar closet masing-masing
dengan tujuan nak carikla kan kot2 ada tersesat sehelai dua pakaian lama
Hahaha

Kawan Lora yang rapat dengan Lora terus ajak pergi kat satu shopping kompleks ni
Kenanga nama dia
Seriously ok
Dia dekat Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur.
Bole rujuk Google Maps kalau nak pergi sana tapi tak tau jalan
Hehehe

Few weeks sebelum even berlangsung, Kak Fara ada cerita pasal persembahan dari wad-wad dan sebagainya
Tapi aku tengok yang senior-senior lain wat donno saja
Dan aku lagi suke sebenarnya kalau tak buat persembahan
Bole makan dengan tenang and happy-happy menikmati persembahan

Hari yang dinantikan telah tiba
Insidennya bermula bila Kak Fara tak tido semalaman dan tak makan seharian
Pakej lengkap yang memang 'A' la kan
Majlis pun start dengan persembahan tarian dari member-member pediatrikla
Sepatutnya Kak Fara ade tau dalam persembahan tu
Tapi dia tak ade
So kami igt dia dalam persebahan yang lagi satu..
Tak lama pastu Epul, tunangnya kak fara datang kat aku and bagi no cabutan bertuah Kak Fara kat aku
Kak Fara sakit kepala katanya.. Adoiyai..
Bikin gawat ini anak.. Ahaks!!

Katanya Kak Fara sakit kepala
O gosh!
Kak Fara ada satu lagu karaoke solo tau
Semua da berpandang-pandang memikir sape yangnak nyanyikan lagu Bossanova tuh
Haish! Yang kompom, Kak Fara pernah pesan kalau apa-apa aku back up
Ah, sudah kate aku dalam hati
Ini main gila

Tetibe Kak Rafiza datang meja and tanya pasal lagu tuh.. Huish! kecut2 perut mak jemah dibuatnya
Nak buat macam mana
Maruah wad harus kita jaga! hahahaha
So deal la aku nyanyikan lagu bossanova tuh

Yang bestnya, penyanyi sebelum aku tu nyanyi bagus sebab dia da biasa wat persembahan
Aku ni sampai seram sejuk tangan
Tapi aku pikir, kalau budak pompuan yang tak comel cam aku tu bole buat, xkn aku xleh ye dak?
hahahahaha

Aku nyanyikan je lagu tu dengan berhati-hati sebab takut out of tune kan.. ;p
Tapi masih sempat cakap dengan KakFazila suh tangkap gamba
Luckily Kak Maz ada rakam sikit
Hihihii
Bole tunjuk dekat mak
Ala-ala banggala mak sekejap kan bila tengok anak dia berani nyanyi

And best part of all, dengan berkat tahun lahir mak, nombor cabutan bertuah aku berjaya membawak pulang sebijik blender.. Hahaha
Baliknya, Matron yang tumpang kete aku puji-puji suara aku nyanyi paling sedap malam tu (kembang-kembang da segala rasenye.. ;p)
Tapi aku rasa macam tak sedap pulak
Hihihihi

Balik umah, mak dengan abah dah tido kat depan tv tunggu aku balik..
Daripada tidur, terus bangun balik dengar cite dinner anak diorang nih
Tengok videola bagai..
Lepas tu baru masuk tido pulak.. Hehe..