Kawan-Kawan Aku Lah!!!

Sunday, 27 January 2013

Bukan Ku Tak Sudi

Macam biasa tajuk dan isi kandungan tak pernah berkaitan
Mungkin ada sedikit kaitan dan kemudiannya melencong lantas ke laut
Ada 7 lautan kat muka bumi nih..
So you can choose between the seven seas
Which one do you like for the entry to go..
Oyat mat saleh plop
Never mind
Its a pure understanding between me and my blog

Petang tadi aku ada dengar cite dari sorang kawan pasal kisah cinta dia dan kekasihnya
Seronok mendengar tapi kisah dia sedih dan sedikit tragis
Ada unsur-unsur syirik bila dia disihirkan oleh bekas teman lelaki dia
So pity!!

And she told me about her boyfriend
Her 1st boyfriend that come back to her after her evil ex boyfriend
How he's change after he was frustrated with my colleague

Sebelum ni kawan aku tu adalah segala-galanya untuk lelaki tu..
Tapi selepas peristiwa tu, dia kata dia da tak nak lagi mengutamakan kawan aku macam masa mula-mula diorang bercinta sebab dia takut kecewa lagi
And for the sake to forget my friend, he was taking drugs and consuming alcohol
Just to make him forgetting every moment and every detail about her
But he just can't
1st thing when he knows that my friend getting into trouble
He was the first who came and offered help

Cuma cara dia meluah cintanya sudah tidak sama lagi dengan caranya yang terdahulu

Entah..
Bila aku fikir kan yang aku juga pernah merasakan perasaan dilayan endah tak endah dek kerana lelaki tu punya pacar
Aku rasa aku mengerti perasaan boyfriend kawan aku tu
Dalam masa yang sama bila aku fikirkan betapa besar pengorbanan lelaki tu, cuma ada seorang je yang berkisar dalam kepala aku
Dalam kehidupan aku yang dah melepasi separuh abad ni, aku cuma kenal dengan seorang saja lelaki yang sanggup berkorban apa saja untuk aku walaupun nyawa yang jadi taruhan
Walaupun dia pernah hampir meninggalkan aku dek kerana sikap aku sendiri
Tapi bila dia berpaling semula pada aku, dia tak pernah berpatah balik
Aku bukan nak puji dia melambung-lambung
Tapi aku bersyukur pada Allah sebab mengurniakan pada aku seseorang yang aku boleh harap dan bergantung
Aku tak malu nak mengaku hanya dengan dia aku boleh bercerita hampir segalanya
Dan aku pun tak tau kalau Allah ambik balik kurnia yang telah dianugerahkan ni macam mana aku nanti

Yang penting sekarang adalah aku nak tidur.. hehehe

No comments:

Post a Comment