Kawan-Kawan Aku Lah!!!

Sunday, 6 January 2013

Junior dan kenangan lama di sekolah

Aku baru dengar lagu Cinta Itu Nyawa Oleh Siti Sarah Raisuddin Dan Shuib, suaminya
Suara Sarah memang aku tak pernah nafikan sedap dan  bertambah sedap sejak dari pertama aku dengar nyanyian dia
Shuib menyanyi pun okay jugak tapi kalau banyak praktis mesti akan jadi lebih baik
Sedap lagu tu.. Seriously
Tamcing bila dengar lagu tu dan liriknya aku hayati
Cewahh! Bajet dalam hati ada taman

Tadi aku jumpa dengan Airil, junior aku
Beria dia ajak aku kua makan malam dengan dia walaupun aku dah tangguhkan beberapa kali dengan alasan yang tak berapa nak munasabah lagi sarawak.. Hahaha
Jadinya selepas beberapa kali menolak pelawaan dia, makanya, harini aku pun meluangkan sedikit masa untuk jumpa borak dan mengenang masa silam kat sekolah
Kalau nak ikutkan, aku dan airil tak pernah pun bertegur masa kat sekolah dulu
Apatah lagi nak bercakap dengan dia
Memang tak pernah
Cuma aku tau yang dia junior aku masa kat sekolah sebab aku selalu nampak dia

Jadinya aku pun tak tau apa yang menyebabkan dia berminat nak tegur aku kat pesbuk yang penuh dengan pacaroba tuh.. Hehehe
Dia ni jenis caring, mengambil berat dan sebagainya lah
Pendek kata, he's perfect if you wants to make him as a husband
Cuma Airil bukanlah tergolong dalam lelaki yang hensem, atau cute
Sedap saujana mata memandang ke wajah la senang kira
Dah keje and ada kereta
Siapa-siapa yang berminat, bole email aku
Woha! Promote anak orang pulak aku nih
Hihihihi
Lebih kurang jam sebelas lebih baru aku dan Airil beransur balik
Takkan nak tidur kedai tu pulak ye dak?
Heheheheheheheheehhehehe

Balik umah, mak abah belum tidur lagi
Jadinya, akula yang kena tidur sekarang
Serius mengantuk sekarang ni
Tapi aku sibuk nak menaip dan berblog
Sebab tadi aku dah mengelak dari Firdaus dengan alasan nak tido
Malas aku layan mamat bengong tuh
Selingan la sket
Aku pun tak faham
Kenapa semenjak akhir-akhir ni
Asal aku nampak je muka dia, aku nak marah
Marah yang amat-amat sangat
Ada masa aku terfikir nak buat kerosakan fizikal kat dia
Tumbuk muka dia ke, tendang perut dia ke
Yang penting dalam otak aku adalah nak buat dia merasa kesakitan
Ish! hahaha

okla, g tido lagi baek..
Hihihi
Gudnite!

No comments:

Post a Comment