Bila hati tak sedap ni kan sume keje malas nak buat, malas nak tengok, malas nak ambik tau
Padahal bukan tak sedap hati
Sebenarnya rasa macam bercampur-campur
Sedih, marah, kecewa dengan sikap and perbuatan Lan
Memang tak ada janji yang pasti antara aku dan dia
Tapi bila perkara macam ni jadi tentu2 la aku frust
Pegi keje pun malas
Memangla tahun ni aku sebenarnya tak ada azam
Tapi kali ni aku dah pasang niat
Aku nak betulkan jalan hidup aku
Aku nak tinggalkan orang-orang yang lagha dalam hdup aku, yamg tak bagi hasil seperti firdaus
Aku nak menjalani kehidupan aku dengan tenang
Dah tak ada masa untuk aku fikirkan tentang orang lain yang menyesakkan fikiran aku
Aku dah tak ada daya
Ingat akuntak sedih ke bila tengok kawan baek aku da nak melangkah ke alam rumah tangga
Bila borak2 dengan diorang pasal Asrul, mesti diorang tanya
Dah ada orang yang nak masuk meminang kenapa aku tak nak
Jawapan aku aku tak nak jadi isteri derhaka
Ni pun dah berapa hari Asrul tak bercakap dengan aku
Tak taula hari yang aku patut jumpa dia tu aku akan jumpa dia ke tak...
Itu pun aku tak mahu fikirkan
Layan lagu Cinta Itu Nyawa lagi best
Semalam aku cakap kat ayu yang aku rasa rindu ka Lan
Ayu suh aku peluk dia
Terus bergenang air mata aku
Aku tau ada seseorang yang memantau tulisan aku
Dan aku tau yang dia terluka dengan setiap bait-bait kata yamg terpahat disini
Tapi ini adalah kenyataan hidup yang aku kena hadapi
Aku harap lenaku bermimpi tenang Harapku tak ada lagi wajah dia bertamu diketika dan saat ini
Aku harap mimpi ku tak bersangkutan dengan wajah Lan
Aku tak mahu dalam mimpi pun aku bersedih
No comments:
Post a Comment