Ini Halaman Luahan Hati Dan Perasaan.. Ada Masa Dibiarkan Usang Terbuang Bersawang.. Ada Masa Meriah Umpama Hari-Hari Hari Raya.. Andai Terlihat Euphoric Extra, Kegilaan Melampau, Meroyan Sewel, Semuanya Ikhlas Belaka.. Haha!
Kawan-Kawan Aku Lah!!!
Saturday, 21 December 2013
Saat Pertama
Saturday, 30 November 2013
Hidup tak selalunya indah
Kehidupan jugak bukan suatu kesempurnaan
Tapi apa yang indah dalam kehidupan membuatkan kita berasa sempurna
Betul tak?
Memilih orang yang betul bukan mudah
Tak macam memilih ikan di pasar
Tapi bila mana yang namanya jodoh itu datang
Tanpa kita sedar, pilihan tu dah lama ada kerana jodoh itu rahsia Allah
Kita berusaha melarikan diri dari dia
Kita mencuba sedaya upaya berusaha untuk membuatkan dia membenci kita
Tapi akhirnya kalau yang namanya jodoh itu, kita akan tetap bersatu
Bak kata seorang kawan aku dalam status facebooknya
"Awak tau tak, kalau mykad saya dan mykad awk bersatu akan menghasilkan satu lagi kad yang bernama mykid?"
Jodoh aku mungkin kekal dengan dia
Mungkin hanya separuh jalan
Tapi itu semuanya mungkin
Apa yang ada sekarang harus disyukuri dan dinikmati tanpa rungutan
Bahagia tu subjektif
Macam mana nak rasa bahagia tu pun subjektif
Kita sendiri yang rasa
Kita sendiri yang pegang kayu pengukur rasa bahagia
Kita sendiri yang pilih jalan bahagia mana yang kita nak lalui
Tak semua orang akan mudah rasa bahagia
Dan tak semua orang akan merasa bahagia
Tapi bila kebahagiaan menjelma
Nikmatilah kebahagiaan itu seadanya
Thursday, 28 November 2013
Bercuti dengan cinta
Bercuti dengan cinta
Dulu ada 1 cinta
Lepas tu 2
Tambah lagi jadi 3 cinta
Tambah lagi
Tambah lagi
Terus lagi menambah cinta
Akhir sekali menjadi bercinta-cintaan kita
Well
Its 21 day going by
I'm a happy person when I saw you as the first thing in the morning
Awak terlalu comel Fella
Ammi fall in love with you over and over again
Hehehe
Syukur pada Allah S.W.T atas kurniaanNya
Mungkin hidup masih serba kekurangan
Tapi semua yang aku punya melengkapkan segalanya sehingga terasa sempurna
Sunday, 24 November 2013
Just ask
Semalam ayu wassap
Biasala duk gosip2 kan
Tu jela keje orang pompuan dalam dunia ni sebenarnye
Dia bagitau yang my ex asking her wether aku da kawen ke blum
Sebab ex aku kata dia rasa aku da kawen
Aku gelak besar je
Kalau aku da kawen knapa?
Kalau belum kawen pun dah kenapa?
Dalam dunia ni
Yang aku paling tak faham adalah bila mana orang suka buat spekulasi sendiri
Cubala pergi kat orang yang korang curious sgt nak tau info tuh
Tanya
Tak salah kot bertanya
Tanya sendiri
Ni duk ngumpat2 belakang
Cite2 pasal orang tuh
Apehal kn?
Ntahla
Sungguh aku tak faham
Monday, 16 September 2013
New business
Da lama aku yak merepek kat blog aku sendiri
Masa ada, banyak benda yang aku nak tulis
Tapi benda yang banyak tu, tak sesuai untuk aku lakarkan disini
Tak lama lagi je semuanya akan berakhir
Selesai urusan KWSP aku nanti, aku nak masuk bisnes baru
Jual stokin
Bunyi macam bodoh je kn??
Tapi kalau aku tak guna pakai sendiri stokin tu, aku pn tak tau yang stokin tu memang hebat
Bayangkan kesakitan belakang yang aku tanggung selama harini bole hilang dalam 1 malam
Aku bangun pagi dengan rasa cergas yang aku tak pernah bayangkan
Thanks to my mum sebab paksa aku pakai stokin ni
Aku jadi yakin dengan penggunaannya
So, aku decide untuk jadi ahli pulak
Nak bantu orang lain
Sebenarnya stokin2 macam ni bukan orang muda macam aku je yang suka
Selalu nya, stokin macam ni la yang jadi kegemaran orang tua
Sebab dia menstabilkn peredaran darah dengan penggunaan teknologi nano dan far infra red
Dia menjana tenaga kita and melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan kita
Ok, nanti aku cite lain lagi pasal stokin ni and produk-produk yang berkaitan..
Dan jugak sebab kenapa aku suka bisnes ni
Saturday, 31 August 2013
Kejadahan
Da lama tak menulis pape
Kurang kerajinan pulak akhir-akhir nih
Ditambah dengan kesibukan kerja
Wad pulak sekarang macam disaster
Macam-macam hal yang berlaku pada aku akhir-akhir nih
Since aku warded haritu
Bila aku naik keje, dapat tau yang PPK aku kena TB Meningitis
Warded jugak..
Sampai tahap kena wat shunt kat bahagian kepala untuk release tekanan dalam kranium
Pastu specialist aku pulak takde
Dala dia takde
Bos besar cover
Bos besar pulak detect lungs patient ade something wrong somewhere
Refer kat team ID
Now patient da TRO pulmonary TB plak
Tunggu jela result sample dia balik
Kalau 2 kali result balik positive, sok lusa makan ubat TB la staff wad aku semuanya
Semalam lagi chaos gile
Bone marrow donor yang bos besar sendiri harvest kat OT pecah masa tengah spin untuk process plasma depletion
Kepoh sampai advance paeds team pun datang nak tengok donor
Sebab sorang specialist tu tak menyabar nak menuai lagi kat donor
Agaknye tak ada otak kot specialist tuh
Nasib baek bos besar ada
Bos besar la yang arrange kan semuanya
Minggu ni agak penat
Perut pun makin besar
Mengah aku diwatnya bila keje dalam keadaan pack dan stress macam sekarang
Baran pun menjadi je
Kadang-kadang sebab lapar je pun bole jadi isu nak merajuk
Hmmm..
Sunday, 18 August 2013
4 hari kat wad
4 malam dia temankan sampai lewat-lewat
1 malam temankan aku bermalam di wad
Tido atas lantai pulak tuh..
Kesian aku tengok dia
Sabar je layan kerenah aku
Ambik baju ganti lah
Beli barang mandi
Paling terharu sebab tangan ada IV line, dia yang tolong suap makan
Tu belum tolak barang pindah dari 3rd class ward ke 1st class ward
Tido malam tak lena pun
Asal aku terjaga nak ke toilet, dia pun terjaga skali
Ada masa aku senyap-senyap turun dari katil agar lenanya tak terganggu
Lagipun siang harinya dia nak bekerja
Bila balik rumah, duk dalam bilik termenung
Rasa janggal
Rasa pelik sangat-sangat
Mungkin sebab keterbiasaan tu
Dah terlalu biasa tengok dia sebagai wajah terakhir
Dia pun akui yang apa yang aku rasa, dia rasa sama
Tiba-tiba jadi sunyi sangat
Hmmm
Baekla aku pegi tido
Malam ni tido dalam terang mungkin
Huhu..
Saturday, 17 August 2013
Demam what????
Demam denggi
4 days of warded
8 days of illness
12 times of blood taking
96 hours of intravenous drip running
Semuanya menyeksakan aku
Yang aku rasa kelakar sekali adalah, aku masuk wad tapi orang duk ingat aku gi keje
Kelakar tapi dalam masa yang sama agak menjengkelkan..
Hahahahaha
Duk kat 4 bedded room
1st class nok
Air conditioning lagi tu
Tapi membosankan tahap gaban
Eh! Gaban pun tak bosan macam nila
Nasib baik pagi ni doktor datang and allowed to discharged home
Aku da rindu baby sangat-sangat da nih..
Harap-harap result semakin bagus..
Wednesday, 7 August 2013
Syawal yang tiba
Pernah satu ketika dulu ada seseorang nyanyikan aku lagu 'You're My Everything'
Tak ingat sape penyanyi asal
Tetiba bole terngiang-ngiang lagu tu dalam kepala aku
Dan secara tak langsung membangkitkan kenangan aku pada orang yang tujukan lagu tu kat aku
Dah lost contact dah pun
Orang tu pun dah kemana Hmmm.. Mengenangkan insan tu cuma akan merenggut ketenangan jiwa aku Sebab bila aku teringat, dalam hati mesti akan ada gelora rindu yang amat dalam Hanya pada waktu-waktu tertentu je benda-benda macam ni jadi pada aku Tak baik kenangkan peristiwa lalu kan? Nainee Jejaka Sarawak yang aku kenal lama dahulu Sekarang ada di Sarawak Adakala rindu juga aku pada kenangan yang kami ciptakan dulu Tapi aku takut Makin takut Bukan takut pada dia Dia tak pernah mengancam aku walau sedikit pun Malahan saban hari makin menunjukkan rasa kasih Aku takut tembok setia yang aku bina akan bolos Aku risau aku yang akan menjadi pendusta cinta aku sendiri Sebolehnya aku menjauh Tapi bila aku cuba menjauh, semakin itula dia mendekati aku semahu hatinya Aku tak buntu sebab aku tahu apa yang patut aku lakukan Tapi aku tetap takut Takut pada perkara yang aku mampu elakkan tapi aku tempuh juga sebab sengaja nak carik nahas HuuBaju raya
Esok da raya
Malam ni last aku keje sebelum aku bercuti selama 6 hari
Lama kan??
Tak cukup lama kot
Selepas 2 tahun tak sambut raya
Inilah kali pertama aku beraya
Dah nasib aku kan pilih kerjaya yang macam ni
Bila-bila masa pun kena panggil keje
Tapi tahun ni memang aku takkan layan kalau ada yang panggil aku masuk keje awal
Aku nak cuti dan beraya secukupnya.. Hehehe
Baju raya pun da dapat pagi tadi
Yang paling tak bole blah, baby la..
Dapat banyak pasang baju raya ini tahun
Dala xpose
Hahahahaha
Sekarang ni aku dalam proses menjahanamkan baju dengan keje2 menjahit manik
Tapi baju yang aku berkenan jela
Lagipun maniknya ade 2, 3 kaler je
Takkan aku nak keje kan semua baju aku dengan manik kaler yang sama kan?
Sebelah lengan da siap
Pasni sambung sebelah lagi
Pasni tu maknanya esok tau
Jahitan memang tak kemas langsung
Hahahaha
Yela
Slalu pegang jarum ubat
Skali kena oegang jaru ngan benang, lain pulak jadi dia
Tak pela
Sekurang-kurangnya aku mencuba untuk tidak mebazirkan ape yang aku da beli
Hihi
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin
Monday, 5 August 2013
Da nak raya
Da nak raya rupenye
Aku duk mikir yang pagi raya aku xda baju baru
Hahaha
Skali tadi mak oyat, baju yang aku anta kat tailor da siap
Camner aku bole lupa pasal ni?
Shit!
Bajet da lari abes da
Huu..
Kalau aku xambik baju tu, gamaknya memang aku raya pakai baju lama la
Tak kisah pakai baju lama pun
Tapi bila mengenangkan yang bajet raya tahun ni memang da lari abes2
Aku jadi tak happy plak nak beraya
Huu
Kalau ada sugar daddy ok jugak kan
Tapi da tak sempat nak carik sugar daddy
Hahahahahahahahhhahahahaha
Bongok je statement
Hmm.. korek jela mane ade
Hujung bulan makan roti
Hahaha
Nila akibat bila beli kain tak reti2 nak anto ke tailor. .
Huhuhu
P/s: ada tak sapa2 nak sponsor aku? Hihihihi
Monday, 29 July 2013
Penghujung Bulan Puasa
Nak tido tapi mata tak terpejam
Nak buat ape pun aku tak tau
Rindu pada masa-masa lalu
Rindu untuk memutarkan kenangan
Hmmm...
Sejak malam tadi hati rasa resah
Dia titipkan pesan buatku untuk jaga diri dan jaga kesihatan
Masih mengambil berat aku kira
Atau hanya sekadar untuk berbahasa
Biarlah....
Diketika ini sepi mengusik hati
Semuanya rasa umpama berputar kembali
Kenangan demi kenangan
Mata masih belum mahu terpejam
Rindu bertamu untuk seseorang
Sehari tak jumpa umpama bertahun lama nya
Mungkin itu faktor terbesar punca aku tak mahu lelap
Padahal keesokan hari aku bertugas pagi
Sangat menjengkelkan bila ini berlaku
Hmmm..
Selamat malam
Tidurlah sayangku...
Friday, 19 July 2013
Teringat
Tadi pas aku tido kejap aku turun ke bilik mak
Melihatkan Ahmad yang sedang lena
Aku senyum sendirian
Berborak sebentar dengan emaknya Ahmad
Lantas aku raih Ahmad dalam pelukan
Aku usik-usik pipinya
Dalam lelap masih boleh tersengih-sengih
Aku tiarapkan dia didadaku
Menyambung lenaku yang terganggu dek kerana pergi ke tandas
Saat itu aku memandang wajah darah dagingku berada di atas tubuhku
Aku teringat saat-saat indah bersama Qayyum @ Syafiq
Aku yakin dia makin membesar dengan baik di rumah anak yatim itu
Ada masa, rindu bertamu dalam hati..
Bertalu-talu
Tapi bukan hak aku untuk melawat apa lagi menyentuh anak kecil yang teramat aku sayang pada masa itu..
Mungkin 1 hari nanti aku bisa bertemu dia
Tapi entah ada peluang atau tidak..
Yang penting, setiap masa indah dan bahagia adalah untuk diraikan dan dinikmati sentiasa
I'm blessed to meet that little boy
Knowing that there are still a lot of people that we can loved even though they are not from ours
I pray for him whenever I remembered
Hoping that he have the best in his life
Safe life journey till the end
Insya Allah
Amin
Masa yang berlalu
Tak aku sedar Ramadhan cepat benar berlalu
Baru 2, 3 hri berpuasa rasanya
Sedangkan yang benar, seminggu lebih telah berlalu
Tahun ni ada sedikit rasa excited untuk beraya
Dek kerana aku dapat merayakan Aidilfitri, insya allah
Dengan anak buah baru
Adik-adik semuanya ada disini
Aku harapkan Syawal yang meriah walaupun sederhana
Masa masih berlalu dengan pantas
Sedar tak sedar kita yang ketinggalan
Aku masih menjadi pemerhati sepi
Melihat dari jauh semuanya
Melihat bahagianya dia mungkin
Hati yang sentiasa mendoakan kebahagiaan dia
Aku tak pernah menafikan yang aku adakalanya teringin untuk bertegur sapa
Walaupun mungkin bukan serapat dulu
Tapi aku nak berbual macam yang biasa kami lakukan
Walau hanya berkongsi kisah kecil
Mungkin 1 hari nanti jika diizin tuhan
Aku sentiasa terbuka
Wednesday, 10 July 2013
Ramadhan Al-Mubarak
Alhamdulillah
Ramadhan pertama berlalu dengan jayanya
Ku kira berjaya juga puasaku kali ini
Bersahur dirumah dan beriftar di wad
Dah menjadi kebiasaan aku semenjak 3 tahun kebelakangan ni
Keseronokan beriftar dirumah memang jarang aku rasakan
Seperti tahun-tahun yang lalu
Bila kelapangan aku akan memenuhi jemputan iftar diluar rumah
Tak mengapalah
Yang penting puasa ditunaikan sebaik yang mungkin
Aku mungkin kurang gemar untuk wish puasa
Tapi tak bermakna aku lupa pada semua insan yang aku sayang
Life aku masih begini
Aku sentiasa mendoakan setiap orang yang masih dan pernah hadir dalam life aku supaya sentiasa bahagia
Sentiasa gembira, dilimpahi rahmat Allah dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah
Aku stalker kot
Hahahah
Masih jadi pemerhati sepi
Masih menjadi peninjau diam
Masih menjadi pemantau
Walaupun aku tahu aku tak layak
Walaupun aku tahu itu tidak bermakna untuk dia
Walaupun aku tahu kalau dia tahu apa yang aku buat
Mungkin jiwa nya tergoncang
Tak apalah
Semoga Ramadhan ini memberi kekuatan jiwa dan tubuh badan buat kita semua
Amiiiinnnnn....
<3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3
Saturday, 6 July 2013
Segala rasa
Masa untuk diri sendiri pun adakala xberkesempatan
Sampai la akhirnya aku sedar yang aku dah mengabaikan blog ni sekian lama
Almost a month aku biarkan blog ni tak bergerak, tak bernyawa, tak bermaya
Jerebu haritu betul-betul membawa padah pada aku
Aku demam, batuk dan selsema teruk
Lebih kurang 2minggu
Aku demam je pun dekat seminggu
4hari demam dan aku masih bekerja
Pasai pa???
Pasai mengenangkan takde orang nak keje
Roster da tersusun
Masing-masing dah ada program masing - masing
Alhamdulillah, sekarang aku da sihat seperti biasa
Cuma sekarang aku bercuti
Jadi pengapit BFF aku
Hahaha
Terpaksa rela aku
Ade gamba nanti aku cuba uploadkan
Sunday, 9 June 2013
Last Sunday
Aku ke Batu Gajah
Ambik kamera je tujuannya
Tak boleh nak berlama2 sebab aku ada meeting malamnya
Tapi perjalanan pulang agak teruk kesesakan
Meeting kemana, aku pulak kemana
Hahaha
Wat keputusan nak pegi Perak tu pun tergesa-gesa
Sebab nak pakai kamera tu urgent
Kamera digital aku, abah da pulun pakai untuk kerja2 dia
Aku kesana dengan Daus
Tawakal je sebab hp xda bateri
Nak pkai gps mmg sekerat jalan jela jawap dia
Tapi syukur la sebab selamat sampai kat Istana Kellie macam yang di janji kan
Sesampai aku kat sana aku mesej Famy kat fesbuk dek kerana hp aku tak berbateri
Tak ada balasan walaupun dah lama
Nak tak nak, aku call jugakla pakai fon Daus
Nasib baik masih ingat nombor yang satu itu
Dalam 10min, famy pun sampai
Dengan wajah mencuka yang aku boleh duga
Tanda tak senang dengan kehadiran Daus
Kamera dihulurkan dan aku sambut
Aku tetap dengan riak biasaku
Berjumpa teman lama kn
Takkan la nk masam2 muka pulak
Bila aku nak masuk kete
Famy tanya aku
Tak ada masa ke?
Sedangkan aku dah cakap dah yang traffic dari arah Perak menghala ke kuala Lumpur jem teruk
Nak berbincang katanya
Akhirnya dia kata xpela
Aku tak tau plak yang Daus turunkan tingkap kat blkg aku
Cait! Da serupa samseng2 punya style plak.. huhu
So, grak blik dari batu gajah pukul 7.30
Sampai kl pukul 2 pagi
Dahla esoknya aku keje pagi
Huish!! Dasat2
Hahaha
Sunday, 12 May 2013
Betul la tuh
Da betul la tu dia da ade gf
Walaupun dia tak cakap
Buktinya bila aku tengok news feed pesbuk aku pagi nih
Kalau dulu, bila dia update status berbunyi "good morning sunshine"
Ditujukan untuk aku
Tapi status pagi tadi ade replied comment
Berbunyi "morning pumpkin"
Owh, so sweeettt!!
Entah bila nak mengaku tentang perkara ni ntah
Kemon la
I'm okay if you happy with her
Not such a big deal
Just don't put me in a situation of serba salah
Macam mana pun, kehidupan kena diteruskan
Once I'm taking my step, there are no turning back for me
Aku pernah rasa situasi macam ni dulu
Once......
Takkan la aku nak kena merasa lagi to make it twice
Taknak bagitau aku sebab tamak kan
Tamak perasaan
Ada ketegaran untuk melukakan hati seorang perempuan lain..
AGAIN
Mengundang kebencian lagi
My final decision
If that girl are his, I'm stepping out
Nak stay pun tak guna
Janji lelaki mane bole pakai
Kalau kita kata lelaki semua sama
Dia akan marah kita balik dan cakap jangan sama kan dia dengan lelaki2 lain kat lua sane
Bajet dia lelaki paling istimewa dalam dunia
Hahaha
Funny!
Aku da tak peduli pasal janji2 tu semua
If you're reading this
Take your time
Think
Choose any suitable time to talk
Tell me everything that I should have known
I'm not angry neither mad at you
Cuma taknak pisang berbuah dua kali
It will hurt me as much as the first time
But I just don't care anymore......
Saturday, 11 May 2013
Dolu-dolu
Dulu-dulu jadi macam ni jugak rasa aku
Senyap sunyi dengan kesibukan dunia masing-masing which is aku memang betul-betul sibuk
And he was busy looking for another girl
Perfect!!
Ending up aku yang kena maki dengan betina sial mane entah
Memang tak bole lupa sampai sekarang
Memang sebolehnya aku tak nak pikir kot pasal hal nih..
Tapi bila da abes keje
Kesenyapan menyapa
Semua masalah dan perkara berbangkit berputar satu-satu dalam kepala aku
Watpe nak ucap rndu kalau bukan itu yang termaktub dalam kalbu
Untuk ape cagarkan kasih kalau bukan itu yang dirasa dalam hati?
Tengah-tengah malam tengok runaway bride
Haha
Geezz!!
Dalam hati ni bercampur baur
Sebab aku tengah menunggu saat-saat aku diserang lg dek kekasih gilanya
Hahaha
Aku rasa nak mencarut!!
Tiba-tiba
Tiba-tiba dapat tau da kat Hatyai
Wah!! Good for you
Thanx for the info
Esok dah nak balik baru nak cakap
Hahaha
Well, on my guess
Wait.......
Lambat pulak nak loading guessing aku nih
My guess
Aku dah tak penting
Tak yahla nak bawak-bawak aku sangat
Da tak berminat okeh
Thanks but no thanks
Sedih la jgak bila da dikebelakangkan
Ape pun aku masih dalam kotak memahami
Faham sangat dah
Lagipun sadar diri itu perlu!
I know my place are no where
Thursday, 9 May 2013
Sunyi
Kesunyian itu dah berlangsung beberapa ketika
Saat aku terlalu sibuk dengan urusan2 yang aku punya
Saat dia juga sibuk dengan urusan2 yang dia punya
Dia komplen dan aku mendengarkan
Namun untuk aku mengeluarkan aduan aku sendiri amat payah
Sebab aku berusaha melatih jiwa untuk memahami kesibukan yang orang lain punya...
Kesunyian itu mungkin menyebabkan dia runsing
Pada hati selalu soalan dilanting
Soalan yang tiada jawapan pasti
Tapi ketidakpastian itu punca dia menanti
Sekarang kesunyian itu aku isi
Dari jauh aku perhati
Mungkin sudah ada insan lain disisi
Untuk menemani setiap langkah kaki
Semuanya aku perhatikan dalam diam-diam je
Lagipun aku sedar diri
Aku tengok gambar imegresen office
Aku agak-agak je dia nak gi luar negara
Lagipun dia memang suka berjalan dan berfotografi kan
Aku tengok dia gi makan sedap-sedap kat favourite place dia
Aku mesti teringat yang dia selalu excited cite pasal that place
Puji-puji food kat situ
Dia tak pernah lokek dengan pujian
Aku tengok ade gamba gegurl plak
Makan kat Kenny Rogers
Awek barula kot
Ko hado??
Haha
Congratulations la
Aku nak cakap ape lagi, ye tak?
Tumpang happy bila dia happy sudey
Yang lain-lain, aku tak nak pikir
Biarla kesunyian ini menjadi milik aku
Dalam hari-hari sibukku
Sementara kesibukan masih ada
Tuesday, 7 May 2013
Walau
Walau apa yang berlaku
Kegundahan yang bertakhta dalam hati tak pernah berkurangan
Sekarang ni perempuan tu dah pandai main ugut2 pulak
Nak anta surat mahkamah kat Daus la bagai
Sempit otak aku mikir
Aku tak tau nak kata apa
Tapi aku tak suka orang-orang aku kena touch macam nih
Aku bukan kak yong
Bukan isteri-isteriku gangster
Tapi aku tetap setia dengan orang2 yg ada dalam hidup aku
Cuma banyak masa atau tak je
Seriously aku rasa yang perempuan tu memang sial
Owh shit!!
Dia da mengeluarkan aura negatif aku
Siot betol!
Tuesday, 30 April 2013
Pasang surut air laut
Ada masa berombak, dilanda badai
Ada masa surur lalu imbak oun menjauhi pantai
Serabut otak sekarang sebab aku memang sangat2 busy
Malas nak cite dengan orang
Lagipun tak ada benda nak diceritakan
Fahmi beria-ia suh aku cite apa-apa
Tapi nak cite macam mana kalau benda yang aku nak cite tu tak ada
Kesibukan aku memang ketara
Dan aku tak suka orang bsing2 pasal aku takde masa untuk diorang
Pdahal dri sdr pn sama2 bz
Apa ada dalam hati aku?
Tak ada apa2
Aku malas!
Thursday, 11 April 2013
Rasa itu
Rasa itu
Semakin hari semakin berkembangan untuk dia
Rasa itu
Semakin hari semakin tiada untuk dia
Perasaan aku yang aku cuba usir untuk dia kembali
Perasaan aku yang aku cuba untuk pupuk buat dia semakin pudar
Sebab
Hanya aku dan Allah sahaja yang mengetahui
Tapi sedikit rasa lega bertamu dalam hati bila si Owen akan masuk ke bengkel sikit masa lagi
Bulan ni saje da nak seribu duit habis ke owen..
Dengan servisnya, rosaknya, eksidennya, minyaknya
Tak tau la....
Nak cekau duit mane lagi...
Kesian kat mak abah
Kesian lagi aku nih!!
Kesian.....
Wednesday, 10 April 2013
Hanyut
Aku sekarang mudah sangat nak hanyut
Hamyut dalam perasaan yang mendalam
Hanyut dalam kesedihan yang menggila
Hanyut dalam khayalku
Selagi owen tak disettlekan
Selagi itulah kehanyutan aku menggila
Esok baru nak cuba settle kan owen
Otak aku sakit
Dada aku sempit
Hari-hari liza mesej and call aku semata-mata nak tau aku jumpa dengan Firdaus ke tak
Bukan aku nak rasa happy bila liza sendiri dah mengaku yang Firdaus memang menyayangi aku lama dahulu sebelum mengenali liza
Firdaus pun pernah bercerita yang dia telah terlalu menyukai aku sejak pertama kali bersua wajah
Masa tu aku masih bercinta dengan Haizam lagi
Ayat sentap liza petang tadi mencabar sabarku
Mempamerkan sikap dia yang semakin lama semakin mampu aku tafsir
Dia sebenarnya masih mahukan Firdaus kembali ke pangkuannya
Dan Firdaus pula
Setiap hari menyatakan keengganan pulang ke dakapan tunang hanya kerana dia terlalu cintakan aku
Dengan rontaan jiwa
Aku tak rela semuanya berlaku
Aku bukan perosak hubungan orang lain
Bila Liza kata pada aku yang aku boleh ambil Firdaus jika aku mahu dek kerana dia tak mahu bergaduh dengan aku
Mahu saja aku katakan bahawa aku tak perlu bersusah payah berusaha untuk mendapatkan Firdaus
Sebab dia sendiri akan datang pada aku
Aku hanyut lagi
Mendengarkan lagu hanyut dari Faizal Tahir
Monday, 8 April 2013
Terasa
1st time dalam hidup aku, aku terasa gila dengan mak patient
Mungkin aku sedang berfaktor bad mood yang sekaligus menyebabkan aku mudah sentap
Tapi aku masih cuba mewaraskan fikiran pada awalnya yang berkeputusan akhir nya aku makan hati
Aku memang rasa badass betul harini
Da anak dia tak nk mkn ubat ikut mulut
Orang masukkan tube
Dah tube tu sumbat kat bahagian dalam perut anak dia
Salah aku ke?
Ubat yang doktor order tu jenis ubat srnang nak mendak
Jadi salah aku ke???
Kdg2 pelik dengan mak yang macam ni
Masa anak sakit sampai merintih-rintih
Kalau bole nak semua staff attend anak dia
Baek sket perutnya, kurang sket diarrhoea
Sumbat mulut anak dengan limau
Wadehel dia ingat dia buat??
Kalau kita sendiri pun bila da cirit birit tak makan benda masam lagi tajam
Dia bole bagi anak dia
Macam nak membunuh anak pulak
Alasan dia mudah
Anak mintak sangat-sangat
So kena bagi sebab nanti kalau anak mati kempunan nak makan
Tapi kalau mati sebab bagi makan takpe
Hahaha Hahaha
Aku ketawa bukan sebab aku rasa kelakar
Tapi aku sebal
Masa anak sakit, dia perlukan pertolongan orang untuk tolong anak dia kemain lagi
Bila jadi tube anak dia sumbat and nak kena ganti lain
Bila aku panggil muka aku pun tak nak dipandang
Memang secara serius nya aku sangat-sangat kecil hati
Lepas ni memang aku tak akan nak buat baekla
Aku pun ada perasaan
Sekadaran aku memenuhi amanah kerja aku je kalau ye pun
Kalau da pe'el maknye macam ni, macam mans anak nak baek pun aku tak tau
Sunday, 7 April 2013
Owen Myvi Chentaku
Chenta hati aku eksiden hari jumaat lpas
So sekarang practically aku sangat2 stress
Dengan hal Firdaus
Hal si Liza yang duk mengendeng nak jadi adik aku lepas semua hal tu selesai
Tambahan dengan Owen eksiden
Mood aku sedih2 je sekarang
Nak cite ngan sape semua benda ni?
Tanggungla sensorang
Aku malas nak ngadu2 la
Walaupun ada yang ngaku sudi nak tadah telinga
Tapi tak leh jugak nak hilangkan beban yang aku tanggung dari semua segi
Kesemua segi dan permukaan yang aku lalui
Ekonomi, mental, fizikal dan emosi
Semuanya sedang sangat terjejas
Sebab aku nak kena tapis segala jalan cerita supaya orang tak sakit hati jadi pendengar setia aku
Stress yg teramat sangat
Aku bawak Owen g keje tanpa check ape masalah dia
Balik pagi tu aku nak check bahagian enjin skali xbole nak dibukak
Sentap tangkai jantung weh!!
Owén tu da la kete carik makan aku
Aku cuba jadi kuat ntuk hadapi dugaan-dugaan ni..
Tapi ternyata aku tak la sekuat yang org nampak
Aku pamerkan senyum pada keluarga aku
Aku bersungut hanya pada mak aku
Tapi hati aku sedih
Maaf untuk sukarelawan penadah telinga yang nak dengar cerita2 aku
Aku da tak mampu nak menglipurlara kisah lara hati
Apa yang terzahir disini andai terbaca, janganlah ditanya
Aku dah terlalu sengsara menahan stress yang aku sendiri tak minta
Wednesday, 3 April 2013
Heart aches
Aku tak bole nak tido
Aku susah hati
And it ain't nothing but the heart aches
Since aku tau kebenaran pasal Firdaus
Pasal dia dah bertunang dengan Liza
Da jumpa liza tu sendiri
Bila Liza asyik meluahkan perasaan dia pada aku pasal Firdaus
Aku macam sedikit tamcing
Mana silapnya entah
Padahal selama ni aku tak rasa pun macam ni
Huuuu~~~ nanes!
Kalau ikut sakit hati
Aku nak hancurkan hidup mamat tu sampai dia tak keje langsung kat KL ni
Tapi................
Aku bukan jenis manusia yang suka nak balas-balas dendam
Aku ni selalunya mulut je laju
Nak hentakla, nak pukul la, nak maki kaw kaw la
Puuiiiiiihhhhhh!!!
Huuuuuuu~~~~ nanes lg :p
Aku serba salah da sekarang
Tapi aku rasa aku tetap kena teruskan rancangan aku
Walaupun sebahagian dari diri aku tak merestui apa yang aku nak buat
Aku kasihankan kaum sejenis aku
Dan aku nak teruskan kehidupan yang bahagia walaupun aku bersendirian di tempat kerja nanti
Hahaha (",)
Ada masa aku taipla rentetan cerita pasal liza, Firdaus dan aku
Yang penting aku dah rasa susah hati
Dan tak tau nak adu pada siapa
Sedih tak semena-mena
Saturday, 30 March 2013
Sunday Morning of 31st March 2013
Semalam selepas 14jam bekerja
Aku pegi kenduri kak ana
Sempena dia nak pegi umrah bulan depan
Makanan sedap-sedap belaka
Takde pape pun yang menarik nak cite
Juz aku mengapdet blog sebab aku
Kadang-kadang aku terpikir
Bila nak berhutang rasa best je
Bila nak bayar azab gile
Adoiyai
Since aku pun makin banyak hutang
Pendapatan tak seberapa pun
Selera besar
Itu je sebabnya
Tapi malas nak carik income lain
Indah nya dunia kalau aku kaya
Tapi itu semua bukan sesuatu yang pasti jadi
Hahaha
Nak jadi kaya bukan dengan cakap kat mulut je
Kena ada usaha yag gigih dan tekun
Barulah boleh berjaya lalu menjadi kaya
Untuk orang lelaki dan perempuan
Begitulah caranya
Cuma kadang-kadang orang pompuan bole tukar sket rentak usaha
Dengan mengurat orang-orang lelaki yang kaya..
Yang penting mesti kena usaha
Hehe
Thursday, 28 March 2013
Sejambangan Mawar, 3 Kuntum, 3 Warna.. Apa Maknanya??
Delivery kedai tuh
Haha
Tapi aku bole teka siapa yang menghantarnya pun
Sebab sepanjang hidup aku cuma sorang je yang rajin bagi bunga without any reason
Masa mamat delivery tu sampai
Kecoh mak-mak patient panggil-panggil aku sebab diorang tengah lepak-lepak sambil bersosial diruangan depan
Aku pulak masa tu tengah kebulur yang amat sangat
Mama Aleya cakap ade orang hantar jambangan bunga
Dalam hati aku jambangan ke jembalang??
(Niat hati nak maki je penghantar makanan)
Tapi its makes me comes to my nerves bila aku tengok yang kat depan pintu tu datang dengan sejambak bunga
Tergelak-gelak malu aku dibuatnya
3 kuntum, 3 warna bersama sekeping kad ucapan berwarna pink
Warna kegemaran aku
Merah, putih dan pink warna bunganya
Aku bawak balik bunga itu dengan kegembiraan
Sepanjang jalan pemanduan tidak terasa kesesakan yang menghalang
Aku hubungi si pemberi bunga meminta alasan untuk pemberiannya
Katanya dia dah lama tak memberiku bunga
Itu sebagai tanda kasihnya untuk aku
Tapi......
Tak habis lagi aku memadu asmara, lenaku dikejutkan oleh bunyi jam loceng
Puuiiiiiihhhhhh!!
Maka tertinggallah Abang Remy Ishak dalam mimpi aku
Haaaaaiiiiiisssssshhhhhhh!!!!
Melepas!
Tuesday, 19 March 2013
Cinta gila, gila cinta
Pening kepala hotak aku
Dah lama tak menaip via Samsung Galaxy Note II aku yg gojes gila nih
Ok, motip tulis cam tuh sebab nak bagitau orang yang aku ada Note II
Hahaha
Masalah ape entah aku nih
Sila abaikan saje
Level berangan aku menjadik2
Entah salah makan ape ntah
Gila mlampaui batas agaknya
Koloni yang tak pernah kata mimpi seseorang tu adalah mustahil
Apa2an ajalah
Yang penting jangan serabut otak sudah
Nak spend masa dengan family
Masa untuk kerja
Masa untuk kawan2
Masa untuk fan <~~~~~~ joking \(~,~)/
Hahahaha
Semua benda pun menuntut sesuatu yang bernama pengertian
Semua benda pun menuntut untuk mempunyai ilmu didada
Dan semua benda pun memerlukan usaha untuk berjaya
Aku malas nak menjelaskan semua ni dalam teks yang panjang lebar
Yang pasti entry masih takde kaitan ngan tajuk
Hahaha
Saturday, 16 March 2013
Apehal??
Sebenarnya seperti biasa aku akan menaip entry yang tidak berbau seperti tajuk
Hahaha
Kisah ke aku? :p
Tadi pagi masa nak masuk kete untuk meneruskan tanggungjawab mencari sesuap nasik
Aku terus terberangan dalam hati
Alangkah bestnya kalau masa aku nak masuk kete aku terperasan yang dalam kete aku penuh dengan bunga ros hasil 'surprise'san seseorang
Hahaha
Kuat berangan la lu minah
*tepuk dahi banyak2 kali supaya kembali ke alam nyata*
Terus gi keje dan bertugas dengan tenang
X sabar nk tgu hujung bulan
Friday, 8 March 2013
Aku ni siapa?
Tapi soalan ni jawapan dia berbagai-bagai
Kat orang ni jawapan dia begini
Kat sorang yang lain pulak jawapannya begitu
Dan mungkin pada individu lain jawapannya boleh jadi unexpected..
Sekarang duk layan lagu misha omar iaitu angin syurga
Perghhh!!!!
Tamcing seyh lagunya
Ok itu iklan je
Entry aku kalini tak panjang pun..
Malas nak taip
Bukan ade reader pun
Hahaha
Persoalannya adalah
Siapa aku ini??!!
Friday, 22 February 2013
Few days and what's in it
Ayah Fahmi meninggalkan semua dalam satu kemalangan ngeri di Ipoh..
I do understand what does he felt when he lost his beloved one..
In an unexpected way of death
Yang tak bestnya, da jadi eksiden, diorang yang mabuk tu bole ke call kawan-kawan dia untuk alihkan posisi kereta yang menyebabkan kereta arwah kelihatan seperti penyebab kepada kemalangan..
Mujur ada seorang saksi berbangsa India yang kebetulan ada masa kemalangan tu jadi..
Dia dah ceritakan semuanya pada polis..
Syukur alhamdulillah
Fahmi call me in very sad voice
He's crying
Aku terus jadi anxious gila sebab dia xpernah macam tu
Aku suruh dia cite satu-satu
Masa tu aku kira arwah da nazakla sebab anaknya cite yang arwah parah..
Tapi kali ni aku dikhabarkan yang arwah dah tak ada
Menitik air mata aku masa drive balik..
Sampai kat umah aku berlagak biasa
Maknanya ayu kenal arwah and mak fahmi
Da jadi kitorang berdua pulak berbalas-balas whatsapp sambil nangis-nangis
Sedih sebenarnye
2tahun lepas rasanya, aku pernah masak kan arwah sup ayam
Tu pun atas permintaan Fahmi
1st time kata mak Fahmi and Fahmi sendiri yang arwah ayah dia makan nasik bertambah
Pada aku, masakan aku tu tak sedap mana pun
Tapi bila arwah ayah dia makan bertambah nasik macam tu, cukup buat aku bahagia memasak untuk diorang
Sekurang-kurangnya aku masih punya kenangan dengan arwah ayah Fahmi..
Orang yang aku gelarkan dan panggil ayah
Sekarang aku kasihankan mak Fahmi
Pastinya dia sangat-sangat2 sedih atas pemergian seseorang yang dipanggil sebagai soul mate
Apa-apa pun jika anda terbaca blog ni, aku mohon anda semua menghadiahkan Alfatihah buat arwah Mohd. Najib Abd. Gani Aku dulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. . ^_^
Monday, 11 February 2013
Soalan
Apa yang aku nak jawap dah kalau Lan pun da tak reply mesej aku
Best of all, he blocked me from his Facebook
Malu la nak mengaku kenyataan yang aku kena reject dengan orang sedangkan aku sendiri pun tak tau apa salah aku pada dia
Padahal dia yang selalu tinggal-tinggal aku untuk memenuhi tuntutan dunia dia
Mencari harta untuk kesenangan anak bini katanya
Biarlah dia dengan cita-citanya dan aku dengan kehidupan aku yang masih begini
Yang benar aku memang tak tau apa salah yang aku dah buat..
Aku menunggu setiap detik saat dan waktu untuk dia datang dan beritahu aku apa salah aku yang aku dah lakukan pada dia
Tapi kalau dah text aku pun diabaikan, bermakna apa yang aku nantikan selama ini mungkin takkan berlaku seperti yang aku harapkan..
Aku belum berputus asa menunggu
Tapi dalam penantian ini, Allah datangkan dugaan dengan hadirnya seorang insan baru
Yang pasti, orangnya baik budi pekerti
Juga aku tak pasti andainya dia hadir dari sisi gelap manusia yang mahu menguji lambang kesetiaan aku
Bukan lama.. 9 bulan lebih saja lagi..
Kemudian penantian ini akan berakhir
Aku berkorban masa yang terlalu banyak untuk sebuah cinta
Aku tak mengharapkan cinta pulang kembali ke sisi aku
Tapi aku harap cinta menjadi lebih indah
Bukan aku tak mahu mengulang cinta lama..
Tapi adakalanya, aku sendiri keliru dengan perasaan aku pada Lan
Dan kehadiran Ijal membuatkan aku rasa datu perasaan lain
Aku tau its too fast
Tapi perasaan tu kan tak boleh kita bendung
Namun bila rasional akal aku datang menjengah kotak fikiran
Akubsedarnyang Ijal masih tak boleh melupakan bekas kekasih yang dia pernah punya
Ada masanya di ketika perkenalan ini masih berlangsung
Aku dapat rasakan yang dia tak akan mampu mengubah hala rasa yang sedang dia tanggung
Seperti juga aku
Merindukan bulan yang jauh diawan
Tapi takkan pernah tercapai tangan
Malahan pada ketika-ketikanya aku rasa terlalu sukar hingga tak mungkin dapat aku gapai
Hati merasakan lain
Jiwa mengatakan beza
Hati ingin mengecap indah
Jiwa kerap mengudang madah
Madah yang terukir disaat-saat pertama
Madah yang menjadi benteng pemisah peluang cinta baru..
Aku hanya akan mampu melihat sekiranya nanti Izal berlalu pergi dari aku
Tapi biarlah
Sebab janji yang satu, aku merelakan untuk melepas
Sunday, 27 January 2013
Bukan Ku Tak Sudi
Macam biasa tajuk dan isi kandungan tak pernah berkaitan
Mungkin ada sedikit kaitan dan kemudiannya melencong lantas ke laut
Ada 7 lautan kat muka bumi nih..
So you can choose between the seven seas
Which one do you like for the entry to go..
Oyat mat saleh plop
Never mind
Its a pure understanding between me and my blog
Petang tadi aku ada dengar cite dari sorang kawan pasal kisah cinta dia dan kekasihnya
Seronok mendengar tapi kisah dia sedih dan sedikit tragis
Ada unsur-unsur syirik bila dia disihirkan oleh bekas teman lelaki dia
So pity!!
And she told me about her boyfriend
Her 1st boyfriend that come back to her after her evil ex boyfriend
How he's change after he was frustrated with my colleague
Sebelum ni kawan aku tu adalah segala-galanya untuk lelaki tu..
Tapi selepas peristiwa tu, dia kata dia da tak nak lagi mengutamakan kawan aku macam masa mula-mula diorang bercinta sebab dia takut kecewa lagi
And for the sake to forget my friend, he was taking drugs and consuming alcohol
Just to make him forgetting every moment and every detail about her
But he just can't
1st thing when he knows that my friend getting into trouble
He was the first who came and offered help
Cuma cara dia meluah cintanya sudah tidak sama lagi dengan caranya yang terdahulu
Entah..
Bila aku fikir kan yang aku juga pernah merasakan perasaan dilayan endah tak endah dek kerana lelaki tu punya pacar
Aku rasa aku mengerti perasaan boyfriend kawan aku tu
Dalam masa yang sama bila aku fikirkan betapa besar pengorbanan lelaki tu, cuma ada seorang je yang berkisar dalam kepala aku
Dalam kehidupan aku yang dah melepasi separuh abad ni, aku cuma kenal dengan seorang saja lelaki yang sanggup berkorban apa saja untuk aku walaupun nyawa yang jadi taruhan
Walaupun dia pernah hampir meninggalkan aku dek kerana sikap aku sendiri
Tapi bila dia berpaling semula pada aku, dia tak pernah berpatah balik
Aku bukan nak puji dia melambung-lambung
Tapi aku bersyukur pada Allah sebab mengurniakan pada aku seseorang yang aku boleh harap dan bergantung
Aku tak malu nak mengaku hanya dengan dia aku boleh bercerita hampir segalanya
Dan aku pun tak tau kalau Allah ambik balik kurnia yang telah dianugerahkan ni macam mana aku nanti
Yang penting sekarang adalah aku nak tidur.. hehehe
Tuesday, 22 January 2013
Malang tidak berbau
Malang tidak berbau bermaksud sebarang kecelakaan tidak boleh dijangka
Ape sebab kecelakaan tidak boleh dijangka akan terjadi?
Sebab kalau malang tu bole kita tau akan terjadi, semestinya kita
akan berhati-hati dan mencari alternatif untuk mengelakkan kecelakaan atau malang yang bakal menimpa kita tu kn
Encek Fahmi telah pun ditimpa malang yang tidak berbau semalam.. hehehe
Tak.. bukanlah bermakna aku sukakan malang tak berbau yang menimpa beliau yang tersebut
Tapi aku kesianla sebab aku faham betapa pentingnya sebuah kenderaan yang menemani tak kira masa dalam setiap tugasan
Bila da rosak....
Haish! =_="
So, since aku pun xde kewangan yang membina untuk membantu
Jadi aku bantu dengan moral support jela walaupun moral support tak boleh menyampaikan Encek Fahmi ke tempat-tempat yang beliau nak tuju.. hahahaha <(^_=)"
Kate Encek Fahmi dugaannya besar
Ye, kalau aku timbang tara keadaan ekonomi beliau dan jugak ekonomi aku yang tak memberangsangkan nih
Memangla dugaan yang Allah timpakan tu agak berat
Tapi mungkin ini jalannya untuk beliau mengenal erti syukur, berterima kasih pada nikmat yang ada dan juga kena bekerja lebih keras untuk menabung lebih banyak ongkos.. hahaha..
Okeh yang last tu gurau je
Tapi kalau dugaan tu didatangkan untuk membuat kita menjadi lebih matang, lebih baik, lebih mengingati Allah, lebih bersyukur
Kita terimala dugaan itu dengan rasa bersyukur dan redha..
Ikhlaskan hati dalam menerima ketentuan Allah
Hey, I'm still here for you... Not that very much role to help.. Ingat!
Allah hanya menguji hamba-hambaNya setimpal dengan kekuatan yang hamba-hambaNya miliki..
Jika kita meminta dalam doa supaya dikuatkan jiwa
Inilah caranya Allah memberikan kita kekuatan
Dengan menempuhi dugaan yang mendewasakan kita
P/s:
Pasni jaga kereta elok2 ar.. takmo dah sampai kena overhaul.. Semoga berjaya!! \[^_^]/
Tuesday, 15 January 2013
Cardiomegaly, entri tak kena tajuk
Last few days, ayu berwhatsapp dengan aku
He tell me about Mr. Tab asking her about Lan
Okay, at first memang la rasa sikit sentap bila orang duk tanya pasal hal yang more or less tak ada kaitan bagi aku
Aku tanya ayu, patut ke aku tanya Mr. Tab apa yang dia tanya kat Ayu
Tapi ayu menghalang dengan alasan nanti Mr. Tab marahkan dia
At last aku tanya jugak sebab aku tak suka nak biarkan dia jadi pemendam rasa
Malam tu aku bertanya la dengan orang yang berkenaan tentang soalan yang ditimbulkan pada Ayu
Dia jawap denga rasa serba salah
Mungkin takut aku marah
Tapi aku bertanya bukan sebab aku nak marahkan dia
Aku tanya sebab aku nak tau sejauh mana dia concern pasal isu Lan ni
And I'm surely do understand if he's concern level are mountain high..
Thanx for loving me that much
And thanx for giving so much effort to ensure that I'm bliss when ever you're with me or not
Bukan aku tak sudi nak get along dalam relationship tu
Tapi aku masih was-was
Tapi aku sayang nak lepaskan dia
Memang aku penakut nak jalan sorang-sorang
Aku tak punya keberanian untuk bangkit sendirian
Dan aku tak mampu nak bergerak kalau aku tak ada sokongan moral dari dia
See..
I do need him that much
Tapi aku tak tau mana arah tujunya kami ini nanti
Aku tanya kan dia tentang masanya yang telah banyak habis disini hanya untuk menunggu aku
Bak kata Yuna " ini tidak adil, tidak adil bagiku"
Hahahahahaha
Aku kejamla jugak sket
But I still value his time..
Umur dia dah pun menigkat sama seperti umur aku walaupun aku muda sedikit dari dia
Aku tahu yang dia punya impian untuk mempunyai keluarga yang bahagia
Dan aku pasti yang mana-mana wanita pun akan dibahagiakan oleh dia sebab dialah insan yang paling memahami aku
Lagipun aku ni compliacated
Kalau aku boleh je get along dengan dia, sape2 pun mesti bole
Ada masa aku menyesal biarkan dia lepaskan ex girlfriend dia semata-mata untuk menunggu aku
Kalau tak, mesti dia sedang menunggu hari bahagia dia dengan sigadis..
Tak pela
Semua benda jadi dengan kerahmatan disebalik setiap sesuatu
Aku redha dan pasrah
Malahan aku ikhlas dengan setiap apa yang aku lakukan untuk diri aku dan Mr. Tab
Dia jual kamera kesayangan dia semata-mata untuk dental surgey aku
Sangat terharu okay
Thanx alot
Thanx for everything eventhough I know that deep in your heart, ada duri tajam yang menikam
For you abang....
Kalau satu saat penantian ini membuatkan abang lelah
Orang mintak abang berhentilah menanti
Pada masa tu, Insya Allah, kaki ini sudah boleh berdiri sendiri dengan sokongan jiwa kecil ini
Abang pun harus teruskan kehidupan abang dengan orang lain sesempurna yang boleh
If you happy, no body would feel happier than me
Apa pun terima kasih banyak-banyak tau..
Saturday, 12 January 2013
Hati
Padahal bukan tak sedap hati
Sebenarnya rasa macam bercampur-campur
Sedih, marah, kecewa dengan sikap and perbuatan Lan
Memang tak ada janji yang pasti antara aku dan dia
Tapi bila perkara macam ni jadi tentu2 la aku frust
Pegi keje pun malas
Memangla tahun ni aku sebenarnya tak ada azam
Tapi kali ni aku dah pasang niat
Aku nak betulkan jalan hidup aku
Aku nak tinggalkan orang-orang yang lagha dalam hdup aku, yamg tak bagi hasil seperti firdaus
Aku nak menjalani kehidupan aku dengan tenang
Dah tak ada masa untuk aku fikirkan tentang orang lain yang menyesakkan fikiran aku
Aku dah tak ada daya
Ingat akuntak sedih ke bila tengok kawan baek aku da nak melangkah ke alam rumah tangga
Bila borak2 dengan diorang pasal Asrul, mesti diorang tanya
Dah ada orang yang nak masuk meminang kenapa aku tak nak
Jawapan aku aku tak nak jadi isteri derhaka
Ni pun dah berapa hari Asrul tak bercakap dengan aku
Tak taula hari yang aku patut jumpa dia tu aku akan jumpa dia ke tak...
Itu pun aku tak mahu fikirkan
Layan lagu Cinta Itu Nyawa lagi best
Semalam aku cakap kat ayu yang aku rasa rindu ka Lan
Ayu suh aku peluk dia
Terus bergenang air mata aku
Aku tau ada seseorang yang memantau tulisan aku
Dan aku tau yang dia terluka dengan setiap bait-bait kata yamg terpahat disini
Tapi ini adalah kenyataan hidup yang aku kena hadapi
Aku harap lenaku bermimpi tenang Harapku tak ada lagi wajah dia bertamu diketika dan saat ini
Aku harap mimpi ku tak bersangkutan dengan wajah Lan
Aku tak mahu dalam mimpi pun aku bersedih
Friday, 11 January 2013
Blocked
Aku ni bila aku suka kat seseorang, surely aku akan jadi pen'stalker' tegar
Account Lan memang wajib akU stalk.. macam tu jugak dengan Mr. Tab
Yela kan, manela tau kot2 ade episode lepas yang aku tak terpandangkan
So, recently aku tak dapat nak check account mamat tuh
Aku yry bukak tapi yang kua kat fon aku adalah network error
Aku juz syak sesuatu yabg tak baik da berlaku
Aku jugak syak yang dia dah blocked aku
Dengan pantas aku mintak tolong ayu tengok kn
Rupanya apa yang aku sangka memang betul
Dia blocked aku
Dan aku tak tahu apa kesalahan aku
Aku pun tak ada kekuatan unyuk bertanya
Masa dapat tau semalam, aku tak dapat nak described apa perasaan aku
Aku juz fikir yang baik2 je
Aku harap dia akan unblock aku balik
Aku rindu dia
Aku syg sgt kat dia
Bila dia wat mcm ni
Aku tak pikir banyak da
Yang aku pikir, dia dgn sengaja melanggar janji-janji yang telah dia buat pada aku
Janji-janji tu yg akan aku pegang sampai bila2..
Andai bisaku ingin jadi air mata
Terbit dimata matiku dibibir
Walau cuma seketika bersamanya
Namun hingga hujung nyawaku mencintanya
Sunday, 6 January 2013
Junior dan kenangan lama di sekolah
Suara Sarah memang aku tak pernah nafikan sedap dan bertambah sedap sejak dari pertama aku dengar nyanyian dia
Shuib menyanyi pun okay jugak tapi kalau banyak praktis mesti akan jadi lebih baik
Sedap lagu tu.. Seriously
Tamcing bila dengar lagu tu dan liriknya aku hayati
Cewahh! Bajet dalam hati ada taman
Tadi aku jumpa dengan Airil, junior aku
Beria dia ajak aku kua makan malam dengan dia walaupun aku dah tangguhkan beberapa kali dengan alasan yang tak berapa nak munasabah lagi sarawak.. Hahaha
Jadinya selepas beberapa kali menolak pelawaan dia, makanya, harini aku pun meluangkan sedikit masa untuk jumpa borak dan mengenang masa silam kat sekolah
Kalau nak ikutkan, aku dan airil tak pernah pun bertegur masa kat sekolah dulu
Apatah lagi nak bercakap dengan dia
Memang tak pernah
Cuma aku tau yang dia junior aku masa kat sekolah sebab aku selalu nampak dia
Jadinya aku pun tak tau apa yang menyebabkan dia berminat nak tegur aku kat pesbuk yang penuh dengan pacaroba tuh.. Hehehe
Dia ni jenis caring, mengambil berat dan sebagainya lah
Pendek kata, he's perfect if you wants to make him as a husband
Cuma Airil bukanlah tergolong dalam lelaki yang hensem, atau cute
Sedap saujana mata memandang ke wajah la senang kira
Dah keje and ada kereta
Siapa-siapa yang berminat, bole email aku
Woha! Promote anak orang pulak aku nih
Hihihihi
Lebih kurang jam sebelas lebih baru aku dan Airil beransur balik
Takkan nak tidur kedai tu pulak ye dak?
Heheheheheheheheehhehehe
Balik umah, mak abah belum tidur lagi
Jadinya, akula yang kena tidur sekarang
Serius mengantuk sekarang ni
Tapi aku sibuk nak menaip dan berblog
Sebab tadi aku dah mengelak dari Firdaus dengan alasan nak tido
Malas aku layan mamat bengong tuh
Selingan la sket
Aku pun tak faham
Kenapa semenjak akhir-akhir ni
Asal aku nampak je muka dia, aku nak marah
Marah yang amat-amat sangat
Ada masa aku terfikir nak buat kerosakan fizikal kat dia
Tumbuk muka dia ke, tendang perut dia ke
Yang penting dalam otak aku adalah nak buat dia merasa kesakitan
Ish! hahaha
okla, g tido lagi baek..
Hihihi
Gudnite!
Friday, 4 January 2013
Cerpen: Aku dan Kamu
Thursday, 3 January 2013
Paediatric Night
Paediatric Night wad held last year on 14th December 2012
Placed in Dewan Tun Hussein Onn, Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur
Best jugakla kan event malam tu
Choosing Retro 60's as the theme, definitely what are we going to see are peoples in kebaya, yankee and etc..
Bila budak-budak wad dengar je tema retro 60an
masing-masing teruja menyelongkar closet masing-masing
dengan tujuan nak carikla kan kot2 ada tersesat sehelai dua pakaian lama
Hahaha
Kawan Lora yang rapat dengan Lora terus ajak pergi kat satu shopping kompleks ni
Kenanga nama dia
Seriously ok
Dia dekat Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur.
Bole rujuk Google Maps kalau nak pergi sana tapi tak tau jalan
Hehehe
Few weeks sebelum even berlangsung, Kak Fara ada cerita pasal persembahan dari wad-wad dan sebagainya
Tapi aku tengok yang senior-senior lain wat donno saja
Dan aku lagi suke sebenarnya kalau tak buat persembahan
Bole makan dengan tenang and happy-happy menikmati persembahan
Hari yang dinantikan telah tiba
Insidennya bermula bila Kak Fara tak tido semalaman dan tak makan seharian
Pakej lengkap yang memang 'A' la kan
Majlis pun start dengan persembahan tarian dari member-member pediatrikla
Sepatutnya Kak Fara ade tau dalam persembahan tu
Tapi dia tak ade
So kami igt dia dalam persebahan yang lagi satu..
Tak lama pastu Epul, tunangnya kak fara datang kat aku and bagi no cabutan bertuah Kak Fara kat aku
Kak Fara sakit kepala katanya.. Adoiyai..
Bikin gawat ini anak.. Ahaks!!
Katanya Kak Fara sakit kepala
O gosh!
Kak Fara ada satu lagu karaoke solo tau
Semua da berpandang-pandang memikir sape yangnak nyanyikan lagu Bossanova tuh
Haish! Yang kompom, Kak Fara pernah pesan kalau apa-apa aku back up
Ah, sudah kate aku dalam hati
Ini main gila
Tetibe Kak Rafiza datang meja and tanya pasal lagu tuh.. Huish! kecut2 perut mak jemah dibuatnya
Nak buat macam mana
Maruah wad harus kita jaga! hahahaha
So deal la aku nyanyikan lagu bossanova tuh
Yang bestnya, penyanyi sebelum aku tu nyanyi bagus sebab dia da biasa wat persembahan
Aku ni sampai seram sejuk tangan
Tapi aku pikir, kalau budak pompuan yang tak comel cam aku tu bole buat, xkn aku xleh ye dak?
hahahahaha
Aku nyanyikan je lagu tu dengan berhati-hati sebab takut out of tune kan.. ;p
Tapi masih sempat cakap dengan KakFazila suh tangkap gamba
Luckily Kak Maz ada rakam sikit
Hihihii
Bole tunjuk dekat mak
Ala-ala banggala mak sekejap kan bila tengok anak dia berani nyanyi
And best part of all, dengan berkat tahun lahir mak, nombor cabutan bertuah aku berjaya membawak pulang sebijik blender.. Hahaha
Baliknya, Matron yang tumpang kete aku puji-puji suara aku nyanyi paling sedap malam tu (kembang-kembang da segala rasenye.. ;p)
Tapi aku rasa macam tak sedap pulak
Hihihihi
Balik umah, mak dengan abah dah tido kat depan tv tunggu aku balik..
Daripada tidur, terus bangun balik dengar cite dinner anak diorang nih
Tengok videola bagai..
Lepas tu baru masuk tido pulak.. Hehe..